Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Sunday, July 13
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Servis Perkhidmatan Runner Tukar Hak Milik Kenderaan
    Perkhidmatan

    Servis Perkhidmatan Runner Tukar Hak Milik Kenderaan

    adminBy admin08/04/2025Updated:15/04/2025No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Semasa saya mahu jual kereta buruk lama saya yang tersadai dulu. Ketika itu barulah saya pertama kali ada pengalaman dan belajar macam mana hendak buat proses tukar nama. Dan ketika itulah saya belajar dan ambil tahu tentang puspakom dan sebagainya. Dan atas pengalaman kecil inilah saya ingin berkongsikan dengan anda tentang servis dari runner yang boleh membantu anda melakukan proses tukar hak milik kenderaan iaitu proses tukar nama untuk kereta yang anda mahu jual atau kereta yang anda mahu beli.

    Sebenarnya ramai yang keliru antara maksud batal hak milik, tukar nama atau tukar hak milik. Proses batal hak milik adalah proses untuk melupuskan kenderaan dan anda mahu membuang nama anda sebagai pemilik kenderaan tersebut. Mana tahu anda mahu lupus buang kereta tersebut tetapi ada orang ambil, baiki dan gunakan kereta tersebut. Kalau ada salah laku atau jenayah, paling tidak nama anda tidak lagi dapat dikaitkan dengan kenderaan tersebut.

    Borang penyata pertukaran milikan kenderaan motor
    Borang penyata pertukaran milikan kenderaan motor

    Runner Tukar Nama Pemilik Kereta Di Rumah

    Sedangkan proses tukar nama adalah proses tukar hak milik. Menukarkan nama dari Pemilik A (owner lama) kepada Pemilik B (owner baru). Dan ketika saya menjual kereta saya yang lama kepada kedai besi buruk, mereka mengatakan yang kereta tersebut masih boleh dibaiki (restore) dan mereka berhajat untuk menggunakan kereta tersebut. Jadi saya dan bakal pemilik tersebut bersetuju untuk buat proses tukar nama iaitu tukar hak milik di JPJ. Proses tersebut tidaklah sesusah mana di JPJ.

    Sebelum kereta boleh dipindah hak milik, kereta tersebut mestilah lulus ujian pemeriksaan puspakom terlebih dahulu. Kalau anda tiada masa untuk hantar kereta ke puspakom, sila gunakan khidmat runner Puspakom di sini. Selepas lulus pemeriksaan puspakom, sila ke JPJ dan isi borang pertukaran milikan kenderaan motor dan scan cap ibu jari. Kemudian barulah pemilik yang baharu perlu ke JPJ dan buat pengesahan sebagai pemilik yang baru dan scan ibu jari juga. Sampai sini, proses tersebut dianggap berjaya.

    Servis runner tukar nama hak milik kenderan kereta
    Servis runner tukar nama hak milik kenderan kereta

    Tetapi bukan semua orang ada masa untuk melakukan proses ini. Kalau ada masa pun, tidak ramai yang tahu untuk melakukannya. Atas sebab itulah wujudkan servis perkhidmatan yang menawarkan bantuan “runner” yang boleh membantu anda untuk tolong buatkan proses tukar hak milik kenderaan ini di JPJ.

    Tahukah anda yang sebenarnya anda boleh melakukan proses tukar pindah hak milik kenderaan anda terus dari rumah? Tapi bukan pihak JPJ lah yang akan datang ke rumah anda dan tolong buatkan untuk anda. Ada pihak lain yang berlesan dan mempunyai akses  kepada sistem JPJ (MyEG) yang akan datang ke lokasi rumah anda. Inilah runner yang saya maksudkan.

    Tukar Nama MyEG Di Rumah Tanpa Perlu Ke JPJ
    Tukar Nama MyEG Di Rumah Tanpa Perlu Ke JPJ

    Apa Tugas Runner Tukar Hak Milik?

    • XXXXXXXXXXXXXX

    Berapa Caj Bayaran Runner Untuk Tukar Hak Milik

    • Caj bayaran yang dikenakan adalah RM280-RM350

    Runner akan bawa sebuah laptop yang ada akses kepada sistem MyEG dan ada alat untuk scan thumbprint untuk turunkan cap ibu jari sebagai pengesahan. Mereka datang kepada anda walau dimana anda berada. Mudah bukan?

    Servis Perkhidmatan Runner Selain Tukar Nama

    • Runner puspakom kereta
    • Runner puspakom E-hailing / Grabcar
    • Runner puspakom van / lori / excavator
    • Runner tukar hak milik kereta
    • Runner tukar hak milik lori, treler, van
    • Runner print cetak geran kereta
    • Runner renew roadtax cukai jalan kereta
    • Runner renew lesen memandu
    • Transportation service local/outstation

    Di atas adalah senarai servis perkhidmatan “runner” yang kami ada tawarkan. Rasanya hampir ke semua servis ini mencakupi keseluruhan untuk menyelesaikan apa apa urusan yang berkaitan untuk pelbagai jenis kenderaan.

    Booking Runner Pindah Hak Milik Kenderaan Sekarang!!!

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk bantuan mendapatkan runner puspakom atau proses tukar nama / hak milik kenderaan anda.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Macam mana hendak contact dan hubungi kami untuk mendapatkan dan booking servis runner dari kami? Mudah sahaja. Sila klik link Whatsapp di atas ini. Nyatakan niat anda mahu guna dan dapatkan servis runner yang mana. Dan saya akan pass nombor telefon anda kepada runner untuk proses seterusnya. Tidak kisah anda berada di negeri mana, kami menawarkan servis runner seluruh semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Harap maklum ya. BYE!!!.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025

    Cara Baiki & Tukar Cermin Kereta Windscreen

    05/05/2025

    Runner Puspakom & Runner Tukar Nama

    30/04/2025

    Cermin Kereta Pecah Retak Sebab Panas

    28/04/2025

    Servis Towing Motosikal KL & Selangor

    20/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.