Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara Kilatkan Cermin Lampu Kereta Tanpa Kertas Pasir
    Panduan

    Cara Kilatkan Cermin Lampu Kereta Tanpa Kertas Pasir

    adminBy admin31/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Kereta Proton Saga saya sudah berumur lebih dari 10 tahun. Dan sudah tentulah yang cover lampu hadapan kereta akan menjadi kusam dan berwarna kuning. Bila pandu dan buka lampu waktu malam, memang kurang cerahlah. Akibatnya kedai baiki kereta menegur saya samada mahu atau tidak untuk mereka tolong kilatkan semula cermin lampu kereta yang telah kusam kekuningan. Bila saya tanya akan upah mereka, saya menolak kerana terasa mahal. Upah untuk kilatkan lampu kereta adalah RM150 untuk sebelah sahaja. Kalau buat dua dua, kena bayar RM300. Mahal.

    Pemilik bengkel mengatakan yang upah mereka masih dikira murah. Kerana harga belian bagi cover lampu kereta hadapan yang original pun sudah mahal untuk sebuah. Kalau sepasang memang kena keluar duit banyak lah. Saya tidak merasakan yang mereka menipu. Cuma buat masa sekarang memang belum ada keperluan untuk saya mengeluarkan kos bajet sebesar itu untuk mendapatkan cermin lampu kereta yang baru atau mengeluarkan bajet untuk upah mengilatkan cover lampu kereta.

    Headlamp lampu hadapan kereta kusam kekuningan
    Headlamp lampu hadapan kereta kusam kekuningan

    Cara Murah Dan Senang Untuk Kilatkan Cermin Lampu Kereta

    Dan beberapa minggu lepas, saya pergi ke bengkel kereta yang lain untuk masalah kerosakkan yang lain. Dan kebetulan pemilik bengkel pun ada menegur berkenaan cermin lampu kereta yang sudah kusam kekuningan. Beliau menawarkan servis mengilatkan cermin lampu dengan kos RM80 sahaja untuk kedua dua cermin lampu. Memang saya agak teruja tiba tiba kerana murah. Walaupun bukan itu tujuan utama saya menghantar kereta ke bengkel, tetapi saya bersetuju dengan tawaran tersebut.

    Proses untuk mengilatkan cermin lampu hadapan kereta adalah dengan menggunakan 2 produk sahaja. Kalau buat sendiri sudah tentu terlebih lebih murah. Alat yang pertama adalah ubat pengilat besi iaitu “Autosol Metal Polish”. Ianya seperti ubat gigi. Picit sedikit dan sapukan pada cermin lampu kereta dan gosok sehingga warna kekuningan menghilang. Ketika proses ini, warna kekuningan akan menghilang dan permukaan kusam akan menjadi lebih cerah dan berkilat iaitu nampak mentol lampu kereta dengan jelas. Kemudian cuci dengan air dan lapkan.

    cermin lampu kereta yang telah dikilatkan
    cermin lampu kereta yang telah dikilatkan

    Alat yang kedua adalah “tinted”. Dapatkan mana mana pelekat tinted yang berwarna clear dan lekatkan pada cover lampu tadi. Ukur bentuk cermin lampu kereta, potong dan lekatkan. Proses ini adalah untuk memberikan lapisan “coating” perlindungan pada cermin lampu untuk kekal tahan lama dan tidak mudah menjadi kusam kekuningan.

    Untuk maklumat anda, sebenarnya penutup atau casing cermin lampu kereta mempunyai 1 lapisan pengilat yang memberikan perlindungan dari kesan calar dan juga tahan lama dari sinaran matahari. Begitu jugalah halnya dengan cat kereta. Ada satu lapisan cat jenis “clear” yang diberikan pada cat kereta supaya cat kereta boleh tahan lama. Jadi begitu jugalah halnya dengan cermin lampu hadapan kenderaan. Tinted dilekatkan untuk fungsi yang sama. Ianya lebih murah dan lebih praktikal dipasang.

    YA!!!, hanya 2 benda itu sahaja yang anda perlukan untuk membersihkan dan mengilatkan permukaan cermin lampu kereta anda. Dan kosnya pula pun lebih murah. Kalau buat di kedai seperti saya ini, kos upah seperti ini adalah RM80. Kalau buat sendiri rasanya lebih kurang RM20 sahaja. Terpulang. Apa yang saya kongsikan ini adalah video untuk anda tonton supaya anda tahu bagaimana proses untuk mengilatkan lampu head lamp kereta anda dengan mudah dan juga murah. 

    Pengilat besi dan plastik Autosol Metal Polish
    Pengilat besi dan plastik Autosol Metal Polish

    Beli Autosol Dan Tinted Online

    • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
    • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

    Kalau selepas anda menggosak permukaan casing lampu dengan Autosol Metal Polish ini, anda boleh sahaja sembur dengan pengilat jenis clear. Cumanya kosnya lebih mahal dan perlukan kemahiran untuk menyembur cat clear tersebut. Tetapi dengan menggunakan tinted, rasanya semua orang boleh melakukannya sendiri dan kos membeli tinted pun murah. Selamat mencuba ya.

    Cara Gosok Lampu Kereta Cara Kilatkan Lampu Kereta Lampu Kereta Kekuningan Lampu Kereta Kusam
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pilih renew insurans kenderaan patuh syariah dari Takaful Malaysia di BJAK

    Cara Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans Kereta Guna BJAK

    22/01/2026

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.