Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home ยป Apa Itu Blockchain
    Fintech

    Apa Itu Blockchain

    adminBy admin27/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Blockchain bermaksud “Rantaian Blok”. Ianya sebuah teknologi pangkalan data yang bercirikan “Decentralized” iaitu tidak terpusat dan berasaskan “Ledger System” iaitu sistem ledger digital. Bila sebut block-chain, anda kena faham ianya adalah sebuah teknologi yang tidak terpusat berasaskan sistem ledger. Anda pernah dengar tentang Bitcoin? Jika ya, tahukah anda yang Bitcoin adalah salah satu produk yang dihasilkan dari teknologi blockchain. Jadi bila ada orang tanya apa kaitan antara Bitcoin dengan Blockchain, jadi anda fahamlah kaitannya. Dengan kata lain, Bitcoin sudah tentu ada ke semua ciri ciri blockchain yang saya sebutkan tadi. Jelas? Faham?

    Saya pernah menulis tentang Web 3.0 di sini sebelum ini. Anda boleh klik dan baca untuk mendapatkan penjelasan ringkas berkenaan Web3. Dan untuk maklumat anda, blockchain adalah salah satu peranan terbesar di dalam ekosistem Web3. Dengan kata lain, bila sebut blockchain dan juga Web3, ianya berkaitan dengan satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Dan anda kena faham yang sekarang ini anda dan saya pada tahun 2024 ini sedang dalam era dunia blockchain dan web3. Harap anda maklum berkenaan isu ini.

    Bagaimana cara sistem blockchain berfungsi
    Bagaimana cara sistem blockchain berfungsi

    Blockchain Adalah Pangkalan Data Berbentuk Ledger Digital

    Kalau dulu, website hanya berbentuk statik. Anda boleh buka dan baca sahaja. Sebab itulah di sebut sebagai sistem berasaskan “read-only”. Kemudian sampai ke zaman media sosial yang kita juga boleh turut sumbang maklumat. Dan fasa ini disebut sebagai “read & write”. Disebabkan sekarang kita dalam fasa seterusnya iaitu zaman Web3 yang ada kaitan dengan blockchain, maka sistem ini berasaskan “read, write & execute”. Sila faham betul betul, kalau tidak anda akan ketinggalan.

    Step Bye Step Bagaimana Blockchain Berfungsi

    1. Katakan anda mahu melakukan Transaksi A melalui sistem blockchain. Transaksi ini adalah seperti pembelian, pembayaran, transfer duit, request data dan banyak lagi yang melibatkan urusan dalam dunia internet.
    2. Transaksi anda akan terus dianggap sebagai BLOK A
    3. Blok A ini akan dihantar kepada NODE dalam sistem blockchain
    4. Sistem node ini akan mengesahkan transaksi BLOK A ini samada sah atau tidak.
    5. Jika tidak sah, transaksi BLOK A ini akan dibatalkan.
    6. Jika sah, transaksi BLOK A ini akan didaftarkan di dalam sistem blockchain dan transaksi ini akan berjaya.
    7. Done!!!.

    Tidak faham? Terlalu teknikal? Jom kita buat contoh paling ringkas dan mudah faham.

    Katakan Ali ada simpan duit RM1000 di Maybank. Dan Ali beritahu kepada 10 orang ahli keluarga beliau dan siap tunjukkan bukti ada duit RM1K dalam akaun bank Maybank. Dan Ali juga katakan beliau tidak ada apa apa hutang. Tiba tiba Ali meninggal dunia. Kemudian ada orang tidak dikenali datang mahu tuntut duit sebanyak RM100 sebab katanya Ali ada sebanyak RM500 dalam akaun bank.

    Senarai kelebihan sistem blockchain
    Senarai kelebihan sistem blockchain

    Dalam dunia sebenar, 10 ahli keluarga Ali mendengar sendiri Ali pernah beritahu yang beliau ada RM1000 dalam akaun Maybank dan siap tunjuk bukti. Dan 10 orang ahli keluarga ini juga tahu yang Ali tidak ada apa apa hutang. Bila ada orang tidak dikenali datang tuntut hutang, sudah tentulah permintaan tersebut adalah palsu. Dan dalam masa yang sama penuntut hutang juga menipu sebab katanya beliau tahu akaun Ali ada RM500 sedangkan akaun Ali sebenar ada sebanyak RM1000. Maka penuntut hutang dianggap sebagai tidak sah dan tidak ada kredibiliti untuk menuntut hak kerana pernyataan yang bercanggah dari fakta asal.

    Sistem blockchain dicipta hampir serupa dengan skenario cerita Ali di atas ini. Setiap transaksi kita di dalam rantaian-blok akan menyebar dengan banyak di dalam blockchain. Data yang sah dan sangat banyak ini akan mengurangkan risiko untuk sesuatu data itu dihack atau dipalsukan. Sebab sebarang data yang baru yang mahu mengubah data lama akan dianggap tidak valid atau tidak sah jika ianya berbeza walau sedikit. Inilah dia kelebihan blockchain. Lebih secure, transparent dan lebih efisyen iaitu laju. Tidak perlu orang tengah iaitu bank untuk mengesahkan bagi pihak kita.

    Untuk lebih faham, saya share video dari YouTube channel BeraniBuat. Anda tonton dan fahamkan. Penjelasan beliau tentang blockchain dalam bahasa melayu kita. Jadi mudah faham. Cuma saya hendak beritahu anda siap siap, bila bertanya tentang blockchain ini, anda kena faham ianya adalah sebuah teknologi berasaskan ledger digital. Ianya tidak terpusat, sebab itulah disebut sebagai decentralized. Data yang banyak dan menyebar meluas dalam sistem blockchain akan memberikan kelebihan berbanding keburukkan. Jom sama sama belajar ya. BYE!!!.

    apa itu blockchain apa itu rantaian blok blockchain rantaian blok
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.