Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Risiko Kereta Sambung Bayar
    Info

    Risiko Kereta Sambung Bayar

    adminBy admin31/10/2024Updated:01/11/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sebenarnya saya nampak ramai pemilik kenderaan yang ada buat offer “Sambung Bayar” kepada mana mana individu yang berminat. Dan salah satu sebab kerana pemilik tidak lagi mampu untuk meneruskan bayaran bulanan kereta tersebut untuk elak kereta kena tarik. Dan pembeli pula adalah dari individu yang menginginkan kereta berkenaan atas sebab sebab tertentu. Selagi konsep supply & demand berlaku, maka penawaran jual kereta secara sambung bayar akan tetap wujud dan berlaku.

    Secara undang undang moden, konsep jual kereta secara sambung bayar adalah tidak sah. Dan konsep beli dan memiliki kereta secara sambung bayar pun tidak sah. Tetapi ianya sah dalam konsep perniagaan berkonsepkan kaedah tradisional atas dasar kepercayaan. Cuma saya secara peribadi berpendapat, dalam era jual beli moden, konsep “percaya” dan “yakin” yang dipegang adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Adakah sukar untuk berjumpa dengan manusia yang berpegang kepada janji.

    Risiko penjual dan pembeli kereta sambung bayar
    Risiko penjual dan pembeli kereta sambung bayar

    Pro & Con Beli Kereta Sambung Bayar

    Ayah saya pernah membeli dan memiliki sebuah motorsikal dari jiran rumah. Tetapi konsep jual beli ketika itu hanya atas dasar percaya sahaja. Geran pun masih atas nama pemilik asal. Tidak pernah melakukan apa apa urusan tukar nama di JPJ. Selepas motosikal ayah hendak dijual kepada kedai besi buruk, maka kedai besi buruk mahu tukar nama namun urusan tidak boleh dilakukan kerana ayah tidak memiliki sijil asal geran tersebut. Kalau ada pun, bukan atas nama beliau. Malah jiran tersebut pun sudah berpindah dan tiada nombor telefon untuk dihubungi. Kes kes seperti ini banyak berlaku.

    Itu kisah motor lama yang sudah buruk tidak mengapalah. Kalau anda dalam situasi beli kereta secara sambung bayar. Kereta tersebut masih atas nama pembeli asal. Kalau tiba tiba pemilik asal mahukan kereta tersebut selepas beberapa bulan atau tahun anda sudah sambung bayar, secara undang undang kereta tersebut masih milik pembeli asal. Malah anda memang tidak ada hak apa apa pun terhadap kenderaan berkenaan. Inilah risikonya. Bolehkah anda percaya dengan seller yang mahu kereta beliau untuk disambung bayar oleh orang lain iaitu anda? Anda kenal dengan seller tersebut secara dekat?

    Faedah Jual Kereta Untuk Disambung Bayar (Penjual)

    • Menyelesaikan masalah kewangan buat sementara
    • Pemilik kereta boleh memiliki kereta terbabit semula ketika pembeli tiba tiba tiada kemampuan untuk sambung bayar
    • Membantu pembeli untuk memiliki kereta secara sambung bayar

    Faedah Beli Kereta Yang Disambung Bayar (Pembeli)

    • Memiliki kereta impian cara mudah
    • Rekod CCRIS tidak akan memberi impak ketika ingin memiliki kereta
    • Rekod blaklist senarai hitam tidak akan memberi impak ketika ingin memiliki kereta
    • Boleh memiliki kenderaan idaman tanpa melalui bank
    Contoh iklan tawaran beli kereta sambung bayar di Facebook
    Contoh iklan tawaran beli kereta sambung bayar di Facebook

    Risiko Jual Kereta Secara Sambung Bayar (Penjual)

    • Berisiko terlibat dalam jenayah yang dibuat oleh pembeli
    • Saman kereta di atas nama anda
    • Pembeli berhenti bayar ansurans bulanan di bank
    • Pembeli buat untung atas angin dengan menjual kepada orang lain pula

    Risiko Beli Kereta Secara Sambung Bayar (Pembeli)

    • Penjual kereta mati. Hak terhadap kenderaan tersebut adalah di atas keluarga di mati iaitu keluarga penjual
    • Penjual kereta tuntut semula kenderaan tersebut
    • Tidak boleh tukar nama atas geran apabila penjual tidak mahu mengotakan janji
    • Kereta tidak boleh dijual kepada orang lain selepas habis bayar kerana penjual tidak mahu tukar nama
    • Tuntutan insurans hanya dapat kepada penjual selagi kereta belum tukar nama
    • Anda boleh dituduh sebagai pencuri kereta kerana tiada dokumen rasmi yang menyatakan anda beli dan memiliki kenderaan tersebut secara sah

    Kesimpulan, sebenarnya ada lebih banyak keburukkan berbanding kebaikkan jika anda memiliki kereta secara sambung bayar. Kalau anda sambung bayar kereta dari ahli keluarga atau sanak saudara pun boleh jadi masalah, apatah lagi anda beli kereta sambung bayar dari orang yang tidak dikenali lagi lagi dari dunia online internet. Nasihat saya sila jangan ambil risiko.

    Mencari kereta sambung bayar direct owner untuk dibuat kereta sewa
    Mencari kereta sambung bayar direct owner untuk dibuat kereta sewa

    Kepada pemilik kereta, jika anda mahu tolak kereta anda untuk disambung bayar oleh orang lain kerana anda ada masalah kewangan. Nasihat saya sila pajakkan kereta anda di kedai sewa kereta. Ini adalah salah satu cara untuk anda kurangkan komitmen kewangan anda dan dalam masa yang sama anda boleh menjana pendapatan tambahan hasil lebihan dari program bisnes kereta sewa orang lain.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Dan kepada anda yang mahu beli kereta tetapi ada masalah kewangan atau tidak lulus loan bank. Saya nasihat sila susun semula kewangan anda. Jangan bebankan kewangan anda ketika anda sedar yang kewangan anda buat masa sekarang tidak mampu untuk ditambah bebanan lagi selepas anda memiliki kereta secara sambung bayar. Seronok cuma sekejap, tetapi risiko yang anda perlu hadapi adalah lebih lama dan kekal. Fikir fikirkan. Dan kalau anda ingin beli kereta baru yang murah, anda boleh hubungi saya secara online melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya akan cuba bantu anda. BYE!!!.

    Beli Kereta Sambung Bayar Jual Kereta Sambung Bayar Kereta Sambung Bayar
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.