Sejak saya menjadi seorang blogger yang memfokuskan tentang kenderaan terutamanya kereta di Malaysia. Saya mendapat banyak pertanyaan tentang sesetengah penawaran jual beli kereta samada ianya benar, tipu atau scam. Malah ada di antara mereka yang telah hangus duit deposit sehingga ribuan ringgit hanya kerana terpedaya dengan iklan jualan kereta dengan harga murah. Konon jadi orang terawal dapat booking kereta tersebut. Rupa rupanya kena tipu dengan scammer. Ermm.
Saya berpengalaman bercakap sendiri dengan scammer. Scammer yang saya maksudkan adalah “Scam LHDN”. Bersungguh cakap saya ada tunggakkan cukai sekian dan sekian. Kalau tak bayar akan dikenakan tindakkan mahkamah. Cakap saya ada company sekian dan sekian. Saya nafikan semua itu. Saya buat panggilan terus pada LHDN dan meminta mereka semak jumlah tunggakkan cukai yang saya ada atas nama saya. Jawapannya adalah tiada. Rupa rupanya betul lah mereka itu adalah scammer.

Cara Elak Kena Scam Iklan Beli Kereta Terpakai Murah
Berkenaan industri kereta. Scam yang biasa dilihat adalah berkenaan scam kereta recond import. Pengiklan cuba menjual kereta dengan harga murah. Konon kereta masih di kastam. Minta bakal pembeli buat bayaran deposit untuk keluarkan kereta dari port pelabuhan dan sebagainya. Konon hanya selepas bayar baru boleh jumpa dan tengok kereta depan depan. Kononnya lah. Lepas bakal pembeli transfer duit, contact Whatsapp pun tidak boleh dihubungi. Malah ada scammer yang lebih berani, kalau cancel booking, kena bayar yuran denda pembatalan dan sebagainya. Jangan lah anda mudah kena tipu.
Hendak elak dari di tipu oleh scammer adalah mudah sahaja. Anda hanya perlu guna logik akal sahaja. Kereta Toyota Alphard terpakai pun dijual di atas harga RM80K di Malaysia. Kedai kereta recond pun jual di atas harga RM100K. Tiba tiba entah siapa ada jual kereta Alphard terpakai harga RM50K. Memang tidak logik lah. Mana ada kedai penjual yang mahu jual di bawah harga pasaran terlalu tinggi?

Kalau penjual mahu anda bayar deposit secara online, sila elakkan 100%. Fikir logik lah. Anda tidak pernah tengok kereta depan depan. Anda tidak kenal individu tersebut. Selepas itu anda boleh pula buat transfer online kepada individu terbabit. Tidak ada resit. Anda tidak dipaksa untuk bayar kepada mereka. Jika benar mereka adalah scammer? Anda rasa anda boleh dapat semula wang anda? Fikir fikirkan lah.
Biasanya mangsa scam beli kereta murah yang kena tipu ribuan atau puluh ribu ringgit pasti akan membuat laporan polis. Dan pihak polis akan cuba dapatkan maklumat seperti Nama Syarikat yang diiklankan, nombor akaun bank yang kita telah transfer duit dan nombor telefon yang kita hubungi melalui Whatsapp. Dan data maklumat ini pihak polis akan masukkan ke dalam sistem SemakMule.

Semak Akaun Penipu Scammer Online
- [ SemakMule ] – sila buat semakan samada nombor telefon, nama syarikat atau nombor akaun bank yang disyaki di sini
Laman website semakmule di atas ini adalah di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial oleh Polis Diraja Malaysia. Tujuan utama pengenalan laman portal ini oleh pihak Polis adalah bagi membantu anda sebagai orang awam semak akaun individu yang kemungkinan sudah ada dan pernah di report oleh orang yang lain.
Tidak semestinya selepas semakan dibuat dan tidak ada rekod di dalam sistem polis, maka individu berkenaan bukan penipu. Itu adalah kemungkinan mereka memang benar benar bukan scam atau maklumat mereka belum pernah di laporkan kepada pihak polis untuk pihak polis masukkan ke dalam sistem database mereka.
SemakMule adalah salah satu cara pihak polis membantu orang awam untuk membuat semakan sendiri dan berhati hati jika anda sedang berurusan dengan si penipu iaitu scam tersebut. Kalau nombor telefon atau nombor akaun atau nama syarikat tersebut sudah ada rekod laporan polis yang banyak, maka itu jelas si scammer telah di report oleh ramai individu yang sudah terkena dengan si penipu tersebut. Jadi berhati hatilah. Jom gunakan SemakMule untuk kebaikkan bersama. BYE!!!.


