Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Jual Kereta Lama Tersadai Sebagai Besi Buruk

    adminBy admin04/09/2024Updated:11/04/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya pernah membeli dan memiliki sebuah kereta Proton Saga Iswara. Kereta sudah buruk, tayar pancit dan tersadai sangat lama. Dan bila saya bercadang ingin menjual rumah, maka “kereta buruk” ini terpaksa saya buang. Kereta iswara ini berada di rumah saya di Johor. Dan saya kini tinggal di Pulau Pinang kerana bekerja di sini. Maka apa pilihan yang saya ada untuk melupuskan kereta ini? Pilihan yang paling mudah dan senang adalah jual kereta sebagai besi buruk. Mudah cerita, kereta ini terpaksa saya scrap!!!.

    Setelah berbincang dengan rakan yang tahu tentang kereta. Beliau menyarankan saya untuk menjual kereta Iswara ini di Facebook. Jual part barang barang yang orang ingin beli. Ada orang sanggup untuk beli barang aircond, enjin, gearbox, seat tempat duduk, lampu kereta, tayar dan banyak lagi. Kalau saya pilih untuk jual barang barang kereta ini memang laku. Tetapi saya tidak ada masa untuk melakukannya kerana faktor jauh dari rumah. Jadi pilihan yang paling mudah memang kena jual di kedai besi buruk.

    Iklan jual kereta lama tersadai rosak di media sosial
    Iklan jual kereta lama tersadai rosak di media sosial

    Kedai Scrap Besi Kereta Lama, Tersadai Lama, Buruk, Rosak Di Johor

    Saya telah menghubungi dan berbincang dengan kedai yang boleh membeli barang yang berkaitan dengan besi. Yang penting kedai beliau boleh untuk mengambil kereta sebagai besi buruk. Oleh kerana kereta tersebut saya beli dengan nama saya, maka geran kereta berkenaan adalah di atas nama saya selaku pemilik. Kena ingat ya, kalau kita hendak lupuskan kenderaan, sila pastikan nama kita bukan lagi tercatat sebagai pemilik kenderaan tersebut. Ini untuk keselamatan.

    Geran kereta Proton Iswara
    Geran kereta Proton Iswara

    Saya tanyakan kepada mereka, kereta Iswara yang mereka ambil ini akan mereka buat apa? Adakah diperbaiki lagi dan digunakan. Jawapan mereka adalah, mereka akan potong kereta tersebut, ambil part bahagian yang masih boleh digunakan dan scrap bahagian yang hendak dibuang atau tidak dimahukan lagi. Ada sedikit kelegaan pada side bahagian saya. Paling tidak saya tahulah yang kereta berkenaan tidak akan diperbaiki lagi dan digunakan semula. Tetapi ini bukanlah jaminan 100% yang saya boleh berasa lega.

    Kereta Proton Iswara buruk tersadai
    Kereta Proton Iswara buruk tersadai

    Alhamdulillah, kedai besi buruk tersebut mencadangkan agar saya hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk membuat pelupusan kenderaan. Beliau terangkan lagi, pemilik kenderaan yang mahu nama dibuang dari geran kereta sebagai tanda bukan lagi pemilik sah kepada kenderaan tersebut, mereka boleh hadir ke JPJ untuk melupuskan kereta.

    Kereta Proton Saga Iswara kena towing dan dijual scrap ke kedai besi buruk
    Kereta Proton Saga Iswara kena towing dan dijual scrap ke kedai besi buruk

    Proses tersebut akan membuang nama pemilik terhadap chasis enjin kereta berkenaan. Jadi selepas itu, kalau ada apa apa isu berkaitan jenayah misalnya, nama kita selaku pemilik, tidak akan dikaitkan lagi secara undang undang. Ya saya memilih kaedah ini yang saya rasakan lebih selamat dan sah mengikut undang undang.

    Hasil duit jual kereta Proton Saga Iswara ke kedai besi buruk
    Hasil duit jual kereta Proton Saga Iswara ke kedai besi buruk

    Berapa saya dapat selepas jual kereta Proton Iswara lama di kedai besi buruk? Mereka bayar dengan harga RM800 sahaja. Sikit? Memang sikit. Jawapan mereka adalah mereka kena bayar kos towing tunda kereta sebanyak RM150. Apa pun alasan mereka, saya terima sahaja. Sebab saya pun memang tidak mahu apa apa dari kereta berkenaan. Hanya mahu buang dan lupus sahaja. Bersih saya dapat adalah RM650 tetapi mereka genapkan menjadi RM700. Saya terima.

    Dari pengalaman saya ini, saya jual kereta lama di kedai yang membeli kereta lama, buruk, rosak dan tersadai lama untuk dijadikan sebagai kereta scrap. Berapa saya dapat? Saya dapat dalam RM700 untuk sebuah kereta Proton Iswara yang bertahun 2003 yang sudah berumur 21 tahun. Minta lebih tidak boleh kerana kedai besi buruk terpaksa menarik kereta menggunakan lori towing kenderaan. Jadi ada kos lain bagi pihak mereka. Kalau anda ingin kereta anda dibeli dengan lebih mahal, boleh hantar sendiri atau jual di kedai scrap besi buruk yang lebih dekat. BYE!!!.

    IKLAN : Servis Yang Kami Ada

    • [ KeretaBaru ] – servis beli kereta baru melalui kami
    • [ DirectOwner ] – servis submit loan bank untuk beli kereta direct owner
    • [ JualCarsome ] – servis jual kereta di Carsome @ MyTukar (Carro)
    • [ BeliCarsome ] – servis beli kereta terus direct melalui staff di Carsome @ MyTukar (Carro)
    • [ BeliRecond ] – servis beli kereta import terpakai recond melalui kami
    • [ SCRUT ] – dapatkan laporan claim insurans kereta terpakai di sini
    • [ InsuransKereta ] – servis renew roadtax insurans kereta melalui kami
    • [ RunnerPuspakom ] – servis bantuan runner puspakom dan tukar nama hak milik kenderaan

    Di atas ini adalah senarai servis yang ada kami tawarkan melalui blog kereta ini. Jika ada mana mana servis perkhidmatan yang anda cari ada pada kami, sila hubungi saya melalui link Whatsapp yang saya kongsikan di atas ini ya. Saya harap panduan bagaimana cara jual kereta lama, buruk dan tersadai di atas ini memberikan input yang berguna kepada anda. BYE!!!.

    Jual Kereta Besi Buruk Jual Kereta Buruk Jual Kereta Lama Jual Kereta Tersadai
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.