Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, May 19
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Kereta Toyota Coaster Recond Secara Online
    Coaster

    Beli Kereta Toyota Coaster Recond Secara Online

    adminBy admin15/08/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Sebenarnya ada sangat banyak model kereta yang dihasilkan di dunia dan terlalu banyak model yang tidak dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia. Contohnya kereta toyota. Untuk pengetahuan anda syarikat toyota adalah salah satu syarikat automotif yang mengeluarkan sangat banyak model kenderaan. Dan susah tentu ada banyak model yang tidak ada dijual di Malaysia. Soalan saya kepada anda, apakah ada kenderaan seperti BAS yang dijual di Malaysia dari pengeluar Toyota? Jawapannya adalah tiada!!!.

    Kenderaan pengangkut penumpang dalam jumlah yang ramai keluaran kenderaan toyota adalah dalam bentuk van besar “Hiace”. Van ini memang tersangat popular di Malaysia. Ianya dijadikan kenderaan van untuk mengangkut pekerja kilang. Kalau untuk bawa lebih muatan, bas besar akan digunakan. Belum ada lagi “bas mini” yang digunakan. Mungkin gunakan van lebih praktikal untuk bawa muatan kecil dan terus gunakan bas besar untuk membawa lebih ramai penumpang. Mungkin lah.

    Bas Mini Toyota Coaster
    Bas Mini Toyota Coaster

    Toyota Coaster Recond

    Sebenarnya toyota ada mengeluarkan bas mini (minibus) yang diberi nama sebagai “Toyota Coaster”. Jujur cakap saya sendiri pun baru tahu kewujudan kenderaan bas mini dari Toyota ini. Maklumlah syarikat Toyota Malaysia tidak menjualnya secara rasmi di Malaysia. Maka kepada sesiapa yang mahu mendapatkan bas mini Toyota Coaster ini di Malaysia terpaksa mendapatkan melalui kedai yang menjual kenderaan import terpakai iaitu kedai yang menjual kereta recond.

    Saya telah mendapat pertanyaan dari individu yang berminat untuk mendapatkan dan memiliki bas mini Toyota Coaster. Dari pertanyaan inilah kenapa saya akhirnya sedar akan kewujudan kenderaan minibus dari Toyota. Saya sempat bertanyakan kepada beliau kenapa beliau mahukan bas mini tersebut dan jawapan beliau adalah untuk kegunaan keluarga. Rupa rupanya ada yang berminat hendak mendapatkan kenderaan bas untuk kegunaan seisi keluarga. Mudah untuk buat event dan jalan jalan melancong dalam Malaysia rasanya.

    Mencari kereta recond Toyota Coaster
    Mencari kereta recond Toyota Coaster

    Generasi Toyota Coaster

    • Toyota Coaster First Generation : February 1969
    • Toyota Coaster Second Generation : May 1982
    • Toyota Coaster Third Generation : December 1992
    • Toyota Coaster Forth Generation : 23 January 2017

    Spesifikasi Toyota Coaster

    • 2.8 CC 1GD-FTV diesel engine (129 kW (175 PS)/420Nm)
    • Gearbox : 5-6 speed 
    • Segmen : Minibus
    • Panjang : 6,200–7,725 mm
    • Lebar : 2,000 mm
    • Tinggi : 2,600 mm
    • Airbag : 2 Beg Udara
    • Safety Features : VSC
    • Berat : 2,575–3,745 kg
    • Tangki Minyak : –

    Minibus Toyota Coaster mempunyai sebanyak 19-29 seaters. Sesuai untuk kegunaan travel trip seisi keluarga. Ada ditawarkan dalam bentuk enjin petrol dan juga diesel.

    Ada orang tanya di laman laman website, kenapa UMW Toyota Malaysia tidak bawa masuk model bas mini Toyota Coaster ini di Malaysia. Jawapannya mudah. Kerana pasaran kita, demand untuk membeli dan memiliki sebuah bas adalah tersangat kurang. Kalau syarikat automotif hendak bawa bas ke pasaran Malaysia, kilang dan pusat servis mereka mestikan bersedia untuk menangani kes kes baik pulih bas tersebut. Dan dalam masa yang sama adakah ada permintaan tinggi untuk bas agar syarikat peroleh keuntungan? Buat masa sekarang rasanya adalah tidak!!!.

    Mini Bus Toyota Coaster
    Mini Bus Toyota Coaster
    Bas import terpakai Toyota Coaster
    Bas import terpakai Toyota Coaster
    Toyota Coaster recond
    Toyota Coaster recond

    Ya, ada sangat banyak bas yang dijual di Malaysia. Tetapi bas besarlah dan tidak sesuai untuk kegunaan keluarga. Kadang orang mahukan sebuah bas mini seperti 18 seater sahaja. Dan ya, ada van yang boleh menawarkan seater tempat duduk yang banyak. Tetapi jika mahukan keselesaan, maka memang bas mini adalah pilihan yang paling sesuai. Dan ya, Toyota Coaster adalah pilihan terbaik lagi lagi dengan reputasi yang kenderaan buatan Toyota adalah tahan lasak, tidak mudah rosak dan sangat reliable.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    Dan kepada mereka yang memang sedang mencari untuk membeli sebuah bas mini untuk pelbagai kegunaan peribadi, mahu tidak mahu mereka perlu mendapatkan melalui kedai yang menjual kenderaan import terpakai iaitu kedai yang menjual kereta recond. MAAF, buat masa ini kedai kereta recond kami belum ada lagi menawarkan apa apa model bas mini, Toyota Coaster dan seangkatan dengannya. Jika anda berminat mendapatkan kereta recond, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Bas Mini Toyota Coaster Bayaran Bulanan Toyota Coaster Beli Toyota Coaster Gambar Toyota Coaster Harga Toyota Coaster Spesifikasi Toyota Coaster Toyota Coaster Toyota Coaster Import Terpakai Toyota Coaster Malaysia Toyota Coaster Recond
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Beli Kereta Honda Jade Direct Owner Success Story

    21/03/2025

    Scam Kereta Recond Ambil Di Port Pelabuhan

    12/12/2024

    Beli Toyota Innova Baru Secara Online

    26/11/2024

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Toyota

    17/11/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.