Dulu saya memang tidak kenal dengan “kereta recond”. Saya tidak faham perbezaan antara kereta terpakai yang dijual di dalam pasaran Malaysia dengan kereta terpakai jenis import. Hanya selepas teribat aktif dalam dunia jual beli kereta recond, baru tahu tentang industri yang disebut sebagai kenderaan recon ini. Dan dari sini baru kenal dengan KERETA RECOND RARE yang memang tidak ada dijual di dalam market Malaysia kecuali kena bawa masuk secara import. Anda berminat ingin tahu?
Rakan sekerja isteri saya ada beli Toyota Voxy. Isteri sempat naik beberapa kali untuk pergi makan tengah hari. Pengalaman beliau menaiki kereta Voxy adalah memuaskan. Memang terasa lain dan “rare”. Kereta masih nampak cantik luaran dan dalaman pun rasa unik. Tidak terlalu besar atau mahal seperti Toyota Alphard. Ianya adalah alternatif kepada mereka yang mahukan sebuah kenderaan MPV yang tidak terlalu mahal dan besar. Maka Toyota Voxy jenis recond adalah pilihan terbaik.
List Kereta Recon Unik
Rakan sekerja saya pula meminta saya untuk tolong beliau carikan kereta recond dari Suzuki Jimny. Dan kebetulan saya memang ada menjual kereta tersebut. Saya tanyakan lagi sebab kenapa beliau berminat dengan kereta Jimny? Jawapan beliau adalah kerana kereta tersebut adalah sebuah kenderaan tahan lasak, tidak mudah rosak dan sangat sesuai dengan geografi permukaan tanah di hutan di Malaysia. Dan sudah tentu rekaan Suzuki Jimny recond sesuai untuk aktiviti off-road ini adalah unik dan rare untuk pasaran Malaysia.
Rakan sekerja saya yang lain pula ada meminta saya untuk semak harga kereta recond Honda Stepwagon Spada. Saya tanya kenapa beliau berminat dengan kereta Stepwagon. Jawapannya adalah kerana kereta Honda Stepwagon menawarkan pintu boot belakang boleh dibuka seperti pintu penumpang. Kalau anda ada ahli keluarga yang berkerusi roda, rasanya kereta Honda Stepwagon recond ini boleh menawarkan pilihan kenderaan yang unik dan tidak terlalu besar. Memang rare kereta Honda ini untuk pasaran Malaysia.
Sebenarnya ramai sahaja orang yang berminat untuk beli kereta recond dari Jepun yang unik seperti ini. Saya sendiri memang salah seorang yang meminati kereta kecil kompak yang rare seperti ini. Salah satu sebab kerana anda dan saya sukakan sebuah kenderaan yang ada ciri ciri kelainan dan membuatkan mata orang lain akan tertumpu pada kereta kita dan ingin tahu nama kenderaan yang kita bawa selain dari utiliti kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna yang tidak ada ditawarkan pada kereta yang lain.
Senarai Kereta Recon Rare
- Honda Civic Type-R
- Honda Nbox Turbo
- Honda Odyssey
- Honda Stepwagon Spada
- Honda Jade RS
- Daihatsu Taft G Turbo
- Daihatsu Canbus
- Suzuki Jimny Sierra
- Suzuki Swift Sport
- Toyota Harrier
- Toyota Noah
- Toyota Voxy
- Toyota Roomy
- Toyota Prius
- Jeep Wrangler
Kereta Daihatsu Canbus memang rare. Kalau bawa atas jalan raya di Malaysia memang nampak unik dan pasti semua pemandu di atas jalanraya akan memandang. Nampak macam kenderaan ala ala kartun dan kiut. Warna pun warna pastel. Terbaik.
Saya pun baru tahu Honda pun ada keluarkan kereta kecil mini ala ala Axia. Kalau dah namanya “Honda”, pasti akan ada yang akan beli. Kereta unik di atas ini adalah Honda N-One RS mempunyai kapasiti enjin sebesar 660CC sahaja tetapi ada turbo. Unik? Memang unik! Kereta cc kecil dan ada turbo ini hanya ada pada kereta “kei car” buatan Honda.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta recond yang rare unik ini, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh request apa apa model kenderaan recond untuk kami import bagi pihak anda dengan terma & syarat persetujuan bersama. Kalau hendak lagi yakin, boleh sahaja datang ke showroom dan lihat sendiri kereta secara face to face untuk lebih puas hati. Berminat? Jom beli kereta recond melalui saya. BYE!!!.