Ripple adalah sebuah syarikat blockchain yang memang dari awal awal lagi sudah memasarkan teknologi syarikat mereka iaitu “Cross-Border Payment“. Benda ini adalah perkataan baru bagi saya yang masih tidak faham bagaimana sistem pembayaran dan penghantaran wang di seluruh dunia berlaku. Setelah sedikit kajian dibuat, rupa rupanya mekanisma penhantaran wang antara bank atau institusi kewangan dunia berlaku melalui sistem “Swift” yang sudah agak lama dan lambat. Jadi di sinilah wujud kerjasama antara CIMB Ripple untuk menyediakan prasarana penghantaran wang yang lebih laju, cepat dan murah. Masih tidak jelas?
Saya tidak tahu. Tetapi rasanya anda tahu. Sedikit info, biasanya kalau kita hendak hantar duit dari dalam negara ke luar negara pasti akan mengambil “masa” dan “kos” betul? Biasanya 1 hari atau lebih baru wang yang kita hantar sampai kepada penerima. Bagaimana dengan kos? Kos iaitu fee yang dikenakan pula agak mahal untuk kita tukar matawang dan menggunakan servis pihak yang akan menolong kita hantar wang tersebut. Kepada yang pernah guna servis seperti yang saya maksudkan ini pasti faham lah. Di sinilah peranan teknologi Ripple dalam menyelesaikan masalah ini. Ketika ini saya sudah faham serba sedikit berkenaan Ripple dan apa yang mereka tawarkan.
Tranglo CIMB Ripple
[ Tranglo + Ripple ] – Syarikat Ripple telah membeli 40% pegangan syarikat yang bernama Tranglo. Syarikat Tranglo adalah syarikat Malaysia/Singapore yang mengendalikan servis transaksi remittance di Malaysia. Remittance tu seperti bayar atau hantar duit ke luar negara. Kerjasama Tranglo dan Ripple membolehkan syarikat Tranglo menggunakan teknologi Ripple iaitu “Cross-border payment/remittance”. Wang dihantar dengan pantas dengan kos fee yang sangat murah.
[ Tranglo + CIMB ] – Rasanya anda sendiri akan perasan adanya fungsi “DuitNow” dalam akaun online banking anda bukan? Saya sendiri perasan ianya ada di dalam Maybank2u dan CIMB Clicks. DuitNow berfungsi sebagai real time instant payment iaitu penghantaran wang pantas. Ketika bank CIMB memperkenalkan ciri ciri DuitNow, saya sendiri tiba tiba merasakan yang kemungkinan teknologi ini menggunakan sistem Ripple. Selepas kajian dan pembacaan dibuat di internet, tekaan saya adalah benar.
[ CIMB + Ripple ] – Kerjasama CIMB bank dengan syarikat Ripple membolehkan bank CIMB menggunakan teknologi Ripple iaitu cross-border payment/transfer. Saya sendiri adalah pengguna CIMB bank. Dan sudah beberapa kali juga dapat email tentang servis hantar duit ke luar negara menggunakan fungsi dari servis SpeedSend. Macam biasa, selepas sedikit carian dan pembacaan dibuat, baru tahu yang SpeedSend ini juga adalah servis hasil dari kerjasama antara CIMB dan juga Ripple untuk membolehkan CIMB hantar transfer duit dari Malaysia ke luar negara dengan pantas dan kos yang minima.
Apa yang saya kongsikan di atas ini adalah hasil pencarian saya di internet. Boleh jadi apa yang saya tulis dan kongsikan ini salah atau kurang tepat. Anda boleh betulkan saya.
Install Aplikasi GoTrade
- [ GoTrade ] – Sila install aplikasi ini. Ini adalah aplikasi untuk jual beli kaunter saham US.
- [ Wise ] – Sila install aplikasi penting ini. Ia akan bantu tukar duit ringgit MYR kepada USD.
- aplikasi wise diperlukan untuk transfer duit usd dari wise kepada akaun GoTrade kita.
- Selepas pasang install kedua dua aplikasi. Sila daftar register terlebih dahulu.
- Kedua dua aplikasi ini akan disahkan terlebih dahulu.
- Hanya selepas disahkan baru boleh mula melakukan trade jual beli saham US ya
Cuma apa yang saya ingin jelaskan adalah, syarikat Ripple adalah syarikat yang benar benar ada masa depan bagi pandangan saya. Ada teknologi yang memang akan dipakai di seluruh dunia. Sebagai contoh, CIMB bank sendiri adalah buktinya. Ia adalah sebuah syarikat teknologi berasaskan blockchain. Sebagai pelabur kecil retail, saya memang bersedia untuk membuat pelaburan ke dalam syarikat Ripple dengan membeli saham Ripple ketika ianya dilancarkan nanti. Jom beli XRP dan Ripple.