Saya ada sebuah kereta Proton Preve keluaran tahun 2013. Dan saya berhasrat untuk menjual kereta ini pada tahun hadapan iaitu tahun 2025. Saya buat survey untuk mencari di mana kedai used car yang sesuai untuk saya pergi dan jual. Oleh kerana saya sudah lama dengar tentang “CARSOME”, maka saya hadir ke pejabat Carsome untuk meminta mereka memberikan sedikit info maklumat tentang Carsome itu sendiri dan kenapa saya perlu untuk jual kereta saya di Carsome berbanding kedai used car yang lain. Saya hendak tahu pro dan con.
Soalan pertama saya adalah, apa kelebihan jual kereta di Carsome berbanding kedai used car. Jawapan yang diberikan mengejutkan saya kerana jawapannya adalah Carsome adalah KEDAI USED CAR lah. Hahaha. Terus saya faham rupa rupanya selama ini Carsome adalah kedai yang menjual kereta terpakai tetapi versi professional dan trusted. Ok, sekarang saya sudah faham maksud dan apakah bisnes perniagaan mereka. Mereka memang menjual kenderaan terpakai sama 100% macam kedai used car yang lain.
Tentang Jual Beli Kereta Terpakai Di CARSOME
Jadi apa beza kedai used car Carsome dengan kedai used car yang biasa? Perbezaannya adalah, di Carsome mereka sendiri yang akan buat pemeriksaan (inspection) akan kondisi (condition) kereta terpakai tersebut. Dan selepas itu mereka akan berikan nilai value semasa yang pihak Carsome akan ambil untuk dibeli dari kita. Hanya kereta yang tidak pernah mengalami major accident dan bukan kereta bekas banjir sahaja diterima. Ini adalah servis perkhidmatan yang pihak Carsome tawarkan kepada kita selaku penjual dan kepada orang lain selaku pembeli. Inilah salah satu sebab kenapa beli kereta terpakai di Carsome berkualiti.
Kedai yang menjual kenderaan terpakai yang selalu kita sebut sebagai used car ini biasanya tidak akan melakukan proses baik pulih dengan professional. Hanya repair sedikit sahaja dan asalkan kereta tersebut boleh dihidupkan (start) dan dipandu (drive) dengan elok sahaja. Dan khidmat selepas jualan pun biasanya tidak ada. Sedangkan di Carsome, kereta yang anda beli akan ada pilihan (option) untuk mendapatkan jaminan warranty kerosakkan selama 1 tahun. Jadi tenang hendak beli kereta di Carsome. Ini adalah salah satu cara dan kaedah untuk mencari dan beli kereta terpakai yang berkualiti.
Saya beritahu staff Carsome, kereta saya ada hutang lagi dengan pihak bank. Saya ada duit untuk selesaikan hutang kereta secara full settlement. Adakah patut saya selesai dulu hutang bank semua dan baru jual di Carsome atau saya terus sahaja jual kepada pihak Carsome walaupun masih ada baki hutang dengan loan bank. Jawapan mereka adalah, terus jual dengan pihak mereka tanpa perlu buat full settlement di bank. Kenapa?
Jika anda buat full settlement di bank, anda perlu tunggu bank keluarkan surat untuk pindah hak milik kenderaan. Selepas itu anda kena pergi ke JPJ sendiri untuk lakukan proses tukar nama. Proses ini akan makan masa. Kalau anda terus jual kereta di Carsome, pihak Carsome sendiri akan beli kereta dari kita. Sekarang kereta tersebut milik Carsome dan proses tukar nama pun dilakukan di Carsome sahaja. Dan duit baki topup pun hanya perlu dibayar kepada Carsome sahaja. Selesai semua masalah. Cepat dan mudah.
Artikel ini tidak bermaksud untuk berkongsikan panduan bagaimana cara untuk beli kereta terpakai di Carsome. Dan bukan juga panduan tentang cara untuk menjual kereta anda di Carsome. Ini adalah perkongsian ringkas berkenaan apa itu Carsome supaya orang yang pertama kali hendak tahu tentang Carsome akan faham akan servis yang pihak mereka tawarkan. Perkongsian detail mengenai cara jual atau beli kereta terpakai melalui Carsome akan saya kongsikan di artikel yang lain. Harap maklum.
Daftar CARSOME Online
- [ Carsome Malaysia ] – sila klik link ini untuk register untuk menggunakan aplikasi Carsome.
- [ Dealer Beli Kereta ] – Ini adalah servis ejen dealer yang akan membeli dan boleh membantu anda menjual kereta anda di Carsome, MyTukar (Carro) dan juga di kedai used car dengan mudah. Tidak perlu ke kedai. Team kami akan datang buat inspection kereta anda. Hanya perlu daftar dan isi form secara online melalui kami. Berminat? Klik link Whatsapp ini sekarang juga!!!
Akhir sekali akan ada orang yang tanya, kalau jual kereta kita di Carsome atau kedai used car yang biasa mana lebih dapat duit? Jawapannya adalah sama dan lebih kurang sama sahaja. Yang berbeza urusan bank (CIMB Only) dan urusan JPJ dilakukan di Carsome sahaja. Urusan lebih cepat, mudah dan sudah tentu lebih professional. Owh sebelum saya terlupa, anda juga boleh jual kereta di Carsome dengan cara bida (bidding) untuk meningkatkan lagi harga jualan kereta anda. Terpulang. Berminat jual atau beli kereta di Carsome? Daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.