Ramai yang masih keliru dengan sebutan “Tukar Nama” dan juga “Thumb Print” di JPJ. Sebenarnya dua dua benda ini adalah sama sahaja. Dan sebutan yang paling tepat untuk orang mudah faham berkenaan tukar nama ini adalah TUKAR HAK MILIK kenderaan. Jadi bila kita sebut tukar hak milik, maka saya pasti kebanyakkan dari kita akan faham akan maksud dan tujuan tukar nama ini. Jelas ya.
Bila seseorang mahu menjual kenderaan mereka, tidak kisahlah samada mahu jual motorsikal, kereta, van atau pun lori. Maka perkara pertama yang perlu mereka buat adalah kena buat adalah servis pemeriksaan puspakom untuk mendapat kebenaran menjual kenderaan tersebut selepas kereta tersebut disahkan selamat untuk dipandu dan digunakan oleh bakal pembeli tersebut.

Servis Runner Thumbprint Tukar Hak Milik Kenderaan
Hanya selepas kereta anda lulus puspakom dan dibenarkan untuk melakukan transaksi jual beli, maka proses yang seterusnya adalah proses tukar nama iaitu pindah milik dari Nama Anda kepada Nama Pembeli. Jadi owner kereta tersebut anda bertukar dari anda kepada buyer tersebut. Dan proses boleh dilakukan di pejabat JPJ atau ejen MyEG yang mendapat lesen dari pihak JPJ itu sendiri.
Dalam banyak keadaan, ramai pemilik kenderaan sudah berumur atau sibuk untuk urusan harian. Jadi mereka perlukan bantuan orang yang boleh tolong melakukan urusan tukar nama di JPJ. Dan orang ini kita sebut sebagai ejen MyEG atau “Runner Tukar Nama” atau runner tukar hak milik lah. Harap anda jelas ya.
Tetapi ejen atau runner ini bukanlah akan pergi ke JPJ pun. Proses untuk tukar nama atau tukar hak milik atau pindah milik ini akan melibatkan proses untuk scan cap jari. Oleh kerana ejen atau runner ini mempunyai akses kepada sistem JPJ dan juga MyEG, maka mereka akan datang ke lokasi anda sambil membawa laptop dan alat untuk mengesan cap jari (scan thumbprint). Dengan kata lain, ya, anda boleh tukar nama kenderaan secara mudah dari rumah atau lokasi anda sahaja. Runner yang akan datang kepada anda. Jelas? Faham?

Berapa Caj Runner?
Saya BUKAN runner!!! Saya marketing bagi pihak runner. Dan runner ini bertapak di Kuala Lumpur (KL) dan juga Selangor. Namun oleh kerana mereka mempunyai team dan ejen di seluruh Malaysia, maka mereka juga menawarkan perkhidmatan runner puspakom dan juga tukar nama untuk seluruh Malaysia.
Kalau lihat pada gambar pertama di atas. Customer tersebut adalah dari Negeri Sembilan (N9), tetapi runner kami walaupun base dari KL/Selangor tetap juga boleh menguruskan pelanggan dari negeri yang lain tanpa masalah. Berkenaan caj bayaran pula, gambar di atas ini adalah senarai harga yang pihak runner kenakan. Harap jelas dan maklum ya.

Booking Runner Pindah Hak Milik Kenderaan Sekarang!!!
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk bantuan mendapatkan runner puspakom atau proses tukar nama / hak milik kenderaan anda.
Macam mana hendak contact dan hubungi kami untuk mendapatkan dan booking servis runner dari kami? Mudah sahaja. Sila klik link Whatsapp di atas ini. Nyatakan niat anda mahu guna dan dapatkan servis runner yang mana. Dan saya akan pass nombor telefon anda kepada runner untuk proses seterusnya. Tidak kisah anda berada di negeri mana, kami menawarkan servis runner seluruh semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Harap maklum ya. BYE!!!.




