Kenapa tiba tiba website Beli Kereta Baru hendak cerita tentang kad perubatan pula. Ada kena mengena dengan beli kereta ker? Tulisan ini lebih kepada kesedaran terhadap orang ramai perihal kemalangan yang memang berkait rapat dengan kenderaan. Dan mana kos perubatan yang mahal menjadi penyebab kepada ramai orang yang dulunya mampu beli dan guna kereta mahal. Bila jatuh sakit atau kemalangan, masuk hospital, tidak boleh bekerja, maka kereta idaman pun hilang sebab tidak mampu bayar. Beli kereta mahal mampu. Tetapi hendak bayar kad perubatan murah pun berkira. Anda salah seorang seperti ini?
Kita faham, bukan semua orang ada cara fikir yang sama. Mungkin bagi sesetengah orang, walaupun mereka mampu beli kereta yang mahal, tetapi mereka tidak mahu berhabis duit untuk bayar langganan bulanan sebuah “medical card” yang akhir nanti tidak guna pun. Jadi terasa macam bazir duit. Beli kereta boleh bawa naik jalan jalan. Bayar kad perubatan sampai bertahun, tidak ada sakit dan mula berasa macam bazir bayar mahal mahal setiap bulan. Kalau anda berfikir seperti ini, saya jemput anda untuk guna kad perubatan murah dari We Kongsi. Berminat?

WE KONGSI – Kad Perubatan Murah
Syarikat yang bernama Kita Kongsi Sdn Bhd telah memperkenalkan pakej, skim atau pelan perlindungan kesihatan yang bernama WE KONGSI. Ianya sama macam medical card yang ada di pasaran tetapi ianya bukan insurans atau takaful ya. We Kongsi adalah program medical cost sharing platform iaitu sebuah program perlindungan kesihatan secara perkongsian dalam bentuk komuniti. Mudah cerita adalah setiap bil rawatan ahli iaitu peserta akan dibayar dan dikongsikan bersama peserta yang menyertai ahli dalam bentuk komuniti. Lihat ringkasan di bawah untuk lebih faham.
Ringkasan Bayaran We Kongsi
- Ahli We Kongsi ada seramai 766 orang
- Ali adalah salah seorang ahli We Kongsi dan telah mengalami kemalangan
- Ali menerima rawatan pembedahan di hospital KPJ swasta
- Bil rawatan Ali sepanjang berada di wad adalah RM21432.68
- Bil rawatan Ali sebanyak RM21432.68 di kongsi bersama ahli We Kongsi seramai 766 orang
- Setiap ahli perlu berkongsi bil rawatan Ali sebanyak (RM21432.68 / 766 orang ) = RM27.98 seorang
- Jadi pada bulan tersebut, setiap ahli wajib bayar RM27.98 sahaja. Murah ker mahal?
Saya telah menuliskan panjang lebar berkenaan insurans kemalangan We Kongsi di sini. Anda boleh klik dan baca. Di dalam program We Kongsi memang ada perlindungan kemalangan sebanyak RM10K serta merta selepas mendaftar secara lengkap. Dan tawaran ini memang tersangat sesuai kepada anda yang memang membawa kenderaan seperti kereta yang terdedah kepada risiko kemalangan pada bila bila masa. Dan wang setinggi RM10K ini boleh anda gunakan untuk bayaran kos pembedahan dan rawatan di hospital ya.
Cumanya di artikel ini saya ingin berkongsikan sedikit ringkasan akan kelebihan ada kad perubatan ketika anda mendapat kemalangan. Saya tidak akan bercerita tentang medical card yang mahal yang anda sememangnya tidak mahu langgan sebab rasa mahal. Saya mahu cerita tentang kad perubatan We Kongsi. Jom saya buat ringkasan di bawah ini.

Kad Perubatan Murah We Kongsi
- Bayaran Management RM40 Setiap Bulan
- Bayaran ini adalah tetap setiap bulan sebagai bayaran kos pengurusan bagi mengendalikan syarikat dan program We Kongsi seperti bayaran gaji, pengiklanan, pengurusan sistem aplikasi dan sebagainya. Kalau hendak jimat anda boleh bayar RM100 setiap suku tahun atau RM360 untuk terus setahun.
- Bayaran Perkongsian Sesama Ahli (Tabung Perkongsian)
- Tidak kisah berapa bil rawatan yang dikenakan kepada ahli yang dimasukkan ke wad hospital swasta, ahli hanya dikenakan bayaran MAKSIMUM RM50 SAHAJA SETIAP BULAN. Kalau tiada ahli yang dimasukkan ke hospital, maka tiada potongan bulanan yang dikenakan
- Medical bil limit tahunan adalah 1 JUTA (renew setiap tahun)
- Kos rawatan kanser elektroterapi + kimoterapi di cover sebanyak 100K setahun
- Kos rawatan kemalangan sebanyak RM10K (90 hari selepas daftar) dan cover 1 juta selepas 90 hari
- Dapat wad bilik RM150 & RM250
- Khairat kematian sebanyak RM10K
- 300 panel hospital swasta seluruh Malaysia
- Patuh syariah
Kesimpulan, kos bayaran untuk menggunakan We Kongsi ada dua iaitu bayaran management yang tetap sebanyak RM40 setiap bulan dan bayaran kedua adalah bayaran perkongsian sesama ahli yang dimasukkan dan menerima rawatan di hospital. Dengan kata lain, bayaran bulanan anda akan jadi serendah RM40 sahaja jika tidak ada ahli yang dimasukkan ke hospital dan akan jadi setinggi RM90 (RM40 + RM50) jika tuntutan bil maksimum dikenakan.
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Ada orang tanya, apa beza gunakan medical card yang berjenama berbanding masuk ke hospital swasta menggunakan We Kongsi? Jawapannya adalah sama 100%. Yang berbeza adalah, bayaran medical card adalah mahal dan bayar harga yang sama setiap bulan. Sedangkan kad perubatan We Kongsi bayar serendah RM40 dan setinggi RM90 sahaja setiap bulan. Bagaimana dengan hospital panel? Hospital panel adalah sama 100% dengan medical card terkenal. Jadi buat apa bayar lebih kalau anda dapat benda yang sama di We Kongsi. Berminat? Klik link di atas untuk daftar We Kongsi sekarang juga. BYE!!!.