Rasanya hampir semua orang sedar akan kenaikkan harga barang sebagai kos sara hidup. Tetapi saya pasti tidak semua orang sedar dan faham tentang kaitan kos kehidupan kita dengan kadar inflasi. Sedangkan inflasi itu sendiri mencerminkan bagaimana kos satu satu barang itu meningkat naik. Jadi macam mana kita hendak memastikan nilai matawang ringgit yang kita ada dan simpan itu berbaloi dan masih mampu berdepan dengan kenaikkan kos sara hidup? Apa kaitan tajuk kita “beli kereta” dengan “emas”?
Biar saya kongsikan sedikit cerita ringkas supaya anda faham terlebih dahulu. Tahun 2015, harga sebiji burger adalah RM2.50. Pada ketika ini, harga 1 gram emas adalah RM140 per gram. Tahun 2025, harga sebiji burger telah meningkat naik menjadi RM5.00. Pada ketika ini, harga 1 gram emas adalah RM400 per gram. Maknanya dalam masa 10 tahun, kenaikkan harga sebiji burger adalah meningkat naik sebanyak 100%. Sedangkan harga emas telah naik sebanyak 285%. Ini adalah contoh lebih kurang sahaja ya.

Cara Register Public Gold Dan Simpan Emas
Apa yang saya hendak cerita? Kalau lah pada tahun 2015, saya simpan duit sebanyak RM2.50 dengan niat untuk beli sebiji burger pada tahun 2025 nanti. Adakah duit yang saya simpan pada tahun 2015 mampu membeli sebiji burger pada tahun 2025? Jawapannya adalah TIDAK!!!
Tetapi kalau saya gunakan duit RM2.50 pada tahun untuk beli emas ketika itu dan simpan untuk dijual pada tahun 2025. Maknanya simpanan emas saya pasti akan naik dari RM2.50 X 285% menjadi RM7 pada tahun 2025. Kalau saya jual simpanan emas saya, saya dapat RM7 cash tunai. Adakah wang sebanyak RM7 boleh beli sebiji burger pada tahun 2025 yang harganya cuma RM5? Inilah yang dikatakan emas adalah kalis inflasi. Naik harga barang macam mana pun, simpanan emas tetap mampu untuk melawan kenaikkan kos sara hidup. Sudah jelas?

Majoriti rakyat Malaysia memang menggunakan kereta dan memang akan beli kereta. Masalahnya semua setuju yang kereta adalah sebuah lialibiliti. Kereta adalah beban. Beli kereta hari ini, bulan depan jual confirm harga turun dan rugi. Tidak salah pun untuk beli kereta. Soalnya macam mana kita hendak pastikan di dalam era kos meningkat naik kita tetap mampu untuk kurangkan impak kerugian dalam jangka panjang? Jawapannya sudah tentulah dengan membeli dan simpan emas.
Jadi macam mana hendak beli emas, kepada siapa dan di mana hendak beli emas? Di Malaysia, syarikat yang terpercaya (trusted) dan berlesan yang menawarkan pembelian emas digital dan fizikal adalah syarikat yang bernama PUBLIC GOLD. Jadi bila ada orang tanya di mana hendak beli emas untuk simpanan jangka panjang yang bagus, jawapan saya adalah beli emas di Public Gold lah. Beli dari siapa? Dari ejen sah Public Gold lah. Macam mana hendak beli? Jom saya tunjukkan cara caranya!!!.

Ejen Public Gold
- [ DaftarPublicGold ] – sila klik link ini untuk maklumkan kepada saya akan minat dan tujuan anda
- Saya akan berikan link pendaftaran
- Sila terus proses daftar sampai selesai
- Done.
Proses mendaftar adalah mudah. Selepas daftar terus boleh beli emas. Di Public Gold, minima pembelian emas adalah bernilai RM100 setiap kali anda mahu buat penambahan simpanan emas. Dan emas ini dalam bentuk digital dan di simpan di dalam akaun emas Public Gold yang bernama Gold Accumulation Program. Hanya emas yang sudah mencapai minima 22 gram emas barulah boleh ditukarkan kepada emas fizikal. Tujuannya adalah mudah supaya kos bagi pihak anda akan terasa rendah.

Anda akan boleh bertanya langsung dengan ejen Public Gold yang sah berdaftar. Bukan tanya dalam group Whatsapp ya tetapi tanya secara direct. Anda akan dibantu untuk segala segi sampai anda faham. Hendak jadi ejen dealer Public Gold pun boleh. Hendak jadi ahli biasa yang tujuannya untuk belajar beli dan simpan emas pun boleh boleh sahaja.
Kenapa saya sertai Public Gold? Sebab saya memang suka beli dan simpan emas. Saya sedar akan kemampuan menyimpan emas berbanding wang kertas. Saya sedar tentang inflasi dan kalis inflasi. Dan saya juga adalah seorang ejen penjual kereta yang saya sendiri sedar ianya adalah aset yang senantiasa jatuh harga. Jadi untuk kurangkan penurunan aset yang saya miliki, maka salah satu cara untuk saya kekal mempunyai kewangan yang mapan, maka beli dan simpan emas adalah pilihan terbaik. Berminat? Jom daftar Public Gold sekarang juga. BYE!!!.