Sebenarnya getah untuk cermin kereta jenis naik turun untuk Perodua Myvi milik isteri saya sudah beberapa bulan berlaku masalah. Ketika tingkap di turunkan, getah keliling bingkai dalam keadaan baik. Cuma ketika di bawa naik semula, getah cermin akan terkeluar dan ini menyebabkan isteri terpaksa menahan getah berkenaan menggunakan tangan ketika tingkap cermin dinaikkan. Lama lama jadi leceh juga. Bawa ke bengkel untuk repair pun tidak selesaikan masalah.
Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Kena beli dan gantikan dengan getah tingkap cermin naik turun yang baru. Di mana hendak beli dan buat? Terpulang. Kalau saya, saya lebih selesa beli sahaja sparepart kereta di kedai yang menjual barang spare part kenderaan atau beli sahaja secara online di Shopee misalnya. Dua dua pun boleh. Sebab yang pasti kaedah ini tersangat sangat menjimatkan wang berbanding kalau anda tukar dan baiki terus di bengkel kereta.

Beli Getah Cermin Naik Turun Kereta Yang Murah
Dari pengalaman saya beli alat ganti kereta, kebiasaannya kalau anda tukar alat ganti di bengkel kenderaan, caj yang dikenakan adalah SEKALI GANDA dari apa yang kedai sparepart jual. Kebanyakkannya adalah begitu. Maksud saya begini. Kalau saya beli getah bingkai cermin tingkap naik turun kereta Perodua Myvi isteri saya dengan harga RM70 di kedai sparepart. Biasanya harga yang ditawarkan di bengkel kereta adalah dalam RM140 tidak termasuk upah caj memasang. Mereka cuba buat untung dengan “jual” produk barangan tersebut terlebih dahulu.
Katakan kalau anda buat dan tukar terus di bengkel, mereka kenakan caj upah sebanyak RM40. Maka kos keseluruhan yang anda kena bayar adalah dalam RM140 + RM40 = RM180. Kalau kedai berikan diskaun upah pasang pun, anda tetap kena bayar dari RM150 minima.

Tetapi, oleh kerana saya beli getah cermin naik turun di kedai sparepart dengan harga RM70. Dan saya bawa ke bengkel dan minta mereka pasang, caj upah pasang yang dikenakan adalah RM35 sahaja. Kos keseluruhan untuk beli, cabut, tukar dan pasang getah cermin tingkap naik turun kereta Perodua Myvi isteri saya cumalah berharga RM70 + RM35 = RM105 sahaja. Murah?
Ya saya tahu bukan semua orang rajin untuk melakukan proses tersebut. Jika anda mahu jimat wang ketika membaiki kenderaan anda, maka memang inilah cara yang anda kena buat. Tidak sussah pun sebenarnya. Sila pastikan benda yang rosak tersebut. Dan pegi ke kedai yang menjual alat ganti kenderaan iaitu kedai sparepart. Dan beli dari kedai tersebut.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kemudian sila bawa barang tersebut ke bengkel baiki kereta dan minta mereka pasang. Biasanya mekanik iaitu pomen akan tolong pasang sebab mereka akan peroleh keuntungan melalui caj upah pemasangan. Namun kaedah ini masih lagi dikira murah dan jimat untuk baik pulih kereta anda.
Alat Ganti & Aksesori Kenderaan Online
- [ Shopee ] – cari dan beli barang dan peralatan murah untuk kenderaan di sini
Boleh ke beli sparepart kereta secara online di Shopee? Boleh jer. Asalkan harga yang ditawarkan adalah munasabah. Biasanya saya akan buat perbandingan harga di kedai sparepart lah. Getah yang saya beli di kedai spare part kereta dijual dengan harga RM70 sedangkan di Shopee rata rata dalam RM65-68. Kira lebih kurang samalah ja sebab harga tersebut pun belum termasuk kos pos. Harap anda dapat sesuatu dari perkongsian ini ya. BYE!!!.



