Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Wednesday, May 21
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home ยป App Food Delivery MISI
    Info

    App Food Delivery MISI

    adminBy admin28/08/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Selalu sangat lihat iklan dan video dari “Founder Misi” dengan tagline “Misi Rakyat” iaitu untuk mengalihkan kuasa membeli rakyat Malaysia kepada perniagaan bumiputera. Satu usaha dan inisiatif yang bagus. Bukannya bersifat perkauman tetapi ingin memberikan kesedaran terhadap orang Melayu terutamanya agar belajar untuk sokong dan support bisnes perniagaan sesama bangsa sendiri bagi menaikkan ekonomi bangsa sendiri. Melayu ada kuasa membeli. Cuma melayu lemah dari semangat perpaduan untuk membantu sesama sendiri.

    App Misi adalah salah satu aplikasi FOOD DELIVERY yang menawarkan harga pembelian sama seperti harga di kedai makan. Iaitu mengekalkan harga makanan yang dipaparkan adalah sama seperti harga di kedai. Satu inisiatif yang baik. Peniaga dan Rider kini ada pilihan alternatif untuk menggunakan app Misi untuk servis perkhidmatan menghantar makanan iaitu Food Delivery.

    Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi
    Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi

    Aplikasi Penghantaran Makanan Misi Rakyat

    Berita terbaru (November 2023). FoodPanda akan tutup perniagaan mereka dan bisnes mereka ini diambil alih oleh GrabFood. Dengan kata lain, pemain terbesar perniagaan berasaskan perkhidmatan menghantar makanan di Malaysia akan diterajui oleh GrabFood selepas ini. Saya sendiri pun tidak pasti kenapa FoodPanda tutup kedai. Cuma tekaan saya mungkin kerana kos harga barangan yang semakin meningkat dan kurangnya pembeli membeli makanan melalui aplikasi FoodPanda. Mungkin. Betulkan saya kalau saya silap ya.

    Siapa founder kepada app Misi Rakyat ini? Ianya adalah saudara Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi. Aplikasi ini asalnya dibangunkan sebagai alternatif kepada Foodpanda, Grabfood dan banyak lagi aplikasi seumpanya yang sedia ada dan dibangunkan oleh pengasasnya iaitu Encik Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi. Antara tarikan utama MISI adalah mereka menyatakan bahawa harga makanan yang dipaparkan melalui aplikasi mereka adalah sama dengan harga makanan yang dijual di kedai penjual. Menarik? Memang menarik!!!.

    Beli air minuman Chocolate Large di kedai Kopi Saigon Pulau Pinang
    Beli air minuman Chocolate Large di kedai Kopi Saigon Pulau Pinang

    Saya pertama kali membeli dan menggunakan app Misi untuk memesan membeli makanan secara online. Saya memang sudah terbiasa menggunakan aplikasi FoodPanda dan juga GrabFood. Secara peribadi, paparan dashboard aplikasi Misi masih minima. Tidak mengapa. Akan di tambah baik dari masa ke semasa. Tetapi selling point yang penting bila kita bercakap tentang app Food Delivery adalah berkenaan harga makanan dan cas penghantaran. Murah atau mahal?

    Beberapa minggu lepas saya baru sahaja beli minuman Chocolate Large di kedai Kopi Saigon yang terletak di Bandar Perda Penang. Harga air coklat tersebut adalah berharga RM10. Tetapi ketika saya membuat pesanan minuman yang sama di aplikasi Misi, harga air Chocolate Large adalah sama iaitu RM10 juga. Jadi memang betullah kalau dikatakan harga jualan minuman dan makanan di app Misi adalah sama 100% seperti di kedai. Memang terbaik.

    Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi
    Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi

    Cas Rider/Upah Rider MISI

    • Harga Minuman = RM10
    • Upah Rider = RM5
    • Sistem Fees (8%) = RM1.20

    Upah penghantaran makanan oleh rider Misi bergantung kepada jarak perjalanan. Kos ini adalah bayaran untuk upah pendapatan bagi rider dan juga kos minyak motor tersebut. Upah rider RM5 mahal? Itu adalah harga yang logik. Kita suruh orang pergi belikan makanan untuk kita. Itu adalah kos kerana kita malas untuk ke kedai, upah penat lelah penghantar makanan untuk ambil dan hantar makanan kita dan kos minyak petrol motor tersebut. Jadi kos ini adalah kos yang wajar.

    Register App Misi

    • [ Daftar App Misi ] – sila klik link ini untuk mendaftar aplikasi Misi
    • [ Aplikasi Android ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini
    • [ Aplikasi iOS ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini

    Sistem fees adalah kos pengurusan aplikasi Misi itu sendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu. Kalau kita ingin mengupah software developer untuk membuat satu aplikasi akan memakan belanja puluhan atau ratusan ribuan ringgit. Ini adalah kos yang biasa dalam dunia pembuat aplikasi. Memang mahal ya. Dan selepas itu, aplikasi tersebut perlu up dalam server untuk maintain agar laju dan boleh online digunakan tanpa masalah. Siapa yang hendak bayar sistem untuk pastikan server aplikasi Misi ini terus online 99% tanpa down? Jadi kos fees 8% adalah wajar. Kos ini dikenakan terhadap harga makanan dan upah rider. Jelas? Faham?

    Berbalik kepada tujuan utama kenapa app Misi ini diwujudkan. Ianya adalah bagi memastikan harga makanan & minuman yang dipesan melalui app Food Delivery adalah murah berbanding pesaing yang lain. Harga sama 100% seperti di kedai. Dan dalam masa yang sama dapat bantu dan menarik kuasa beli rakyat Malaysia kepada perniagaan Bumiputera. Kalau anda sukakan kempen Buy Muslim Firts (BMF), rasanya anda patut guna app Misi ini. Berminat? Jom daftar melalui link di atas ini. BYE!!!.

    Aplikasi Misi App Misi Apps Misi Daftar Misi Misi Misi Food Delivery Misi Malaysia Register Misi
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    14/04/2025

    Jual Motor Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    08/04/2025

    Tukar Minyak Hitam Kereta Jenama CASTROL

    07/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.