Saya ada sebuah kereta Proton Iswara yang telah lama rosak, tayar pancit dan tersadai lama. Maka baru baru ini saya ingin buang kereta tersebut. Jadi pilihan yang paling mudah adalah dengan menjual sahaja kereta lama tersebut di kedai besi buruk. Dan ya, alhamdulillah mereka terima kereta berkenaan dengan saya dapat sedikit bayaran iaitu dalam lingkungan RM500-RM1000. Kebimbangan saya adalah, kereta tersebut tidak ada geran kenderaan. Maka saya perlu dapatkan salinan geran kereta untuk keselamatan saya di pejabat JPJ. Kenapa?
Begini, bila kita beli dan memiliki sebuah kenderaan. Maka kenderaan tersebut akan didaftarkan dengan nama kita. Maka kita adalah pemilik kepada kenderaan tersebuat secara undang undang yang sah. Bila kenderaan tersebut di salah guna walaupun bukan kita yang memandu atau menggunakan kenderaan tersebut. Maka secara undang undang kita boleh didakwa di atas kesalahan tersebut. Maka untuk bebaskan diri kita dari dikaitkan lagi dengan kereta tersebut, maka kita perlu lakukan proses pelupusan kereta lama di JPJ.
Print Cetak Salinan Geran Kereta Di Kiosk JPJ
Proses melupuskan kereta lama di JPJ adalah proses untuk membatalkan pendaftaran kenderaan di JPJ atau kena buat tukar nama. Kita hendak supaya nama kita bukan lagi pemilik kepada kenderaan tersebut. Jadi jika pemilik baru contohnya kedai scrap besi kereta yang ambil kereta saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang undang. Maka nama saya tidak lagi boleh dikaitkan dengan kesalahan yang dilakukan menggunakan kenderaan terbabit. Jelas? Faham?
Untuk proses tersebut, saya perlu mempunyai geran kenderaan yang mana geran tersebut telah hilang, musnah dan sebagainya. Yang bagusnya, pihak JPJ sendiri ada menyediakan kiosk untuk kita dapatkan semula salinan geran kereta kita dengan bayaran RM20 melalui mesin tersebut. Jom ikuti step di bawah ini.
Kiosk Layan Diri JPJ
- Pilih Jenis Transaksi : Sijil milikan kenderaan (VOC)
- Pilih Mod Masuk : MyKad / MyPR
- Masukkan MyKad ke dalam pengimbas dan tekan “PASTI”
- Letakkan ibu jari di pengimbas untuk pengesahan dan tunggu sehingga bunyi “beep”
- Keluarkan MyKad
- Pemilikan Kenderaan (VOC) : Salinan
- Masukkan Maklumat Kenderaan : Isi nombor plate kereta anda dan klik “PASTI”
- Pengesahan Maklumat : Sila semak semula, kalau betul, sila klik “PASTI”
- Pilih Mod Pembayaran : Sila klik pada “Kad Kredit/Kad Debit”
- Sila Masukkan Kad : Masukkan kad kredit/debit
- Sila Masukkan 6 digit kad kredit/debit : Masukkan nombor pin kad anda
- Jika pembayaran berjaya dan lulus, sila keluarkan dan ambil kad anda
- Mesin Kiosk JPJ akan cetak dokumen salinan geran kereta anda
- Ambil dan siap.
Rupa rupanya proses untuk cetak salinan geran kereta melalui kiosk JPJ adalah mudah sahaja. Anda akan dikenakan cas sebanyak RM20. Dan segala transaksi di pejabat JPJ adalah cashless tanpa tunai 100%. Hanya boleh gunakan kad debit mahupun kad kredit sahaja. EWallet Touch ‘n Go pun tidak boleh guna.
Saya dari dulu sebenarnya pening macam mana hendak dapatkan geran kenderaan yang telah lama hilang atau rosak. Rupa rupanya anda boleh cetak semula geran tersebut melalui kiosk JPJ sahaja. Maaf, saya tidak pasti samada kita boleh dapatkan cetakan salinan geran kereta kalau kereta tersebut baru beli. Ada yang cakap pergi dan dapatkan di bank. Tetapi dalam kes mahu melupuskan kereta lama atau tukar nama, maka proses mendapatkan cetakan salinan geran kereta ini boleh dilakukan terus melalui kiosk JPJ sahaja. Selamat mencuba. BYE!!!.