Ya, saya ada kerjasama dengan kedai used car untuk menawarkan servis submit loan untuk beli kereta direct owner. Dan antara servis tambahan yang kami ada adalah menawarkan proses buat puspakom dan juga tukar nama siap geran. Cumanya saya selaku ejen marketing TIDAK PERNAH walau sekali menawarkan kepada mana mana individu yang mahukan servis runner puspakom dan tukar nama geran kereta ini. Sebabnya adalah kerana majoriti customer saya adalah dari orang yang jauh iaitu satu Malaysia. Ini adalah cerita pada awal awal lah.
Dan kemudian timbul isu viral berkenaan caj runner puspakom yang mengenakan bayaran setinggi RM750 di dada dada akhbar tempatan. Saya yang memang tidak pernah memperkenalkan dan mempromosikan servis ini, maka saya merasakan caj tersebut memang agak mahal. Sebenarnya bayaran puspakom kalau buat sendiri tidak sampai RM100 pun. Akan tetapi, bukan semua orang ada masa. Kena booking dulu. Belum tentu book hari ini, terus dapat date tarikh hari ini atau esok. Ikut pada kekosongan pihak puspakom juga. Dan salah satu cara untuk bantu anda tolong hantar dan buat inspection kereta di puspakom adalah dengan menggunakan servis runner.

Contact Number Untuk Booking Puspakom Runner
Jadi berapa harga yang patut diambil dan dicaj oleh runner untuk ke puspakom ini? Ianya berbalik kepada persetujuan kedua dua belah pihak sebenarnya. Tidak ada caj harga tetap. Tetapi kalau dapat harga yang murah dan munasabah ok lah. Seperti RM200-RM300. Hantar kereta ke puspakom bukan kerja mudah. Kena booking online dan cari tarikh yang kosong. Selepas hantar kereta, kena tunggu sampai kereta siap di inspect oleh puspakom. Masa ini lah yang tidak semua orang ada. Jadi gunakan servis perkhidmatan runner adalah lebih praktikal.
Dokumen Yang Perlu Di Sediakan Oleh Pemilik (Onwer)
- Geran kereta original
- Pihak Puspakom memang mahukan geran asal fizikal. Kalau tiada, anda perlu untuk cetak geran kenderaan di JPJ. Kalau anda tidak tidak tahu atau tiada masa, anda juga boleh gunakan khidmat runner kami untuk print geran kereta anda di JPJ.
- Salinan IC kad pengenalan depan belakang

Apa Tugas Runner Puspakom?
- Selepas anda book runner puspakom melalui kami
- Runner akan cuba booking tarikh dengan puspakom
- Selepas berjaya book tarikh, runner akan datang ambil kereta dan minta geran kenderaan (fizikal) dan bawa ke pusat pemeriksaan kenderaan puspakom
- Selepas inspection puspakom selesai, runner akan bawa dan pulangkan kenderaan kepada pemilik
- Selesai.
Kelebihan Runner Puspakom Kami
- Ada sijil PAR (Puspakom Approved Customer Representative). Ianya macam wakil pelanggan yang diiktiraf oleh Puspakom
- Beroperasi di seluruh semenanjung Malaysia
Berapa Caj Bayaran Runner Puspakom?
- Caj bayaran yang dikenakan adalah RM200-RM300
Servis Perkhidmatan Runner Selain Puspakom
- Runner puspakom kereta
- Runner puspakom E-hailing / Grabcar
- Runner puspakom van / lori / excavator
- Runner tukar hak milik kereta
- Runner tukar hak milik lori, treler, van
- Runner print cetak geran kereta
- Runner renew roadtax cukai jalan kereta
- Runner renew lesen memandu
- Transportation service local/outstation
Di atas adalah senarai servis perkhidmatan “runner” yang kami ada tawarkan. Rasanya hampir ke semua servis ini mencakupi keseluruhan untuk menyelesaikan apa apa urusan yang berkaitan untuk pelbagai jenis kenderaan.
Booking Runner Puspakom Sekarang!!!
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk bantuan mendapatkan runner puspakom atau proses tukar nama kenderaan anda.
Macam mana hendak contact dan hubungi kami untuk mendapatkan dan booking servis runner dari kami? Mudah sahaja. Sila klik link Whatsapp di atas ini. Nyatakan niat anda mahu guna dan dapatkan servis runner yang mana. Dan saya akan pass nombor telefon anda kepada runner untuk proses seterusnya. Tidak kisah anda berada di negeri mana, kami menawarkan servis runner termasuk puspakom runner untuk seluruh semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Harap maklum ya. BYE!!!.