Saya sudah berpengalaman menggunakan 3 buah kereta iaitu Perodua Viva, Proton Saga dan yang terkini adalah Proton Preve. Bila sudah pernah guna kereta baru dan juga terpakai (second hand), jadi ada banyak pengalaman jugalah servis kereta dan menukar part part di dalam kereta yang rosak. Kepada yang selalu hadap kereta rosak pasti akan mencari cara bagaimana untuk mengurangkan kos baiki kereta. Salah satu benda yang saya belajar adalah berkenaan sparepart kereta. Apa itu spare part?
Spare part bahasa mudahnya adalah ALAT GANTI. Saya rasa anda pasti sudah biasa mengalami keadaan di mana suis power window rosak, kipas radiator rosak, casing dashboard kereta patah, tombol gear patah, lampu kereta tertanggal dan sebagainya. Biasanya cara yang paling mudah adalah orang akan membawa kereta mereka ke bengkel untuk di check oleh mekanik dan ditukar ganti akan barang yang telah rosak tersebut. Dan berapa kos yang dikenakan kita akan bayar sahaja. Tetapi sudah tentulah kita akan merasakan kos yang dikenakan agak mahal. Adakah ada cara lain untuk mengurangkan kos tersebut? Ya ada! Bagaimana?
Cara Beli Dan Bayar Sparepart Kereta Yang Murah
Tahukah anda kebanyakkan bengkel kereta memang akan membeli barang barang sparepart kereta di kedai alat ganti kenderaan. Pernah tidak anda berada di dalam situasi yang kedai bengkel tiada alat ganti yang diperlukan. Mereka cakap mereka akan ambil dari stor dan sebagainya dan suruh kita tunggu. Kadang kala ada orang datang naik motor dan serahkan barang tersebut kepada mekanik di bengkel. Sebenarnya barang tersebut bukannya datang dari stor mereka pun. Barang tersebut datang dari stor kedai spare part kereta.
Bengkel membeli barang dari kedai sparepart kereta dan menjualnya semula kepada kita selaku pelanggan mereka. Sudah tentulah barang tersebut sudah di naik markup harga. Tidak salah pun bengkel kereta menjual harga yang telah dimarkup kepada kita. Itulah harga yang kita terpaksa bayar kerana kita tidak tahu, hendak mudah kerja dan sebagainya.
Sebenarnya anda boleh sahaja jimatkan kos membaiki kereta anda jika anda tahu apakah benda yang rosak di dalam kereta anda dan anda beli sendiri di kedai sparepart kereta. Saya tidak kata anda perlu tahu semua benda yang rosak di dalam kenderaan anda. Cukup untuk tahu benda benda yang asas yang tidak perlu pun pihak bengkel untuk tolong anda beritahu apa yang rosak dan apa yang perlu diganti.
Contoh, cermin sisi patah, butang power windows rosak, blower aircond rosak, dashboard patah, pembuka pintu kereta patah, absorber bocor leaking, antenna radio kereta rosak dan sebagainya ini boleh anda beli sendiri di kedai sparepart kereta. Jangan risau kalau anda bimbang yang anda tidak pandai untuk buka dan pasang kembali barang tersebut. Yang perlu anda buat adalah, kenal pasti punca, beli barang di kedai spare part kereta dan bawa ke bengkel dan minta mereka tolong pasangkan untuk anda. Anda hanya perlu bayar upah sahaja.
Sebenarnya seberapa murah yang boleh anda jimatkan kalau gunakan kaedah ini? Murah banyak ker? Jawapannya adalah YA!!!. Dari pengalaman peribadi saya, harga barang yang saya kena bayar kalau repair di bengkel adalah 2 kali ganda berbanding kalau beli sendiri di kedai sparepart kereta. Bukan sekali dua kali ja ya. Banyak kali kena macam tu dan itulah perbezaan harga yang saya pernah kena.
Anda baca sahaja kisah saya di artikel ini iaitu suis power window Myvi dan kipas radiator Preve. Alah kalau anda tidak percaya cakap saya, bila anda ke bengkel, sila buat semakan harga barang di Lazada atau Shopee. Anda sendiri akan perasan perbezaan harga yang ketara. Dan perbezaan harga ini adalah benar bagi barang barang yang termasuk sebagai alat ganti yer. Jangan anda semak harga barang seperti tayar dan sport rim pula. Itu harga memang lebih kurang sama sahaja. Alat ganti adalah seperti yang saya maksud di atas tadi ya.
Alat Ganti & Aksesori Kenderaan Online
- [ Shopee ] – cari dan beli barang dan peralatan murah untuk kenderaan di sini
Sekali lagi saya ingatkan. Kalau kereta anda rosak seperti kipas blower aircond contohnya dan anda pasti tahu itulah kerosakkan yang berlaku. Anda jangan terus ke bengkel. Anda ke kedai sparepart kereta dan beli barang tersebut. Jangan risau, kedai alat ganti akan bertanyakan jenis model kereta anda anda akan berikan anda barang yang betul dan tepat. Anda bawa barang tersebut ke bengkel dan minta mereka pasangkan. Mereka akan kenakan bayaran upah sahaja. Jadi murahlah kos baiki kereta anda nanti. Anda cubalah baiki dan tukar blower di bengkel terus, anda akan dapati harga memang akan mahal sekali ganda. Tidak percaya cubalah. Hehe. BYE!!!.