Ada ramai yang tanya dan mencari maklumat berkenaan senarai kadar interest rate kereta yang dikenakan oleh setiap bank di Malaysia. Mereka mencari maklumat bank manakah yang menawarkan kadar rate loan kereta yang paling rendah. Tujuannya hanya satu iaitu mahu memastikan agar bayaran bulanan pinjaman kereta akan menjadi paling murah. Sebenarnya ada beberapa website yang ada menawarkan servis perbandingan kadar interest rate kenderaan secara online. Berminat hendak tahu?
Sebenarnya agak leceh dan susah hendak pergi ke cawangan setiap bank di Malaysia hanya kerana mahu tahu berapa kadar nilai interest rate loan bank yang ditawarkan. Ini kerana setiap bank menawarkan kadar yang berbeza. Masing masing ada pro dan con. Malah jika anda mendapatkan pembiayaan kereta dari bank yang sama dengan rakan anda. Dan anda beli kereta baru yang sama dengan rakan anda. Jangan terkejut jika rate interest rate yang ditawarkan adalah berbeza dengan rakan anda. Semua ini juga bergantung dengan skor kredit rekod pinjaman anda juga.
Pertama sekali, perlu diingatkan yang interest pinjaman kenderaan yang rendah bukanlah bermaksud ianya paling terbaik. Ada beberapa kriteria yang dilihat pada pemohon sebelum menentukan keputusan berapakah kadar interest yang patut dikenakan kepada anda. Namun ianya tidaklah salah kalau anda memilih mana mana kadar interest loan kereta yang rendah sebagai pilihan anda. Setiap bank menawarkan kadar interest (profit rate) yang berbeza dan sudah tentu akan mempengaruhi jumlah ansuran bayaran bulanan kereta yang perlu anda bayar nanti.
TETAPI, Ya!!! Anda tetap boleh mendapatkan info berapakah kadar interest rate loan kereta dari setiap bank di Malaysia dengan mudah melalui internet. Ianya sebagai panduan dan rujukan buat anda. Di bawah ini saya akan senaraikan beberapa website yang menawarkan perbandingan.
Website Banding Kadar Interest Loan Kereta
- [ RinggitPlus ] – website paling popular compare pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan kereta
- [ iMoney ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk pembiayaan kereta
- [ LoanStreet ] – website perbandingan pelbagai jenis loan di Malaysia termasuk loan hire purchase kereta
Saya anggap katakan anda mahu beli kereta Perodua Myvi yang berharga RM50K sebagai contoh. Gaji anda adalah sebanyak RM2500 dan anda mahu bayar selama 9 tahun. Jadi berapakah “kadar interets hire purchase” yang dikenakan oleh setiap bank di Malaysia?
Saya berpengalaman dapat pinjaman kenderaan hire purchase dari Hong Leong Bank dan juga CIMB Bank. Dari data di atas jelas menunjukkan “kadar interest rate” setiap bank memang berbeza. Dan bayaran bulanan Perodua Myvi pun nampak berbeza. Paling rendah adalah RM558 sebulan dan yang paling mahal pula adalah RM593 sebulan. Bagi orang yang memang tidak mempunyai gaji yang besar, perbezaan hampir RM40 sebulan pun pasti akan berkira kira samada setuju atau tidak dengan jumlah tersebut.
Jika anda seorang muslim, sila pastikan yang pembiayaan loan kereta anda adalah dari jenis islamik. Dalam sistem hire purchase Islamik, ianya disebut sebagai PROFIT RATE dan bukannya interest rate yang biasanya pinjaman tersebut akan tertera perkataan Financing-i. Tidak perlulah saya ulang perkataan hadis yang mengatakan yang anda akan berperang dengan Allah dalam soal riba. Faham faham sendirilah ya.
Tidak perlu bersusah payah hendak ke setiap bank semata mata untuk bertanya apakah kadar interest rate yang bank tersebut kenakan untuk loan pinjaman kenderaan. Anda boleh semak secara online. Mudah bukan?
Jom Submit Loan Untuk Kereta Baru Secara Online Sekarang!!!
Saya adalah ejen penjual kereta baru pelbagai brand jenama di Malaysia!!!. Anda boleh submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda yang berada di negeri lain di seluruh Malaysia? Boleh jer!!!
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda untuk sesetengah brand model di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Saya harap panduan banding loan kereta ini berguna buat anda. Selamat membeli kereta baru. BYE!!!.