Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan (Kereta)
    Info

    Cara Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan (Kereta)

    adminBy admin14/06/20242 Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Bagi yang pernah membeli kereta, pasti sudah tahu bagaimana cara kiraan bayaran bulanan kereta dilakukan. Dan bagi yang masih muda dan baru hendak beli kereta baru, mesti tidak tahu macam mana cara kira monthly installment kereta. Jadi di artikel kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda cara kira bayaran bulanan pinjaman kenderaan untuk panduan serta rujukan anda. Kenapa saya cakap pinjaman kenderaan dan bukan pinjaman kereta? Ada beza? Tiada beza pun. Hahaha.

    Tidak kisahlah samada anda mahu beli bas, van, lori, pickup truck atau kereta sekalipun. Loan pinjaman di bank yang di maksudkan adalah car loan, car financing, auto financing dan juga vehicle financing. Nama sebutan sahaja berbeza tetapi membaca maksud kepada pinjaman loan yang sama!!!. Kalau saya tulis cara kira loan kereta sahaja, nanti ada pula orang tanya macam mana dengan cara kira kalau loan kalau beli bas, lori atau van? Jadi lebih baik saya tulis panduan cara kira loan pinjaman kenderaan sahaja. Ianya terpakai kepada semua jenis kenderaan. Jelas? Faham?

    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah
    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah

    Panduan Kira Bayaran Bulanan (Monthly Installment) Kereta

    Bila anda hendak beli kereta sebagai contoh. Anda kena tahu berapa harga kereta, berapa jumlah pinjaman loan kereta yang anda mahu ambil, berapa kadar interest yang dikenakan dan berapa jumlah tahun bayaran balik yang anda mahu ambil. Keempat-empat faktor ini akan mempengaruhi jumlah bayaran bulanan yang anda kena bayar nanti setiap bulan. Jom kita buat contoh kira kira ringkas dan terperinci (detail).

    Asas Bayaran Loan Kereta : Jumlah Hutang Asas Pinjaman + Jumlah Hutang Interest = Jumlah keseluruhan yang patut dibayar

    Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Kereta Baru Perodua Myvi
    Senarai Harga Dan Bayaran Bulanan Kereta Baru Perodua Myvi

    Jumlah Asas Pinjaman

    • Anda beli kereta Perodua Myvi baru
    • Anda pilih Myvi dari variant 1.5 AV yang berharga RM61853.90 on the road (termasuk insurans)
    • Katakan anda pilih untuk berikan wang muka (downpayment) sebanyak RM6353.90
    • Maka jumlah yang anda perlu pinjam dari bank adalah RM61853.90 – RM6353.90 = RM55500

    Jumlah Interest

    • Katakan anda berjaya mendapatkan loan pinjaman kenderaan dari CIMB Bank dengan kadar interest sebanyak 2.63% setahun
    • Dan anda berhasrat untuk bayar selama 9 tahun
    • Jumlah interest setahun = RM55500 x 2.63% setahun = RM1459.65
    • Jumlah interest 9 tahun = RM1459.65 x 9 tahun = RM13136.85

    Jumlah Hutang Pinjaman Keseluruhan

    • Jumlah Asas Pinjaman + Jumlah Keseluruhan Interest
    • RM55500 + RM13136.85 = RM68636.85
    • Ini bermaksud, jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar selama 9 tahun adalah RM68636.85
    Bayaran bulanan pinjaman kenderaan guna car loan calculator
    Bayaran bulanan pinjaman kenderaan guna car loan calculator

    Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan

    • Jumlah hutang pinjaman / 108 bulan (9 tahun)
    • RM68636.85 / 108 bulan = RM635.52 SEBULAN

    Beginilah cara dan bagaimana untuk membuat kiraan berapakah monthly installment komitmen bulanan yang ada kena bayar sekiranya anda berhasrat untuk membeli kereta tersebut.

    Cara Mudah Buat Kira Kira Secara Online

    • [ CarLoanCalculatorMalaysia ] – sila klik link ini dan ikuti panduan video di bawah ini tentang bagaimana cara untuk menggunakannya. 

    Mudah sahaja bukan. Harap anda faham dan dapat mengikuti tentang cara pengiraan bayaran bulanan pinjaman kenderaan ini. Tidaklah sesukar mana. Kepada golongan muda atau mahasiswa yang baru lepasan universiti. Nasihat saya sebagai orang yang pernah melalui zaman belajar dan seterusnya bekerja. Di zaman harga semakin meningkat, kos sara hidup tinggi dan ketatnya pinjaman yang bakal diluluskan, maka adalah lebih baik buat keputusan bijak. Hanya saranan saya sahaja. Hak masing masing. Apa apa pun selamat membuat kira kira dan belilah kereta ikut kemampuan anda. Sekian.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    View 2 Comments

    2 Comments

    1. Matthews on 01/09/2025 3:14 pm

      Terima kasih atas perkongsian ini! Penjelasan tentang cara kiraan pinjaman kenderaan ini sangat berguna, terutamanya bagi pembeli kereta kali pertama. Menariknya, pinjaman ini terpakai untuk semua jenis kenderaan, bukan hanya kereta.

      Reply
      • admin on 01/09/2025 3:22 pm

        ya betul

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.