Baru baru ini saya ada menjual kereta lama kepada kedai besi buruk. Saya tanyakan apa niat beliau untuk kereta tersebut? Saya berniat mahu scrap sahaja. Pembeli boleh beli untuk leraikan kereta untuk ambil barang untuk dibuar sparepart kalau berminat. Tetapi setelah beliau belek belek kereta tersebut, beliau mahu membaiki semula. Kalau kereta boleh dibaiki, beliau mahu berikan kepada pekerja beliau dan mahu tukar nama. Dan proses untuk tukar nama ini adalah proses membatalkan hak milik iaitu selaku pemilik lama kepada pemilik yang baru.
Saya terkejut kereta lama yang sudah buruk yang ingin saya buang rupanya boleh dibaiki dan digunakan semula. Tetapi tidak mengapalah. Memang pada awal awal niat saya untuk lupus kenderaan tersebut. Oleh kerana pembeli sudah membeli dan mahu mengunakan kereta tersebut secara sah undang undang. Maka proses yang seharusnya dilakukan adalah dengan tukar nama saya yang ada di dalam geran kereta semasa kepada nama beliau selaku pemilik yang baharu. Prosesnya bagaimana?
Proses Tukar Nama Pemilik Kereta (Puspakom + JPJ)
Pertama sekali, benda pertama yang paling penting adalah kena ada geran kereta. Dalam kes saya, kereta sudah lama, rosak, tersadai dan memang tidak dapat dihidupkan. Dengan kata lain, saya tidak ada geran kenderaan untuk kereta tersebut. Jadi benda pertama yang saya kena buat adalah cetak salinan geran kenderaan di JPJ melalui mesin kiosk JPJ dengan bayaran sebanyak RM20. Dengan kata lain, sila pastikan kereta yang anda mahu jual dan pindah milik wajib kena ada geran tersedia. Harap maklum!!!.
Jom ikuti kisah saya. Kereta yang saya mahu lupus dan dijual di kedai besi buruk tersebut berada di Kluang Johor. Dengan kata lain, pembeli kereta tersebut tinggal di negeri Johor. Saya kini menetap dan tinggal di negeri Pulau Pinang. Untuk melakukan proses tukar nama, maka kereta yang mahu dipindah milik WAJIB melakukan pemeriksaan Puspakom. Hanya kenderaan yang lulus di dalam proses inspection sahaja dibenarkan untuk ditukar milik. Kenapa? Ianya adalah bagi menjamin hak pembeli dan pemilik baru agar kenderaan yang dimiliki adalah selamat digunakan dan dibawa di atas jalan raya. Harap maklum!!!.
Proses Tukar Hak Milik Kenderaan
- WAJIB kena ada geran kenderaan. Jika tiada, sila dapatkan salinan geran kereta di pejabat JPJ
- [ MyPuspakom ] – Buat temujanji Puspakom secara online untuk dapatkan tarikh booking. Tidak boleh pakai main pergi sahaja. Sila daftar melalui link ini ya. Atau anda boleh muat turun aplikasi MyPuspakom di Google Playstore anda
- Datang pada tarikh yang anda booking. Sila bawa kenderaan yang mahu dibuat pemeriksaan dan bawa geran kereta sekali. Caj yang dikenakan adalah dalam RM100 lebih
- Hanya selepas pemeriksaan Puspakom berjaya iaitu lulus, barulah boleh teruskan proses tukar nama di JPJ. Anda akan diberikan salinan yang menyatakan kereta anda lulus di dalam bentuk fail PDF (digital)
- Sila hadir ke pejabat JPJ dan beritahu staff JPJ untuk melakukan proses tukar nama. JPJ akan berikan borang pertukaran hak milik untuk anda isi berkenaan maklumat diri anda dan juga maklumat pemilik yang baru seperti gambar di atas ini.
- Anda akan diminta menurunkan cap jari (thumb print) di dalam sistem yang menyatakan anda selaku pemilik kereta mahu membatalkan hak milik terlebih dahulu
- Kemudian pihak pembeli pula, perlu juga melakukan proses menurunkan cap jari (thumb print) di dalam sistem JPJ untuk memiliki secara sah kenderaan tersebut dalam masa 7 hari selepas anda sahkan cap jari anda di JPJ
- Proses ini akan membatalkan hak milik selaku pemilik pertama. Proses ini juga akan menamakan pembeli selaku pemilik terkini kenderaan tersebut
- DONE!!!.
Selepas proses tukar nama iaitu pindah milik kereta tersebut kepada pemilik yang baru. Saya berasa lega. Saya bukan cerita hendak tukar nama untuk kereta baru atau terpakai ya. Saya cerita tentang kereta buruk , sudah tersadai lama dan mahu dijual kepada kedai besi buruk. Saya mahu lupas dan buang sahaja. Oleh kerana pembeli mahu restore dan mahu guna semula kereta tersebut. Maka proses pindah milik perlu dilakukan.
Walaupun ianya sebuah kereta lama, selagi ianya boleh dihidupkan dan dibawa di atas jalan raya. Maka beban kesalahan lalu lintas dan jenayah boleh dihadapkan kepada saya kerana nama saya masih dianggap sebagai pemilik kenderaan tersebut. Ianya adalah risiko. Maka memang wajib kena tukar nama. Harap anda jelas ya. Anda jangan keliru dengan maksud “tukar nama”, “tukar hak milik”, “pindah hak milik”, “batal hak milik” dan lain lain. Ianya membawa maksud yang sama sahaja. Prosesnya pun sama sahaja.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Saya adalah ejen yang menjual kereta baru dan juga kereta recond untuk ke semua model yang ada dijual di Malaysia secara online. Kepada anda yang berminat hendak beli kereta “secara online”, sila berikan dokumen kepada saya untuk saya submit kepada pihak bank untuk semak kelayakkan anda untuk mendapatkan loan pinjaman kenderaan dari pihak bank. Saya harap perkongsian saya di atas ini membantu anda di dalam mengetahui selok belok bagaimana ingin melakukan proses tukar hak milik kenderaan dari anda kepada pemilik yang baru. Selamat mencuba. BYE!!!.