Semalam cermin kereta retak sewaktu saya ingin keluar untuk makan tengah hari. Terus saya buat semakan nota perlindungan (cover note) insurans kereta yang saya perbaharui sebelum ini. Dan kecewa apabila saya tidak nampak apa apa nota yang menyatakan bahawa saya ada mengambil perlindungan tambahan untuk cover cermin kereta (windscreen). Dan ketika saya mahu baiki dan tukar cermin kereta saya yang retak seribu di kedai, saya juga meminta mereka untuk buat semakan semula. Dan ternyata memang tiada. Alamatnya saya memang kena bayar dan keluarkan kos baik pulih sendiri. Kecewa.
Apabila anda tidak membuat penambahan perlindungan insurans cermin kereta, maka anda telah meletakkan kenderaan anda dari risiko menanggung jumlah pembaikkan yang tinggi jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan cermin kereta anda pecah. Ya, ada di antara kita berasakan untuk add-on perlindungan cermin kereta adalah membazir dan tidak pernah terjadi apa apa. Kalau berlaku? Adakah anda sanggup keluarkan bajet yang tinggi. Ini kisah sebenar yang dialami oleh saya sendiri.

Senarai Harga Cermin Windscreen Kereta
Dipendekkan cerita, saya pun tukar sahaja cermin kereta yang baru di kedai Windscreen2U. Servis yang mereka berikan adalah terbaik. Saya beri skor rating 8.5/10. Cumanya dari pengalaman ini, saya berminat untuk berkongsikan maklumat lebih detail lengkap kepada anda selaku pembaca blog kereta ini iaitu berkenaan senarai harga cermin kereta untuk kereta Proton dan juga Perodua. Maaf brand lain seperti Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Suzuki dan lain lain tiada buat masa ini. Saya hanya diberikan list ini sahaja.
Update List Harga Cermin Hadapan Kereta Proton & Perodua (2025)
Kenapa hanya ada senarai harga windscreen untuk cermin depan untuk kereta Proton dan Perodua sahaja? Mengikut kata kedai Windscreen2U, harga cermin kereta bagi Toyota, Honda dan lain lain mengikut harga pasaran semasa. Maknanya tidak ada ketetapan harga. Kena tanya mereka secara direct dan mereka akan buat semakan harga terkini.
Dan kenapa senarai harga pricelist untuk cermin kereta di atas ini ada tulis “original” dan “aftermarket”? Perbezaan adalah cermin yang original ada logo bagi kereta Proton atau Perodua sedangkan yang aftermarket tiada logo. Itu sahaja bezanya. Akan tetapi kualiti kedua dua cermin adalah masih sama. Hendak murah sedikit ambil cermin aftermarket. Jika mahu yang original, sila bayar lebih. Itu sahaja. Jelas? Faham?

Hubungi WindScreen2U Satu Malaysia
- [ WindScreen2U Customer Care ] – sila hubungi pusat bantuan khidmat pelanggan Windscreen2U di sini
Ok, sebagai pelanggan yang baru pertama kali menggunakan perkhidmatan tukar cermin kereta di Windscreen2U, saya memang berpuashati dengan servis mereka. Hendak call bertanya pun mudah. Cawangan kedai pun ada banyak di seluruh negeri di Malaysia. Dan proses penukaran dan menggantikan cermin windscreeen pun pantas. Hendak bayar kos baiki cermin kereta guna insurans kereta pun boleh. Hendak bayar secara instalment bulanan pun ada pilihan. Windscreen2U memang terbaik. Saya berikan rating 8.5/10 kepada kedai baiki dan tukar cermin kereta ini. BYE!!!.




