Walaupun website ini memfokuskan kepada panduan beli kereta baru secara online. Tetapi di artikel ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya membeli kereta terpakai secara online. Yang saya mahu highlightkan adalah berkenaan BELI KERETA SECARA ONLINE. Dan ini adalah pengalaman sebenar dari diri sendiri dan bukan cerita orang lain. Dengan kata lain, anda bolehlah jadikan pengalaman saya ini sebagai panduan asas ketika membeli kereta ya.
Ketika saya baru sahaja membuat website ini dan saya perkenalkan kepada rakan sekerja saya, beliau ada berikan pandangan beliau selaku orang yang pernah membeli kereta baru iaitu Honda City. Dan beliau antara orang yang berasa skeptikal tentang “ada ker orang beli kereta melalui online”? Ini adalah tanggapan beliau. Beliau sendiri kalau hendak beli kereta mahu datang ke showroom, kena naik kereta, kena test drive dan sebagainya. Selepas berasa selesa barulah beliau buat keputusan untuk membeli kereta. Ini adalah cara beliau dan ini adalah cara yang kebanyakkan bakal pembeli kereta lakukan. Tidak salah pun.
Cara Beli Kereta Terpakai (Second Hand) Online
Tetapi bila bercakap tentang beli kereta online, orang yang sepatutnya kita tanyakan adalah Sales Advisor (SA) pusat jualan kereta itu sendiri. Bahasa mudah kita tanya salesman penjual kereta lah. Merekalah yang ada pengalaman sebenar tentang “trend” sikap pembeli kereta. Jadi mereka akan tahu berapa ramai yang datang ke showroom, berapa ramai yang melakukan test drive dan berapa ramai yang datang ke ofis dan terus sain agreement dan terus bawa balik kereta ke rumah. Ini adalah yang patut kita tanya dan kita fahamkan.
Kisah sebenar saya sendiri. Saya pernah menggunakan Perodua Viva baru, Proton Saga terpakai dan juga Proton Preve terpakai. Kisahnya ketika saya mahu beli Proton Preve, waktu itu adalah musim wabak Covid-19. Jadi memang tidak boleh ke mana mana dalam jarak yang jauh. Yang saya buat adalah, mencari info kereta di internet dan menghubungi kedai jualan kereta terpakai tentang niat saya untuk membeli kereta. Mereka berikan gambar dan maklumat tentang kereta berkenaan.
Selepas saya nyatakan minat untuk membeli, saya tanyakan lagi bagaimana proses untuk beli kereta. Sebab ketika itu saya tidak boleh bergerak jauh. Oleh kerana wabak Covid, maka segala urusan boleh dilakukan secara online untuk memudahkan urusan dan mengurangkan risiko interaksi antara manusia. Saya hantar dokumen melalui Whatsapp dan kemudian saya diberitahu yang permohonan loan kereta saya lulus. Alhamdulillah.
Saya datang ke kedai kereta, bawa dokumen ke bank dan terus sain agreement perjanjian pembelian kereta. Selesai. Dan kereta Preve terus boleh bawa balik ke rumah dan guna. Mudah? Saya beli kereta dan terus ambil kereta tanpa tengok kereta terlebih dahulu ya. Ya memang mudah!!! Selepas pengalaman zaman wabak Covid-19, kini segala urusan pembelian kereta baru memang kebanyakkan sudah boleh dilakukan secara online seperti pengalaman saya ini. Ada pro dan con lah. Tetapi alhamdulillah, kereta Preve saya masih baik sehingga kini.
Proses proses seperti datang ke showroom untuk melihat kereta, proses untuk test drive dan sebagainya ini adalah proses untuk meyakinkan diri anda sahaja samada mahu beli kereta atau tidak. Ianya bukan satu benda yang wajib buat ketika beli kereta. Ianya adalah proses untuk meyakinkan diri anda sahaja samada anda patut atau tidak untuk beli kereta tersebut. Itu sahaja. Kalau anda yakin dengan kereta tersebut, beli kereta tanpa tengok kereta pun boleh. Macam kes saya tadi di atas.
Jadi bila ada orang tanya, macam mana cara untuk beli kereta secara online, prosesnya seperti inilah. Berikan dokumen pembelian kereta yang diminta. Pihak penjual kereta akan submit dokumen kita ke bank. Jika lulus, kita perlu datang ke pusat jualan kereta dan ke bank untuk menandatangani perjanjian pembelian kereta. Selesai. Itu sahaja.
Artikel ini bukan tentang saya mahu jual kereta terpakai ya. Artikel ini adalah tentang pengalaman saya beli kereta secara online. Jadi proses untuk beli kereta tidak kisahlah samada kereta terpakai (secondhand car) atau kereta baru (new car) adalah sama sahaja proses online yang dilakukan. Anda berminat untuk beli kereta secara online? Jika ya. Sila ikuti step di bawah ini ya.
Cara Beli Kereta Online
- [ Whatsapp ] – Sila hubungi saya melalui Whatsapp dan nyatakan jenis dan model kereta yang anda mahukan.
- Sila berikan dokumen yang saya perlukan untuk membuat permohonan loan kereta (submit loan) kepada pihak bank seperti;
- IC depan belakang
- Lesen memandu depan belakang
- Slip gaji bulan terbaru;
- 3 bulan jika anda pekerja kerajaan
- 6 bulan jika anda pekerja swasta
- Bank statement terbaru;
- 6 bulan jika anda pekerja swasta atau peniaga
- Daftar Niaga SSM jika anda bekerja sendiri
- Kami akan submit dokumen anda kepada pihak bank
- Jika loan bank lulus, anda boleh ke showroom untuk melihat kereta dan test drive (tidak wajib)
- Jika tidak berpuas hati, anda boleh tolak offer loan bank tersebut tanpa masalah
- Jika berpuas hati, anda boleh terus sign loan bank tersebut on the spot samada di showroom atau ke bank yang dinyatakan
- Masa menunggu kereta bergantung kepada stok kereta di pusat jualan kereta tersebut atau giliran untuk menerima kereta di pusat showroom tersebut. Boleh bertanya kepada dealer untuk status semasa penghantaran dan ketibaan kereta anda.
- DONE!!!.
Saya ringkaskan lagi, sebenarnya proses untuk beli kereta mudah sahaja. Yang penting permohonan loan anda lulus sahaja. Jadi yang paling utama anda berikan dokumen kepada saya dan saya akan submit kepada pihak bank untuk semak samada anda layak (lulus) mendapatkan pembiayaan kereta atau tidak. Selepas lulus terpulanglah samada anda mahu terima atau tolak tawaran. Dan anda boleh lihat kereta dan test drive tanpa masalah sebab loan kereta anda sudah lulus. Mudah kan! Kalau berminat beli kereta, hubungi saya sekarang melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.