Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Atau Tukar Nama
    Info

    Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Atau Tukar Nama

    adminBy admin05/09/2024Updated:15/04/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ya baru baru ini saya baru sahaja menjual kereta di kedai besi buruk dengan bayaran sebanyak RM700. Saya jual kereta Proton Saga Iswara yang sudah lama, buruk, rosak dan tersadai. Dapat offer sebanyak RM500, RM600, RM650, RM700 dan RM800. Ada orang jual kereta yang sama dapat RM1000. Tetapi saya paling tinggi pun dapat RM800 sahaja. Alasannya adalah harga besi sekarang sudah jatuh. Saya terima sahaja sebab memang mahu lupus dan buang kereta tersebut. Pembeli hendak buat apa, itu bukan urusan saya.

    Tetapi selepas saya jual dan dapat duit, saya mula terfikir tentang nama saya selaku pemilik kepada kereta tersebut. Saya kena buang nama saya sebagai pemilik kepada kereta tersebut. Maka saya tanyakan kepada pembeli tersebut apa yang beliau mahu buat terhadap kereta berkenaan. Jawapan beliau adalah, beliau bukan pemilik kepada kedai besi buruk atau mahu scrap kereta berkenaan. Beliau mahu gunakan kereta tersebut sebagai spare part kereta untuk pekerja beliau. Atau baiki semula dan gunakan. Di sini saya mula bimbang.

    Kereta Proton Iswara buruk tersadai
    Kereta Proton Iswara buruk tersadai

    Kisah Jual Kereta Buruk Ke Kedai Besi Buruk & JPJ

    Kisahnya begini, setelah beliau memiliki kereta berkenaan. Beliau akan meminta tukang mekanik untuk check kereta berkenaan samada masih boleh dibaiki dan digunakan atau tidak. Jika enjin dan kotak gearbox telah rosak, maka kereta akan dijadikan sebagai alat sparepart sahaja. Jika boleh dihidupkan, maka kereta tersebut akan diberikan kepada pekerja beliau untuk digunakan. Ya kereta yang saya mahu jual memang tidak pernah rosak. Hanya patah kunci dalam tempat masukkan kunci kereta sahaja. Dan selepas itu saya biarkan sahaja tersadai di depan rumah bawah bumbung. Kereta memang tidak berkarat pun.

    Maka saya ke JPJ dan meminta nasihat mereka untuk saya faham tentang situasi ini. Saya bertanyakan kepada mereka apa pro dan con kalau saya buat pelupusan kenderaan di JPJ sebagai kereta yang telah di skrap dan dijual di kedai besi buruk. Pertama sekali, pihak JPJ tanyakan kepada saya apa yang pembeli kereta saya mahu lakukan dengan kereta saya. Saya berikan jawapan seperti yang saya ceritakan di atas tadi.

    Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Malaysia
    Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Malaysia

    Pihak JPJ mengatakan bahawa, proses pelupusan kenderaan yang saya ingin lakukan adalah proses untuk MEMBATALKAN PENDAFTARAN KENDERAAN tersebut. Kenderaan yang telah dibatalkan pendaftaran tidak lagi boleh untuk didaftarkan semula dan digunakan di atas jalanraya. Malah kenderaan tersebut tidak boleh dipindah milik atau buat apa apa selepas itu. Jika ini berlaku, dengan kata lain, pemilik baru kereta tersebut memang tidak boleh pandu kereta berkenaan. Jadi saya kena tanya kepada pemilik baru samada beliau benar benar ingin baiki atau gunakan kereta berkenaan atau tidak. Pemilik baru minta diberikan masa dalam 1 bulan.

    Kalau kereta tersebut boleh dibaiki, dihidupkan dan digunakan, maka pembeli kereta tersebut mahu buat pindah hak milik iaitu tukar nama. Jadi pihak JPJ menasihati saya untuk mengikut permintaan pembeli tersebut. Hanya selepas dari 1 minggu, 2 minggu atau sebulan, jika tiada apa apa berita, maka saya boleh terus buat pembatalan pendaftaran untuk memastikan saya tiada kena mengena lagi dengan kereta tersebut jika kereta tersebut digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

    Borang pembatalan pendaftaran kenderaan di JPJ
    Borang pembatalan pendaftaran kenderaan di JPJ

    Booking Runner Pindah Hak Milik Kenderaan Sekarang!!!

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk bantuan mendapatkan runner puspakom atau proses tukar nama / hak milik kenderaan anda.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Apa yang kita boleh faham dan pelajari dari kisah di atas ini? Kalau anda ada kereta buruk yang mahu dibuang, dijual atau diambil oleh orang lain. Sila pastikan sebab kenapa pemilik baru hendak kereta tersebut. Jika diambil sebagai sparepart kereta, sila buat pembatalan kenderaan di JPJ. Jika pemilik mahu repair, baiki semula dan gunakan kereta tersebut, sila buat pertukaran hak milik iaitu tukar nama di JPJ. Jelas? Faham? BYE!!!.

    Borang Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Borang Pembatalan Pendaftaran Kereta Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Pembatalan Pendaftaran Kenderaan JPJ Pembatalan Pendaftaran Kereta Pembatalan Pendaftaran Kereta JPJ
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.