Saya pernah memiliki sebuah kereta Proton Saga jenis BLM. Harga pasaran ketika itu bila saya buat carian di mudah.my adalah dalam RM13K. Masa itu saya memang ingat kalau saya jual ikut harga pasaran, saya pasti akan dapat duit sebanyak RM13K. Itu tanggapan saya sebagai seorang yang pertama kali ingin dan hendak jual kereta. Biasalah, cara yang paling mudah hendak jual kereta second hand memang jual di kedai used car lah. Tapi sebaliknya berlaku. Kenapa?
Di mudah.my, harga yang dipaparkan adalah sebuah kereta itu dijual kepada bakal pembeli. Tetapi kes kita sekarang bukan hendak membeli tetapi hendak menjual. Pembeli iaitu kedai kereta yang menjual kenderaan terpakai pastilah mahu membeli kereta kita dengan harga murah. Hanya selepas beli kereta kita dengan harga murah, barulah mereka boleh jual semula dengan harga pasaran untuk memperoleh keuntungan. Pada ketika inilah saya baru tersedar yang kereta saya bakal dibeli dengan harga tersangat murah!!!.
Jual Kereta Sendiri Lebih Untung
Kenapa saya tidak boleh dapat harga jualan mengikut harga pasaran? Sebab saya dan anda menjual kereta kepada bakal pembeli kereta yang sememangnya buat duit dengan menjual kenderaan iaitu kedai kereta terpakai. Jadi cara yang paling betul untuk memaksimumkan keuntungan hasil menjual kereta sendiri adalah dengan menjualnya sendiri tanpa melalui orang tengah iaitu seperti kedai kereta used car. Jelas? Faham?
Berapa saya dapat ketika saya menjual kereta Proton Saga BLM saya di kedai used car? Harga pasaran kereta saya adalah berharga RM13K. Kedai mahu ambil dan bayar saya cuma RM5K sahaja. Kedai kata mahu servis, baiki dan cat semula agar nampak baru dan baru boleh mudah jual. Kalau mereka berjaya jual kereta berkenaan, keuntungan bersih kedai used car adalah RM13K (harga pasaran) – RM3K (kos baiki, servis. cat kereta) – RM5K (kos beli kereta dari saya) = RM5K keuntungan bersih.
Jual Kereta Di Carlist / Mudah.my
Anda iklankan kereta anda melalui laman website Carlist atau Mudah. Majoriti bakal pencari dan pembeli kereta terpakai memang akan menggunakan kedua dua web ini untuk mencari kenderaan terpakai. Kereta hanya dijual ikut harga pasaran tanpa melalui proses inspection. Ya, anda boleh jual sendiri dan mendapat keuntungan lebih tinggi menghampiri harga pasaran.
Jual Kereta Di Carsome / Carro
Anda iklankan kereta anda melalui laman website Carsome atau Carro (MyTukar). Majoriti bakal pencari dan pembeli kereta terpakai zaman sekarang sudah mula berminat dengan konsep seperti ini. Ada free inspection dan kereta terus dinilai berdasarkan keadaan kondisi kereta kita. Kereta kita boleh dibeli secara bidding oleh bakal pembeli. Pengguna sudah tentu sanggup bayar mahal untuk sebuah kereta yang baik kondisinya.
Jual Kereta Di Sosial Media
- Whatsapp Story
- Facebook Post
- Facebook Group
- Facebook Marketplace
- Instagram Post
Antara pilihan saya yang paling terbaik adalah menjual kereta anda sendiri melalui Facebook Marketplace. Ianya menyambungkan terus antara penjual dengan bakal pembeli kereta. Boleh terus deal sesama sendiri tanpa melalui orang tengah. Ianya menguntungkan kedua belah pihak. Kenapa?
Jom kita buat contoh dari pengalaman saya sendiri. Value harga pasaran kereta Proton Saga BLM saya berharga RM13K kalau disemak melalui mudah.my. Saya jual kereta di kedai used car dan dapat dalam RM5K sahaja. Kalau saya jual sendiri kereta saya di Facebook Marketplace misalnya. Saya akan jual dengan harga sedikit rendah dari harga pasaran iaitu berharga RM10K sebagai contoh. Bakal pembeli pula pasti akan membeli kereta saya kerana mereka dapat harga rendah dari pasaran iaitu berharga RM10K berbanding RM13K di kedai used car. Siapa untung? Sama sama untung.
Hubungi Ejen Kereta Online
- [ Whatsapp ] – Saya adalah ejen yang menjual kereta baru, kereta recond, penyedia insurans roadtax kereta, insurans kesihatan/kemalangan dan lain lain berkaitan kenderaan di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya dan submit dokumen yang diperlukan secara online melalui link Whatsapp ini ya.
- [ Dealer Beli Kereta ] – Ini adalah servis ejen dealer yang akan membeli dan boleh membantu anda menjual kereta anda di Carsome, MyTukar (Carro) dan juga di kedai used car dengan mudah. Tidak perlu ke kedai. Team kami akan datang buat inspection kereta anda. Hanya perlu daftar dan isi form secara online melalui kami. Berminat? Klik link Whatsapp ini sekarang juga!!!
Saya bukan penjual seller kereta terpakai, cuma saya pernah menjadi pengguna kepada kereta terpakai dan pernah menjual kereta di kedai used car. Dan dari pengalaman lalu, maka saya kongsikan kepada anda agar anda perlu mengambil kaedah lain untuk jual kereta anda supaya dapat lebih keuntungan berbanding cara biasa seperti yang saya pernah lakukan. Dan kalau anda hendak beli kereta baru, saya persilakan anda untuk hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.