Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Elak Beli Kereta Terpakai Mudah Rosak
    Kereta Terpakai

    Cara Elak Beli Kereta Terpakai Mudah Rosak

    adminBy admin17/06/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya pernah berkongsikan artikel tentang pengalaman saya sendiri beli kereta terpakai secara online di kedai used car. Apa maksud secara online? Saya beli kereta tanpa saya membuat semakan (check) tentang kondisi keadaan kereta, tidak melakukan test drive dan sebagainya. Mudah cerita saya memang tidak melihat kereta melainkan hanya ketika mahu datang ke kedai untuk sign agreement pembelian kereta dan terus bawa balik ke rumah. YA itulah diri saya. Berasa tidak kisah dan hanya mahu buat kerja mudah sahaja. Dan kebetulan alhamdulillah, kereta masih elok sampai sekarang.

    Sebenarnya apa yang saya buat adalah berisiko tinggi. Kereta terpakai adalah kereta berstatus second hand. Ianya bukan kereta baru. Kereta terpakai paling minima sudah digunakan oleh seorang pengguna lama iaitu 1 tangan. Bagaimana kalau sudah bertukar kepada 2 hingga 3 tangan. Macam mana hendak tahu dan yakin kalau kereta yang kita beli itu dilakukan servis berkala yang baik. Macam mana hendak tahu kalau kereta adalah kereta banjir atau kemalangan teruk. Macam mana hendak tahu kalau kereta pernah di modified besar? Kalau ini berlaku, kereta yang dibeli memang berisiko tinggi dari segi keselamatan.

    SCRUT Used Car Report (SUr) Untuk Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai
    SCRUT Used Car Report (SUr) Untuk Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai

    Cara Check Rekod Kemalangan Kereta Terpakai

    Saya ringkaskan cerita. Kereta terpakai memang kita tidak boleh tahu apakah condition semasa kereta berkenaan ketika kita melakukan survey untuk membeli kereta. Kalau kita tanya kedai used car, mereka 99% pasti akan mengatakan kereta yang mereka jual itu adalah dalam keadaan baik. Dan ramai dari penjual kereta terpakai pun memang tidak ambil tahu part dan bahagian mana yang bermasalah pada kereta berkenaan. Mereka hanya baik pulih repair yang mana ketara sahaja kerosakkan tersebut. Asalkan kereta boleh untuk dihidupkan dan boleh dipandu dengan baik. Itu sahaja.

    TETAPI kita iaitu ANDA!!! Boleh membuat semakan (check) keadaan kereta terpakai yang anda mahu beli. Ada 2 cara yang boleh anda lakukan iaitu anda buat semakan tentang rekod kemalangan agar anda tahu jenis kerosakkan yang berlaku dan apa yang telah dibaiki. Kedua, buat semakan keadaan condition kereta samada sesuai dipandu dan selamat. Saya ringkaskan melalui panduan di bawah ini.

    Servis yang saya perkenalkan ini adalah dari syarikat SCRUT yang berasal dari Malaysia dan telah membantu ramai bakal pemilik kereta recond dan kereta terpakai di Malaysia untuk membantu mereka membuat keputusan samada patut atau tidak untuk membeli kereta yang ingin mereka beli itu. Jom teruskan membaca.

    Senarai servis dan harga oleh perkhidmatan SCRUT Malaysia
    Senarai servis dan harga oleh perkhidmatan SCRUT Malaysia

    SCRUT Used Car Report (SUr)

    Ini adalah servis yang ditawarkan untuk anda membuat semakan latar belakang “kemalangan” terhadap kereta yang anda mahu beli. Setiap kereta yang kemalangan 99% pemiliknya akan membuat tuntutan claim insurans untuk membaiki kenderaan mereka. Proses tuntutan insurans menyebabkan pihak insurans akan membuat laporan report dan seterusnya membuat bayaran kepada kedai bengkel yang membaiki kenderaan berkenaan.

    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai
    Contoh sebenar laporan SCRUT Used Car Report (SUr) untuk kereta terpakai

    Dan apabila anda menggunakan servis SCRUT Used Car Report (SUr) ini, maka anda akan mendapatkan report samada kereta berkenaan pernah mengalami kemalangan atau tidak. Jika ya, maka anda dapat melihat seberapa seriuskah (major/minor) kesan kemalangan tersebut. Dan part bahagian manakah yang rosak dan apa yang telah diperbaiki. Dengan maklumat penting seperti ini, ianya akan membantu anda membuat keputusan samada kereta tersebut patut untuk anda beli atau tidak.

    SCRUT Integrity Inspection (SII)

    Pihak SCRUT juga menawarkan servis untuk check iaitu inspect keadaan kenderaan anda. Servis SCRUT Integrity Inspection (SII) ini akan melakukan 120 check points oleh pakar pakar yang berpengalaman. Pemeriksaan SII ini di lihat lebih strict dan menyeluruh untuk memberi grade yang bersesuaian dengan keadaan dan kualiti kereta ketika dihantar. Yang paling best, pihak SCRUT bersedia hadir ke tribunal atau mahkamah untuk memberi keterangan bagi menyokong anda selaku mangsa yang telah membeli kereta terpakai yang dikatakan dalam keadaan baik ketika beli sedangkan ianya adalah tipu.

    120 points yang diperiksa adalah;
    • Qualification Standards: 9 points
    • Mechanical Standards pre-road test:
      • Underhood Checks: 17 points
      • Operational and Functional Checks: 39 points
      • Under Vehicle: 8 points
    • Tire Standards: 7 points
    • Brake Standards: 2 points
    • Suspension Standards: 5 points
    • Exterior Condition: 11 points
    • Interior Condition: 6 points
    • Road-tests: 16 points

    Sebenarnya tujuan untuk semak rekod kereta terpakai adalah bagi mengetahui sejarah kereta berkenaan samada pernah mengalami kemalangan atau tidak. Kalau tidak ada apa apa kemalangan, maka pihak Scrut tidak akan data laporan berkenaan. Tetapi jika pernah kemalangan, maka anda akan ketahui jenis keseriusan yang berlaku dan apakah part barang yang pernah ditukar. Lagi serius kalau kereta berkenaan telah berkali kali mengalami kemalangan.

    Kedai used car jual kereta bekas kemalangan total loss
    Kedai used car jual kereta bekas kemalangan total loss

    Tidaklah bermaksud kereta yang pernah kemalangan tidak patut untuk dibeli. Ianya bergantung kepada keseriusan masalah tersebut. Jika hanya berlaku calar atau terkopek bumper, rasanya ini hanyalah kemalangan yang kecil sahaja dan boleh beli tanpa masalah.

    Cara Check Report Kereta Terpakai

    • [ Scrut.my ] – Sila klik link ini dan masuk ke website rasmi Scrut Malaysia
    • Sila daftar dan beli kredit terlebih dahulu. Sila beli credit berdasarkan servis report yang ada mahukan. Nasihat saya, sila terus beli kredit topup RM100 sekaligus.
    • Masukkan nombor casis yang tertera pada body bingkai kereta atau Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN). Seperti gambar kedua di atas ini, info “Frame No” juga bermaksud ianya adalah casis number. Harap maklum.
    • Kemudian pilih menu SCRUT Used Car Report (SUr)
    • Buat pembayaran guna credit yang anda telah beli sebelum ini.
    • Dapatkan laporan dengan segera dalam tempoh 24 jam.
    • Laporan (report) yang anda mahukan akan tertera terus di dalam dashboard akaun scrut anda.
    • Done.

    Kesimpulan. Kalau anda hendak beli kereta terpakai di kedai used car. Dan anda mahu tahu maklumat detail berkenaan sejarah kemalangan kereta berkenaan, sila lakukan SCRUT Used Car Report (SUr). Jika anda mahu ketahui lebih detail berkenaan kondisi condition kereta berkenaan samada selamat dipandu atau tidak dan apa part yang patut ditukar ganti untuk lebih selamat, maka lakukan SCRUT Integrity Inspection (SII). Jelas? Faham? Kalau berminat mendapatkan servis dari Scrut, sila klik dan daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.

    SCRUT Integrity Inspection (SII) Scrut Kereta Malaysia Scrut Kereta Terpakai Scrut Used Car SCRUT Used Car Report (SUr)
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.