Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, May 19
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home ยป Lampu Suluh LED Terang Dan Murah
    Produk Kereta

    Lampu Suluh LED Terang Dan Murah

    adminBy admin20/07/2021Updated:02/10/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Teringat masa zaman zaman belajar di Universiti dulu dulu. Masuk kampus dan balik kampung hanya naik motor sahaja di highway. Dan antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah pengalaman tayar motor bocor dan minyak motor habis tengah jalan. Bayangkan anda menghadapi masalah tersebut ketika waktu tengah malam dan benda apa yang penting waktu tersebut dan anda WAJIB kena ada? Sudah tentulah kena ada lampu suluh. Untuk tahan lama memang patut pelajar zaman sekarang kena ada lampu suluh LED. Kenapa?

    Saya cakap dari pengalaman ya. Biasanya pelajar di Kolej, Politeknik atau Universiti yang rumah jauh jauh dari kampus pasti akan ada yang ulang alik naik motor sahaja. Tidak ramai pelajar yang akan ada kereta. Majoriti pasti akan ada aset paling tidak sebuah motosikal. Kalau yang suka memandu tengah malam, kebimbangan motor rosak pasti ada. Jadi persediaan penting yang kena ada selain alat membaiki tayar sudah tentulah sebuah lampu picit iaitu torch light untuk digunakan ketika waktu gelap ketika di tepi jalan raya atau di tepi lebuhraya. Setuju?

    Bahagian bahagian lampu suluh LED
    Bahagian bahagian lampu suluh LED

    Lampu Suluh LED Paling Terang Dan Jarak Jauh

    Tetapi kenapa kena lampu picit jenis LED? Tidak kisah sebenarnya kalau anda gunakan lampu suluh yang masih menggunakan mentol. Cumanya sifat mentol adalah mudah terbakar dan kurang tahan lama. Itu sahaja penyebabnya. Dan alasan kenapa kena beli dan guna lampu suluh LED adalah kerana sifat LED yang lebih tahan lasak dan tahan lama. Dan dalam masa yang sama sifat led biasanya adalah lebih jimat penggunaan tenaga. Jadi bateri dalam lampu suluh sudah tentu akan lebih tahan lama. Faham?

    Port pengecas USB di torch light LED
    Port pengecas USB di torch light LED

    Zaman sekarang ramai orang mula mendapatkan lampu suluh LED yang tahan lasak, tahan lama, lampu cerah dan juga terang. Tahan lasak adalah untuk aktiviti camping, bersukan, masuk hutan, memancing dan juga tahan air. Paling tidak kalis percikkan air. Tahan lama adalah kemampuan bateri yang lebih long lasting. Cerah sangat sesuai untuk suasana gelap dan terang adalah supaya kecerahan lampu dapat melimpah pada jarak yang lebih jauh.

    Lampu LED yang boleh flashlight
    Lampu LED yang boleh flashlight

    Ini adalah contoh lampu suluh LED berharga murah yang saya beli ya. Ianya adalah dari model “LED Flashlight XHP50”. Dari apa yang saya faham, XHP50 lampu LED yang bermaksud extreme high-power (XHP). Ianya menawarkan kecerahan yang lebih tinggi dan juga jangka hayat lebih lama walaupun beroperasi pada suhu yang tinggi. Berapa harga walaupun ianya murah? Ianya semurah RM29.50 SAHAJA!!!. Malah yang bestnya ianya disekalikan dengan 1 biji bateri rechargeable. Jadi anda beli dan terus boleh guna tanpa perlu beli bateri asing.

    Casing bateri dan kabel USB torchlight LED
    Casing bateri dan kabel USB torchlight LED

    Apa lagi kelebihan lampu suluh LED ini. Apa yang saya suka adalah anda boleh beli bateri rechargeable tambahan dan ianya berharga murah sahaja. Dan anda boleh cas bateri terus dari lampu suluh ini menggunakan wayar cable USB yang disertakan sekali. Anda boleh cas bateri guna port usb powerbank, port usb kereta anda, port usb komputer dan sebagainya. Mudah bukan? Bagaimana pula dengan pengalaman menggunakannya?

    Beli Torchlight LED Online Di Sini

    • Shopee – website online shopping popular di Malaysia
    • Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

    Kecerahan cahaya dari lampu suluh LED ini sangat terang. Ada pilihan lampu berkelip, malap, sederhana terang dan sangat terang. Anda juga boleh adjust lampu untuk melimpah terang satu satu kawasan atau fokus pada satu satu tempat. Kalau anda set pada sangat terang, ianya akan cepat habis bateri dan cepat panas. Biasalah, lagi terang lagi cepat panas mentol lampu LED tersebut. Bagi saya kecerahan sederhana sudah memadai sangat kerana dapat bertahan lebih lama dan kurang cepat panas. Bergantung kepada situasi dan keperluan semasa anda.

    Nasihat saya, kalau beli lampu suluh LED seperti ini walau apa brand jenama. Sila pastikan anda beli lampu torchlight led yang boleh anda cas guna wayar cable usb, ada rechargeable bateri yang boleh di cabut pasang kembali dan beli rechargeable bateri tambahan sebagai backup. Beli minima 2 lampu suluh jenis led ini pun bagus. Satu untuk kegunaan di rumah dan satu lagi untuk kegunaan di kenderaan anda samada motosikal atau kereta. Lampu suluh seperti ini biasanya kita sediakan untuk hal hal kecemasan yang kita perlukan ketika kecemasan. Setuju? Bye!!!.

    beli lampu suluh LED guna lampu suluh LED lampu suluh LED lampu suluh LED jarak jauh lampu suluh LED Lazada lampu suluh LED murah lampu suluh LED paling terang lampu suluh LED Shopee lampu suluh LED terang review lampu suluh LED
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025

    Pengalaman Beli Tayar Mahal Michelin

    08/02/2025

    Dalam Kereta Wajib Kena Ada Payung

    04/10/2024

    Kisah Tukar Spark Plug Kereta Perodua Myvi

    03/10/2024

    TRAPO : Tikar Getah Karpet Kereta Berkualiti

    08/09/2024

    Kipas USB Powerbank Untuk Kereta

    02/09/2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.