Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Beli Special Order Kereta Recond (Pre-Order)
    Kereta Terpakai

    Cara Beli Special Order Kereta Recond (Pre-Order)

    adminBy admin16/03/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sepanjang saya aktif di dalam mempromosikan cara beli kereta dari Jepun, ada beberapa pelanggan yang mahu mendapatkan kereta recond yang tidak ada di dalam senarai stok atau di showroom kedai kami. Malah saya sempat bertanya kepada kedai yang menjual kenderaan import terpakai yang saya wakili berkenaan isu ini iaitu kerana ada model kenderaan sekian dan sekian tidak ada dijual di kedai berkenaan.

    Dan antara jawapan yang diberikan adalah model kereta tersebut dikatakan kurang baik dari segi harga selepas jualan iaitu harga resale value. Bukan sebab kereta tidak bagus ya. Kereta tersebut memang bagus, cumanya brand berkenaan lebih cepat untuk turun harga berbanding jenama lain. Dari segi perniagaan, mana mana kereta yang lambat terjual akan merugikan kedai itu sendiri. Dan itulah risiko yang perlu dihadap oleh pemilik kedai tersebut.

    Cara request special order kereta recond untuk bawa masuk Malaysia
    Cara request special order kereta recond untuk bawa masuk Malaysia

    Cara Request Import Kereta Recond Ke Malaysia

    Saya bagi contoh mudah begini. Saya selaku broker yang menjual kereta recond, saya sedar brand jenama seperti BMW dan juga Mercedes adalah bersaing sama sendiri dalam kelas kenderaan mewah. Tetapi saya perasan yang model Mercedes sangat banyak di bawa masuk ke pasaran Malaysia sedangkan model BMW sangat kurang atau tiada. Bila saya tanya kepada kedai, masalah resale value inilah puncanya. Owh baru saya faham. Tapi jangan risau, bukan kereta BMW tidak bagus, cuma masalah resale value sahaja dalam skop berniaga. Kalau sebagai pengguna tidak ada masalah apa apa kereta BMW.

    Jadi adakah boleh beli kereta dari brand jenama BMW untuk kategori import terpakai di Malaysia? Jawapannya adalah boleh. Anda boleh membuat special order iaitu special request iaitu pre-order untuk meminta mana mana model kereta yang tidak ada dijual di Malaysia untuk anda. Ya memang boleh. Cumanya oleh kerana ianya adalah permintaan dari anda sendiri untuk kereta tersebut di bawa masuk ke Malaysia, maka proses pembelian kereta sedikit berbeza dari yang lazimnya. Mari saya fahamkan anda serba sedikit.

    Kereta recond yang dijual di kedai yang menjual kenderaan import terpakai biasanya proses membeli kereta sama macam beli kereta yang lain yang dijual di Malaysia. Sama 100%. Tetapi jika anda mahu beli kereta recond yang tidak ada dijual di Malaysia dan anda minta kedai untuk bawa masuk iaitu sebagai special order import untuk anda, di sini kedai lah yang akan menanggung dan menerima risiko kalau anda tidak jadi beli.

    Pengimport Dan Penjual Kereta Recond Import Terpakai Bumi Muhibah Motors
    Pengimport Dan Penjual Kereta Recond Import Terpakai Bumi Muhibah Motors
    Pengimport Dan Penjual Kereta Import Terpakai Sinar Auto Sdn Bhd
    Pengimport Dan Penjual Kereta Import Terpakai Sinar Auto Sdn Bhd

    Risiko bagi kedai adalah, mereka telah bayar dan beli kereta tersebut dan bawa import masuk ke Malaysia untuk anda. Kalau anda tidak jadi beli, maka kedai akan rugi 100% wang modal. Maka salah satu syarat yang akan dikenakan oleh kedai biasanya mereka akan meminta DEPOSIT YANG BESAR sebagai tanda anda adalah pembeli yang serius (serious buyer). Dan anda juga wajib untuk lulus loan jika anda mahu beli kereta tersebut menggunakan pinjaman bank.

    Request Special Order Kereta Recond UK & Japan Spec

    • Nyatakan ;
      • MODEL
      • YEAR
      • SPEC
      • COLOUR
      • ETC
    • Flow Order ; 
      • Selepas hantar maklumat di atas, kedai akan cari model berkenaan. Jika ada unit yang sama dengan apa yang diminta, maklumat akan dihantar kepada anda
      • Jika customer setuju, sila bayar 30% dari nilai harga kereta atau paling kurang RM50K sebagai deposit
      • Tunggu kereta sampai di Malaysia. 1-2 bulan melalui pengangkutan laut. 2 minggu jika melalui pengangkutan penerbangan (caj tambahan akan dikenakan)
      • Deposit akan hangus (burn) jika customer tidak meneruskan pembelian iaitu batal (cancel)
    • Syarikat / kedai kereta recond akan mengutamakan permintaan special order seperti ini
    • 3% agent fee jika beli secara cash
    • 8% agent fee jika beli dengan cara loan bank
    Kedai import kenderaan terpakai kereta recond HM Falah Penang
    Kedai import kenderaan terpakai kereta recond HM Falah Penang

    Saya adalah broker yang menjual kenderaan import terpakai (recond) untuk 2 kedai yang berbeza owner. Perkongsian cara untuk special order (pre order) di atas ini adalah dari kedai kereta recond yang pertama saya wakili. Ya, mereka minta deposit minima RM50K atau 30% dari harga kereta jika anda adalah serius buyer. Bagusnya mereka adalah, mereka ada banyak cawangan. Anda boleh klik link yang saya berikan dan baca ya. Dan owner kedai yang kedua pula adalah dari HM Falah Penang. Mereka hanya meminta deposit minima RM15K. Terpulang kepada anda.

    Sebenarnya proses flow untuk bawa masuk kereta import terpakai sebenarnya mudah sahaja. Yang pertama anda kena meminta kedai yang menjual kereta recond untuk bawa masuk kereta tersebut di Malaysia kerana mereka adalah pemegang lesen AP. Yang kedua anda wajib berikan deposit yang ditetapkan sebagai tanda anda adalah customer dan serius buyer. Yang ketiga pula anda wajib submit dan lulus loan bank jika anda mahu beli kereta tersebut menggunakan pinjaman hire purchased dari bank. Jika ke semua kriteria ini lulus, barulah kereta idaman anda akan dibawa masuk import ke Malaysia. Jelas? Faham?

    Cara request pre-order kereta recond import terpakai untuk import ke Malaysia
    Cara request pre-order kereta recond import terpakai untuk import ke Malaysia

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    Saya sebenarnya telah mendapat beberapa mesej dari Whatsapp yang bertanyakan tentang model yang kami tidak ada stok dan tidak dijual di kedai. Akan tetapi kedai kereta recond yang saya wakili ada membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu kedai syarikat untuk tolong import kereta yang dimahukan dan di bawa masuk ke Malaysia. Ianya memang boleh dilakukan dengan beberapa syarat dan terma lah. Jika anda bersetuju dan berminat, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli kereta Mazda 2 terus dari owner dan submit loan bank melalui kedai used car

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    Beli kereta recond kena bayar puspakom

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025
    Kereta terpakai Toyota Corolla Cross Total Loss

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    Scrut sebelum beli kereta terpakai supaya tidak terbeli kereta TOTAL LOSS

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.