Penulisan ini bukanlah penulisan ilmiah. Jadi tidak akan ada fakta yang tepat berkenaan akan apa yang saya tuliskan. Perkongsian ini hanyalah dari pengalaman peribadi sendiri selaku pengguna tayar Michelin yang mahal dari spesifikasi “wet grip” iaitu dari jenis tayar yang sesuai dan mencengkam ketika hari hujan dalam keadaan jalan yang basah dan licin. Jadi adakah penggunaan tayar jenis ini sesuai untuk kegunaan dan penggunaan saya? Jom teruskan membaca.
Saya pernah menggunakan Perodua Viva, Proton Saga dan kini menggunakan Proton Preve. Sepanjang menggunakan sebuah kereta, tayar yang saya guna adalah dari jenis tayar yang biasa dan murah sahaja. Dan ini adalah pengalaman saya tukar tayar kereta Proton Saga yang baru di sini. Anda boleh klik dan baca jika berminat. Dan yang paling mahal pun adalah tayar dari jenama Toyo Tyre. Itu sahaja. Dan ketika saya menggunakan Proton Preve, saya memang ada duit untuk tukar, ganti dan gunakan tayar yang sedikit lebih elok, berkualiti dan mahal iaitu dari tayar brand jenama Michelin Tyre.

Baik Buruk Tayar Michelin XM2+
Kalau tidak silap saya, tayar yang saya gunakan adalah dari Michelin XM2+. Tayar yang bersaiz 16 inchi. Dan harga sebuah tayar adalah dalam RM350. Kalau tukar keempat empat tayar sekaligus akan menjadi bernilai RM1400. Ini adalah harga pada ketika 2 tahun lepas. Semakan terkini harga tayar ini sudah menjadi RM400 sebiji. Dan review kepuasan pengguna mendapat skor 4.8/5. Dengan kata lain, majoriti pengguna adalah berpuas hati dengan penggunaan tayar dari jenis ini termasuk dari pengalaman saya sendiri.
Jujur cakap, saya selalu berulang alik dari Penang ke Terengganu dan dari Penang ke Johor. Bila memandu pada jarak jauh, sudah tentu pemanduan saya akan memerlukan saya memandu dengan sedikit laju kerana jarak perjalanan yang jauh dan jalan yang lurus. Dan sudah tentulah saya akan menghadapi keadaan di mana ketika hari hujan dan keadaan jalan yang licin. Tayar Michelin ini bekerja dengan cekap. Ianya memang mencengkam jalan ketika mahu brek. Rasa lebih jakin memandu ketika hari hujan dan jalan yang basah dan licin.

Tetapi, kekurangannya pula adalah, tayar dari jenis “wet grip” ini biasanya adalah dari jenis getah yang lembut. Sifat getah yang lembut biasanya akan membuatkan bunga tayar sedikit lebih cepat haus berbanding tayar dari jenis getah yang sedikit keras. Sebab itulah selepas 2 tahun menggunakan tayar Michelin XM2+, nampaknya bunga tayar sudah semakin haus dan nampaknya saya kemungkinan akan terpaksa tukar tayar yang baru tidak lama lagi. Dalam keadaan jenis penggunaan harian saya, nampaknya tayar Michelin XM2+ ini kurang sesuai buat pengguaan saya. Kenapa?
Begini, kalau anda ke kedai yang menjual tayar kenderaan. Anda akan dapati tayar yang bukan dari jenis wet grip biasanya getah tayar akan sedikit lebih keras. Dan tayar dari jenis wet grip biasanya getah tayar akan sedikit lebih lembut. Tidak percaya, anda tekan sahaja getah tayar dan anda akan dapat rasa perbezaan tersebut. Dan sudah tentulah getah tayar yang lebih lembut akan lebih mahal harganya. Dan sudah tentulah tayar jenis ini akan lebih mencengkam ketika membrek secara mengejut dan sesuai ketika hari hujan.
Saya tidak katakan yang tayar Michelin XM2+ tidak sesuai. Jangan salah faham ya. Penggunaan harian saya adalah dari jenis daily driver. Saya menggunakan kereta 100% untuk ulang alik ke tempat kerja setiap hari. Penggunaan kereta secara harian dan bukannya selalu menghadapi keadaan hari hujan membuatkan penggunaan tayar jenis wet grip kurang sesuai menurut saya. Saya tidak perlu memandu perjalanan jauh dan laju. Penggunaan harian seperti ini kurang menggunakan manfaat tayar dan sudah tentulah getah yang tayar yang lembut seperti ini akan menyebabkan bunga tayar menjadi cepat haus dan cepat pula kena ganti tayar yang baru. Jelas? Faham?
Beli Tayar Kereta Online
- [ Shopee ] – cari dan beli tayar kereta baru berkualiti di sini
Dan salah satu kebaikkan tayar Michelin XM2+ dari apa yang telah saya kongsikan di atas tadi, tayar dengan getah yang lembut terbaik ketika melalui jalan berlubang kerana mampu menyerap hentakkan dengan baik. Paling tidak tayar tidak mudah rosak dengan mudah ketika tiba tiba terpaksa berlanggar dengan laluan jalan yang kurang baik. Malah ketika bunga tayar sudah mula haus, ianya masih menawarkan keselamatan ketika memandu berbanding tayar yang lebih murah yang sudah tentunya getah tayar agak keras. Ianya pasti berbahaya ketika memandu pada ketika bunga tayar sudah haus. Apa apa pun ianya bergantung kepada keperluan semasa anda ya. BYE.
2 Comments
Kallau mampu dan nak rasai keselamatan maka pakai saja tayar jenis mahal bro..
memang berbaloi kerana soal keselamatan tiada kompromi
setuju