Saya baru sahaja dihubungi oleh seorang individu perempuan yang berminat untuk mendapatkan penerangan dan pencerahan berkenaan pelan perlindungan bil perubatan hospital untuk diri beliau sendiri. Beliau mencari pelan perubatan SELAIN INSURANS yang ada cover “existing disease” iaitu untuk ahli yang telah didiagnos ada penyakit berat iaitu kritikal. Jadi beliau bersungguh sunggu mahu tahu tentang We Kongsi.
YA!!! WE Kongsi bukan program insurans atau takaful. We Kongsi adalah pakej pelan kongsi bayar bil perubatan hospital dalam bentuk komuniti. Maknanya kos bil rawatan perubatan kita akan dikongsi bayar sesama ahli di dalam group. Lagi ramai ahli aktif, lagi sedikit perkongsian bayaran bulanan. Kalau tiada sesiapa yang masuk hospital, maka tidak ada perkongsian bayaran pada bulan tersebut. Sebab itulah ianya disebut sebagai komuniti. Sedangkan program insurans/takaful ianya tidak begitu. Bayaran caruman premium bulanan adalah tetap dan terus naik dari tahun ke tahun.
We Kongsi : Jom Share Bayar Bil Hospital Sama Sama
Individu ini ada penyakit kanser. Beliau ada salah faham sedikit mengenai program We Kongsi dengan menyangka program ini berbeza dengan pelan insurans kesihatan yang umum. Berbeza dari segi apa? Berbeza dari segi individu yang sudah ada penyakit kritikal masih ada peluang dan kesempatan untuk mendapatkan jaminan perlindungan kos rawatan perubatan hospital. Saya jelaskan kepada beliau bahawa SEMUA program insurans/takaful kesihatan memang tidak ada pelan yang sedemikian. Syarat utama untuk langgan adalah sihat tubuh badan dan tidak ada penyakit kritikal.
Beliau ada kanser ovari. Kena buat buat immunotherapy. Ianya adalah proses untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan supaya mampu melawan kanser tersebut. Masalahnya adalah rawatan immunotherapy tidak dicover oleh sistem kesihatan kerajaan Malaysia. Memang kena bayar sendiri. Dan ini adalah salah satu bukti bahawa bukan semua rawatan di hospital kerajaaan adalah percuma iaitu free. Adakah anda diluar sana masih merasakan tidak perlu ada medical card atau pelan perlindungan kos rawatan perubatan hospital masa kini?
Kos Rawatan Kanser Hospital Kerajaan
- Penyakit : Kanser ovari
- Hospital : KERAJAAN
- Jenis Rawatan : Immunotherapy
- Kos Bayaran : RM1400 setiap bulan
- Bilangan Rawatan : 10-20 kali sehingga sembuh
Alhamdulillah, penyakit beliau bukan jenis yang membawa kematian. Boleh sembuh dengan syarat kena buat rawatan. Kalau setiap kali menerima rawatan immunotherapy kena bayar RM1400 setiap bulan. 10 kali rawatan sudah cecah RM14K dan 20 kali rawatan sudah cecah RM28K dan tidak termasuk dengan kos kos yang lain secara tidak langsung.
Di sini jelas bahawa bukan semua rawatan di hospital kerajaan ada subsidi ya. Ramai orang cakap kos rawatan di hospital kerajaan adalah murah atau percuma. Ianya SALAH 100%. Yang betul adalah, kos rawatan di hospital kerajaan adalah dibayar oleh kerajaan dengan cara diberikan subsidi. Cuba fikir semula, kalaulah kerajaan tidak ada duit akibat ekonomi yang mencabar, subsidi kesihatan ditarik semula, adakah anda sudah bersedia bayar kos perubatan yang mahal? Fikir fikirkan.
Ya saya faham, ramai orang hendak ada medical card tetapi ramai tidak mampu kerana mahal. Oleh kerana We Kongsi adalah program berbentuk komuniti dalam bentuk share bayar bil perubatan hospital setiap ahli, maka sudah tentu bayaran perkongsian setiap bulan adalah rendah dan tidak sama. Di We Kongsi, syarikat menetapkan hanya perlu bayar yuran perkongsian maksimum cuma RM50 sahaja setiap bulan. Menarik bukan?
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Saya rasa sudah sampai masa untuk anda diluar sana yang mahukan pelan perlindungan perubatan hospital yang murah. Dan We Kongsi boleh jadi pilihan alternatif yang terbaik. Terus daftar sahaja kalau anda berminat. Murah? Memang murah lah. Setiap bulan tidak sama jumlah bayaran. Paling mahal pun RM90 sahaja sebulan. Tak faham? Hubungi sahaja saya melalui link Whatsapp di atas ini. Nanti saya akan terangkan kepada anda. Ok? BYE!!!.