Saya pernah menulis dan berkongsikan tips, idea, teknik dan panduan bagaimana cara jual kereta sendiri untuk lebih keuntungan. Di singkatkan cerita, ianya adalah perkongsian bagaimana pemilik kereta (owner) boleh menjual kereta secara terus (direct owner) kepada bakal pembeli (customer) tanpa melalui orang tengah seperti kedai used car. Tujuan adalah untuk sama sama untung. Pemilik kereta boleh jual kereta denga harga sedikit tinggi dari kedai used car. Dan pembeli kereta pula dapat beli dan memilik kereta dengan harga sedikit lebih rendah dari kedai used car. Jelas atau masih tidak faham?
Begini. Saya ada sebuah kereta Proton Preve. Kalau semak di laman web mudah.my, kereta saya rata rata dijual dalam harga RM20K di kedai used car. Dengan kata lain, harga pasaran kereta saya boleh dibeli di kedai yang menjual kenderaan terpakai dengan harga lebih kurang RM20K. Kalau saya ingin jual kereta Preve saya, kedai used car hanya mahu ambil dan beli dengan harga RM10K sahaja. Sebab kedai used car mahu jual kereta Preve dengan harga RM20K di kedai mereka nanti dan mereka akan untung RM10K. Di sini anda faham kronologi cerita yang ingin saya sampaikan?

Dealer Buka Invoice Untuk Apply Loan Kereta Terpakai
Jadi saya ada pilihan. Kalau saya jual di kedai used car, saya cuma dapat RM10K sahaja. Jadi lebih baik saya jual terus kepada pembeli yang berminat secara direct dan saya boleh jual lebih tinggi dari RM10K. Contohnya saya jual dengan harga RM15K. Pembeli yang beli kereta Proton Preve saya pula merasakan pembelian tersebut juga berbaloi untuk beliau kerana beliau dapat kereta Preve dengan harga RM15K sahaja berbanding kalau beli di kedai used car dan kena bayar pada harga RM20K. Di sini anda nampak apa yang saya cuba mahu sampaikan? Ok jom teruskan membaca.
Masalah utama di sini adalah, siapa yang mahu uruskan proses untuk mendapatkan loan kereta di bank? Adakah penjual kereta kena uruskan? Atau pembeli kereta kena buat dan apply sendiri submit loan di bank? Bagaimana kalau kedua dua pihak tidak tahu macam mana hendak submit loan kereta (hire purchase)? Atau malas hendak buat proses proses renyah seperti ini. Mahu tidak mahu kena ada juga orang atau pihak ketiga yang boleh uruskan proses untuk mendapatkan loan kereta dari pihak bank. Masalahnya siapa?
TAHNIAH BUAT ANDA!!! Saya telah bekerjasama dengan seorang sales advisor (SA) yang boleh buat invoice untuk submit loan kepada pihak bank. Dan cas yang beliau minta adalah RM1000 dan tidak termasuk kos kos lain. Saya ringkaskan seperti di bawah ini untuk kefahaman anda.

Kos Jual Kereta Tanpa Melalui Used Car
- Invoice : RM1000 (cas upah dealer untuk buka dokumen berkaitan invoice dan urusan berkaitan bank)
- Puspakom : RM200 (cas yang biasa dikenakan oleh puspakom). Boleh jadi lebih atau kurang. Penjual kereta yang akan buat pemeriksaan di puspakom. Pembeli pun boleh. Ikut perbincangan bersama.
- Insurans : berdasarkan value quotation insurans kereta
Kalau hendak jual kereta terpakai, maka kereta wajib melalui pemeriksaan condition kenderaan di Puspakom. Biasanya bayaran untuk inspection Puspakom dalam lingkungan RM150-RM200 bergantung kepada jenis kereta. Dan kos ini kos yang dikenakan kepada pemilik kereta yang ingin menjual kenderaan supaya bakal pembeli iaitu pemilik kenderaan selepas itu dapat sebuah kenderaan yang elok, selamat dan layak dipandu di atas jalan raya.

Dealer yang akan menguruskan loan bank untuk kereta anda ini meminta geran kenderaan. Sila dapatkan geran kereta melalui aplikasi MyJPJ ya.
Sebagai penjual. Anda akan serahkan kepada pihak yang akan uruskan berkaitan loan bank tanpa perlu melalui dealer seperti kedai used car. Kelebihan, kereta anda tidak akan dijual murah dan anda boleh menjual kereta anda dengan nilai harga yang anda mahukan. Lebih tinggi berbanding kalau terpaksa jual direct di kedai used car.
Sebagai pembeli, anda juga tidak perlu bersusah payah dan pening kepala untuk turun naik ke bank semata mata untuk mendapatkan pinjaman loan kereta yang boleh jadi buang masa, buang tenaga dan ada kebarangkalian loan anda di reject atas sebab sebab tertentu. Dengan adanya servis seperti ini. Ianya memudahkan anda.

Hubungi Ejen Kereta Online
- [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
Kesimpanan. Anda ingin menjual kereta tanpa melalui orang tengah seperti kedai used car? Anda mahu beli kereta daripada direct owner? Dan anda berdua perlukan seseorang iaitu dealer yang boleh membantu anda dalam urusan berkaitan mendapatkan pinjaman loan bank?. Tapi biasalah, anda kena bayar cas pengurusan tersebut RM1000 sebagai upah kepada dealer yang menguruskan dokumen bagi pihak anda. Saya bukan dealer ya. Ada pihak yang akan uruskan bagi pihak anda. Berminat? Sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.