Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home Ā» Digital ID CBDC Malaysia
    Fintech

    Digital ID CBDC Malaysia

    adminBy admin27/08/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ramai sangat yang bimbang dengan isu berkenaan Identiti Digital Nasional yang cuba disegerakan oleh Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya apa maksud dari perkataan Digital ID? Ianya bermaksud DIGITAL IDENTITY. Ketakutan dan kebimbangan rakyat Malaysia majoritinya adalah dari kesan yang dibuat oleh negara lain. Sebenarnya kita sendirilah yang akan mencorakkan bagaimana kita akan menjalankan program tersebut. Walaupun ada hujah dan fakta di sebalik kembimbangan tersebut. Namun kita kena rasional juga. Kalau kerajaan Malaysia buat cara kita, maka tidak ada isu pun berkenaan hal ini.

    Kad pengenalan kita hanya ada beberapa fungsi sahaja. Kebanyakkan hanya digunakan sebagai kad identiti sahaja. Sedikit sahaja orang guna sebagai lesen memandu atau kad Touch n Go. Tetapi dengan adanya identiti nasional kita dijadikan dalam bentuk digital, akan ada lebih banyak fungsi yang akan disekalikan dengan mudah. Segala gala berkenaan diri kita akan disatukan sekali. Sebenarnya ada banyak kelebihan berbanding kekurangan. Ya, masalah pasti akan ada kekurangan. Tidak boleh elak. Namun manfaat mengatasi kekurangan yang ada.

    Keratan akhbar berkenaan teknologi Digital ID Malaysia guna kriptografi
    Keratan akhbar berkenaan teknologi Digital ID Malaysia guna kriptografi

    Ringkasan Berkenaan Digital ID Malaysia

    BITCOIN – Ramai betul yang salah faham dan sangka ianya adalah scam. Adakah anda salah seorang darinya? Pembaca sekalian. Emas adalah betul. Yang salah adalah sesetengah program pelaburan emas yang memang adalah tipu dan scam. Sama juga dengan Bitcoin. Bitcoin tidak salah. Yang salah adalah sesetengah program pelaburan Bitcoin.

    Bitcoin adalah sebuah teknologi kryptografi. Teknologi ini adalah berasaskan BLOCKCHAIN. Dan teknologi inilah yang digunakan dalam urusan transaksi perbankan. Anda tidak percaya? Hahahaha. Saya gelakkan anda. Anda pasti pernah hantar duit online guna DuitNOW betul? Sebab anda hendak duit cepat dihantar kepada penerima. Tahu atau tidak teknologi tersebut guna teknologi apa? Guna blockchain tuan tuan puan puan. Tidak percaya? Meh baca tulisan saya berkenaan RIPPLE + CIMB. Lepas baca kompem anda terkesima.

    Kerjasama CIMB Ripple untuk cross-border remittances SpeedSend
    Kerjasama CIMB Ripple untuk cross-border remittances SpeedSend

    Info berkenaan kesihatan kita pun akan dimasukkan ke dalam nasional Digital ID kita. Mungkin anda kurang faham kalau anda belum pernah berurusan dihospital kerajaan. Saya biasa ke hospital kerana sering mendapatkan rawatan di sana tentang masalah darah tinggi, sakit telinga dan masalah gigi. Ke semua department ini tidak ada langsung info saya disekalikan. Kalau saya ke hospital yang berbeza pula, hospital A terpaksa menelefon hospital B untuk mendapatkan maklumat saya. Memang manual dan lambat

    Dengan Digital ID, ke semua info tentang kesihatan saya akan dimasukkan sekali. Pergi mana mana hospital pun, doktor dengan mudah akan tahu sejarah penyakit saya dan boleh diagnos dan berikan rawatan dengan lebih pantas. Ini adalah salah satu contoh lah. Anda nampak atau tidak kelebihan ini?

    Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksiĀ  bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.

     

    Takkan masih nak cakap Bitcoin scam kalau kerajaan Malaysia sendiri dah luluskan Luno Malaysia iaitu tempat untuk jual beli crypto macam Bitcoin secara sah? Takkan masih nak cakap Bitcoin scam apabila Amerika akan meluluskan pelaburan terbesar iaitu Bitcoin ETF tidak lama lagi pada tahun 2024?

    Subsidi Bersasar – Pendaftaran Digital ID juga langkah awal dalam pemberian subsidi bersasar, serta pelbagai kemudahan lain oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta. Ini saya setuju. Kerajaan sudah lama mencari cara dan mekanisma bagaimana hendak berikan subsidi secara bersasar dengan lebih efektif. Nampaknya dengan pengenalan Digital ID Nasional, ianya mampu merealisasikan projek pemberikan subsidi kepada yang sepatutnya dengan mudah. Ketirisan pasti dapat dikurangkan.

    Dokumen projek CBDC Malaysia Di Website Bank Negara Malaysia (BNM)
    Dokumen projek CBDC Malaysia Di Website Bank Negara Malaysia (BNM)

    Jadi apa kaitan dengan CBDC? CBDC adalah kata pendek dari kata asal iaitu Central Bank Digital Currency. Ini pun ramai orang cakap ianya scam dan mustahil benda ini akan jadi dan berlaku. Untuk maklumat anda, Digital ID hanyalah sebahagian dari CBDC itu sendiri. Ianya termasuk dalam ekosistem CBDC. Dan Malaysia memang ke arah itu pun. Bukan Malaysia sahaja ya. Seluruh negara memang berbuat demikian. Inilah perubahan arus teknologi yang perlu kita tahu dan cakna.

    Digital ID adalah sebahagian dari CBDC
    Digital ID adalah sebahagian dari CBDC

    Anda masih tidak faham? Sebenarnya Bitcoin, Blockchain (rantaian blok), cryptography (kriptografi), cryptocurrency (matawang digital), Digital ID, Web 3 atau apa semua ini hanyalah sebuah teknologi yang menyokong satu sama lain. Anda menganggap ianya scam adalah kerana anda tidak faham berkenaan isu ini. Itu sahaja sebabnya.

    Kriptografi adalah termasuk dalam teknologi blockchain
    Kriptografi adalah termasuk dalam teknologi blockchain

    Kesimpulan. Bermula saat ini, secara rasminya, teknologi kewangan dunia zaman kini sedang beralih kepada fasa menggunakan teknologi lama kepada teknologi baharu yang lebih cepat, pantas dan kos lebih murah. Nasihat saya, sila banyakkan membaca dan ambil peluang. Peluang yang bagaimana? Sektor kewangan selepas ini akan menjadi lebih menarik. Cara hidup kita juga pasti berubah seiring dengan perubahan teknologi. Kalau anda masih dengan fikiran lama, anda akan ketinggalan. Dan Nasional Digital ID Malaysia hanyalah permulaan. INGAT!!!. Malaysia baru bermula. Lambat tinggal. BYE!!!.

    Digital ID Digital ID Malaysia Identiti Digital Nasional
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.