Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Apa Itu Cross Border Payments

    adminBy admin27/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya sempat mendengar satu video clip pendek berkenaan blockchain. Sebuah video yang sangat sangat menarik. Panel tersebut menceritakan secara ringkas Apa Itu Blockchain dan kenapa ianya akan menjadi trend yang sangat penting di masa kini dan akan datang. Dengan kata lain, beliau cuba untuk memusnahkan persepsi yang mengatakan bitcoin adalah scam dan sebagainya. Dan topik yang tersangat sangat penting adalah bagaimana perubahan teknologi kewangan masa hadapan akan berlaku dengan blockchain ini yang disebut sebagai Cross-Border Real-Time Payment.

    Apa itu Cross Border Payment? Ianya adalah sebuah teknologi kewangan (financial technology/fintech) yang membantu menjayakan transaksi kewangan samada untuk pembayaran atau penghantaran duit secara terus kepada penerima tanpa melalui orang tengah dengan pantas dan dalam masa yang sama mengenakan cas transaksi yang sangat minima. Dan ianya juga boleh dilakukan untuk menghantar (transfer) duit ke seluruh dunia tanpa masalah.

    Keluarkan Duit Adsense melalui Western Union
    Keluarkan Duit Adsense melalui Western Union

    Cross Border Payments = BLOCKCHAIN

    Western Union/Swift – Kalau anda pernah melalui zaman mendapatkan pembayaran (payment) dari Google Adsense 10 tahun lalu. Kalau anda perasan, anda hanya boleh claim duit menggunakan borang Western Union betul? Dan anda kena isi maklumat berkenaan Swift code betul? Kemudian anda boleh pilih untuk menerima pembayaran yang lebih mudah iaitu melalui Wire Transfer pula. Lebih pantas, tapi tetap kena isi kod Swift.

    Swift code adalah kod pengesahan untuk menerima duit dari luar negara ke akaun bank tempatan. Dan cas yang dikenakan adalah sebanyak USD5 kalau saya tidak silap iaitu dalam RM20 lebih. Mahal? Memang mahal! Itupun hanya akan terima duit dalam masa 2-5 hari bekerja. Mudah cerita, teknologi lama ianya melecehkan, cas transaksi mahal dan masa yang diambil pun lama. Untuk info anda, teknologi kewangan antarabangsa sejak dari dulu sampai sekarang menggunakan teknologi Swift. Sekarang kita sedang beralih kepada teknologi kewangan yang baru iaitu cross border transfer/payment. Jelas? Faham?

    Kerjasama CIMB Ripple untuk cross-border remittances SpeedSend
    Kerjasama CIMB Ripple untuk cross-border remittances SpeedSend

    Cross border payment menyelesaikan masalah ini. Masa yang diambil terlalu pantas iaitu dalam beberapa saat. Sebab itulah ianya juga disebut sebagai “instant payment” dan cas transaksi pun terlalu murah. Anda tidak percaya? Mari saya buktikan.

    DuitNow – Anda gunakan akaun online banking Malaysia seperti Maybank2u dan CimbClick? Jika ya, ketika anda mahu transfer duit, anda akan pilih DuitNow betul? Itulah dia instant payment!!!. Guna teknologi mana? DuitNow adalah sebahagian teknologi dalam rangkaian cross-border payment. Tidak percaya? Jom baca artikel DuitNow & PayNow dari Bank Negara Malaysia sendiri.

    Cross Border Payments Ripple
    Cross Border Payments Ripple

    RIPPLE – Apa kaitan cross border payment dengan blockchain? Tidak ada jawapan yang saya boleh berikan kepada anda melainkan hakikat yang sebenar iaitu teknologi cross border payment memang dibina berasaskan teknologi blockchain. Salah satu syarikat blockchain yang terkenal adalah RIPPLE. Syarikat Ripple memang dibina hanya untuk memperkenalkan teknologi cross border payments yang memang asasnya adalah blockchain. Malah aset digital crypto XRP adalah produk dari Ripple sendiri. Ini adalah fakta ya.

    Digital Asset Exchange (DAX) Malaysia

    • [ LUNO ] – sila klik website ini, daftar dan login.
    • Sila deposit duit di akaun Luno anda menggunakan online banking Malaysia
    • Boleh mulakan trade beli dan jual XRP, Bitcoin dan lain lain crypto aset digital secara sah di Malaysia
    • DONE!!!

    Kesimpulan, teknologi blockchain menghasilkan produk seperti crypto-currency, NFT, fintech, Web3, DeFI dan banyak lagi. Dan antara kelebihan utama adalah penghantaran kewangan dapat dilakukan antara benua secara global dengan mudah, pantas dan murah. Dengan kata lain, kita sebenarnya sedang berada di dalam transisi perubahan teknologi kewangan global yang lama kepada yang baru. Dan inilah dia cross border transfer payment. Selepas ini anda hendak transfer duit ke Singapore, Brunei, Thailand, Australia, Turkey dan mana mana negara pun akan jadi lebih mudah. BYE.

    cross border payment cross border payment Malaysia
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.