Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Apa Itu BRICS Malaysia
    Info

    Apa Itu BRICS Malaysia

    adminBy admin25/10/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semalam (24 October 2024) ketika perjumpaan summit BRICS 2024, Malaysia telah secara rasmi diterima sebagai salah satu ahli di dalam kumpulan BRICS. Sebenarnya apa itu BRICS? BRICS adalah singkatan kepada Brazil, Russia, India, China dan South Africa. 5 negara ini adalah negara pengasas yang menubuhkan BRICS. Dan selepas itu mana mana negara anggota yang diterima masuk ke dalam BRICS mestilah mendapat persetujuan 5 negara pengasas ini. Dan ya Malaysia adalah salah satu negara terbaru yang diterima dan menjadi ahli dalam BRICS. Jelas? Faham?

    Apa tujuan penubuhan BRICS? Ianya adalah kerjasama untuk membentuk blok ekonomi dan perdagangan baru selain G7. Dunia moden sangat bergantung ekonomi kepada blok barat iaitu US dan juga Eropah. Negara ini disebut sebagai negara kaya iaitu negara maju yang disebut sebagai G7. Dan disebabkan negara China mula dilihat sebagai kuasa ekonomi terbesar selepas US dan boleh memberi pilihan kepada negara membangun untuk bersaing dengan lebih adil. Maka BRICS tercipta. Kesimpulan, BRICS adalah lambang peralihan ekonomi global dari negara maju G7 kepada negara membangun. Jelas? Faham?

    5 Negara Pengasas BRICS
    5 Negara Pengasas BRICS

    BRICS Plus (Malaysia 2024)

    Apa itu negara maju G7? G7 adalah negara seperti Canada, France, German, Italy, Japan, UK dan US. Dengan kata lain, G7 adalah group blok ekonomi negara negara maju sedangkan BRICS pula adalah group blok ekonomi negara negara membangun yang semestinya mahu mencabar ekonomi negara negara maju. Dan kelebihan BRICS adalah kadar pertumbuhan ekonomi dalam negara BRICS adalah lebih laju berbanding negara negara G7. Jadi ada kelebihan di situ.

    Bila ada blok ekonomi yang baru, maka syarat syaratnya pun berbeza dan sesuai dengan kehendak negara yang bersekutu dan bersama sama di dalam blok BRICS tersebut. Dan itulah sebab kenapa Malaysia mahu sertai BRICS juga dan alhamdulillah, Malaysia telah diterima secara rasmi. Terbaik. Jom saya ringkaskan tentang kelebihan dan tujuan BRICS itu sendiri untuk mudah faham.

    Negara Utama BRICS

    • Brazil
    • Russia
    • India
    • China
    • South Africa

    5 negara pengasas BRICS ini mewakili sebanyak 40% penduduk dunia. Dengan kata lain, akses ekonomi di dalam BRICS adalah besar. Namun ketika ini 5 negara anggota pengasas ini hanya memegang GDP global sebanyak 34% sahaja. Dengan kata lain, perlu kemasukkan negara negara ahli baru yang lain supaya BRICS mampu pegang ekonomi dunia paling besar selepas negara negara G7.

    Malaysia rasmi sebagai ahli BRICS
    Malaysia rasmi sebagai ahli BRICS

    Ahli Rasmi BRICS Terkini (2024)

    Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Malaysia, Nigeria, Thailand, Turkey, Uganda, Uzbekistan, Vietnam, Iran, Ethiopia, Mesir, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

    Tujuan BRICS

    • Ekonomi
    • Politik
    • Isu sosial
    • Institusi kewangan

    Mungkin ada yang kurang jelas. Kita dari dulu memang berdagang dengan negara besar seperti US, Europe, Japan dan China. Cumanya dalam soal US dan eropah, kita terikat dengan kehendak dan pasaran dikawasan sana. Yang kadang kala kita akan “kalah” dalam hal hal tertentu atas sebab mereka pegang kuasa ekonomi. Dan dalam masa yang sama, kita negara membangun seperti tidak ada pilihan untuk berdagang secara sihat kerana sekatan dan syarat syarat tertentu. Dengan adanya blok ekonomi baru yang khas untuk negara membangun seperti BRICS, maka pilihan kedua itu mula ter realisasi.

    Kenapa Malaysia Join BRICS

    • Akses kepada pasaran ekonomi yang lebih luas
    • Kurangkan kebergantungan kepada US dollar
    • Dapat manfaat dari New Development Bank (NDB). Ini adalah bank kewangan global kendalian BRICS sebagai alternatif dari IMF dan World Bank

    Ekonomi dunia sekarang memang berpaksikan kepada matawang dollar untuk apa apa urusan perdagangan global. Contoh, kita Malaysia berjual beli dengan Thailand, tetapi urusan ini dilakukan dalam matawang dollar USD. Soalannya kenapa Malaysia dan Thailand tidak melalukan transaksi perdagangan menggunakan matawang masing masing? Dan amalan ini digunapakai sejak dulu untuk semua negara walaupun tidak melakukan urusan dengan US. Pelik tetapi benar.

    Di atas ini adalah video perjumpaan di BRICS Summit di Kazan Russia pada 22–24 October, 2024. Ini adalah video ucapan oleh Rafizi Ramli yang mewakili Malaysia. Dan Malaysia secara rasmi adalah sah sebagai ahli di dalam blok ekonomi BRICS. Tahniah buat Malaysia. Di harap ke depan ekonomi Malaysia lebih stabil dan menjadi negara maju. Aminn. BYE!!!.

    Apa Itu BRICS Malaysia BRICS Malaysia Info BRICS Malaysia Tentang BRICS Malaysia
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.