Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Dalam Kereta Wajib Kena Ada Payung
    Produk Kereta

    Dalam Kereta Wajib Kena Ada Payung

    adminBy admin04/10/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Masa saya mula mula kahwin dulu kerap juga ditegur oleh isteri berkenaan isu ketiadaan payung di dalam kereta. Maklumlah orang lelaki. Tabiat ketika zaman bujang dibawa sampai ke alam perkahwinan. Tidak merasakan “payung” adalah satu benda yang penting pun. Tapi bila ada anak kecil, dan kebetulan hari hujan, hendak bawa anak keluar dari kereta, terus merasakan yang payung adalah satu benda yang penting. Dengan kata lain, kalau anda ada tabiat kurang cakna dalam satu satu hal, rasanya kena ubah gaya hidup untuk memudahkan urusan. Saya belajar sesuatu dari peristiwa ini.

    Kalau saya buat carian di internet berkenaan payung untuk kereta, yang keluar adalah memang betul betul payung untuk kereta iaitu payung yang direka untuk bumbung kereta. Rasa kelakar pula. Buat masa ini belum pernah nampak lagi orang Malaysia guna. Mungkin ada, tetapi saya tidak tahu. Payung yang saya maksudkan adalah payung biasa yang gunakan tangan untuk dipegang dan mengelak kita dari terkena air hujan lebih lebih lagi pada bahagian kepala dan tubuh badan.

    Iklim Malaysia adalah panas dan lembab sepanjang tahun
    Iklim Malaysia adalah panas dan lembab sepanjang tahun

    Simpan Payung Dalam Kereta

    Cuaca Malaysia adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Bukan panas dan kering ya. Lembab yang dimaksudkan adalah negara kita adalah negara yang kerap menerima taburan hujan yang baik. Dan kekerapan hujan ini menyebabkan alat seperti payung adalah satu benda yang wajib ada di rumah dan juga kenderaan setiap orang di Malaysia.

    Ada kereta yang direka dengan adanya tempat letak payung di dalam kenderaan itu sendiri. Ada umbrella cover, ada umbrella slot, ada umbrella holder dan sebagainya. Tetapi bukan semua kenderaan lah ada fungsi dan kelebihan ini. Dan kereta yang tidak direka atau disediakan tempat letak payung biasanya kita akan letak dan simpan payung di dalam bonet kereta atau di ruangan cermin belakang kereta. Ini adalah cara yang biasa. Tujuan adalah supaya mudah dicapai ketika hari hujan.

    Letak dan simpan payung di dalam kenderaan kereta
    Letak dan simpan payung di dalam kenderaan kereta

    Hendak beli payung yang macam mana? Beli sahaja payung mana mana. Cumanya saya lebih suka gunakan payung yang besar berbanding payung kecil. Ada sesetengah orang sukakan payung jenis kecil dan boleh dilipat. Supaya mudah buka dan keluar dari kereta ketika hari hujan. Terpulang.

    Insurans banjir (flood) dan bencana alam (special perils) kereta
    Insurans banjir (flood) dan bencana alam (special perils) kereta

    Sebelum saya terlupa, sebagai pemilik kenderaan, suka saya nasihatkan pemilik kenderaan kalau boleh setiap kali renew insurans kereta, kena tambah add on untuk langgan insurans kereta bencana alam juga. Bukan apa, negara Malaysia adalah salah satu negara yang kerap menerima taburan hujan yang agak tinggi. Rasanya sejak muktahir ini, negara kita sudah terbiasa melihat berita berkenaan tanah runtuh, banjir besar, kereta tenggelam dan banyak lagi akibat dari hujan lebat. Jadi perlindungan insurans berkenaan banjir adalah perlu. Harap maklum ya.

    Harga payung di Shopee yang sesuai untuk kereta
    Harga payung di Shopee yang sesuai untuk kereta

    Beli Payung Secara Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli payung murah untuk kenderaan di sini

    Jadi perlu atau tidak perlu setiap kereta kena ada simpan payung? Jawapannya adalah perlu. Malaysia kerap kena hujan. Jadi dengan adanya payung yang anda letak dan simpan di dalam kereta, ianya memudahkan urusan anda ketika hari hujan ketika anda mahu keluar dari kereta. Beli murah murah pun ok. Lihat gambar kedua di atas ini. Saya hanya letak payung di atas dashboard belakang kereta saya sahaja. Kalau ada penyangkut lagi bagus. Boleh sangkut payung kecil di bahagian seat belakang. Terpulang cara masing masing. Hendak beli payung? Klik sahaja link di atas ini. BYE!!!.

    Payung Dalam Kereta Payung Kereta Payung Untuk Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Halaman pembelian dan borang isi maklumat pembelian guna sistem OnPay

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.