Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Buat Duit Dengan Misi Express
    Income

    Buat Duit Dengan Misi Express

    adminBy admin17/01/2025No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya adalah pengguna aplikasi Misi food delivery. Saya pernah beberapa kali membeli makanan secara online menggunakan app tersebut. Ianya juga membuka peluang kepada penghantar makanan untuk menambah pendapatan. Dan kini, MISI setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan servis perkhidmatan yang terbaru iaitu Misi Express. Ianya memfokuskan kepada perkhidmatan penghantaran barangan. Jadi kalau anda suka kerja sebagai penghantar barang, sila sertai Misi Express sekarang.

    Ramai yang masih keliru antara kerja sebagai Misi Rider dan juga Misi Express. Tugasan Misi Rider adalah untuk menghantar pesanan makanan. Maknanya kalau anda beli makanan melalui aplikasi Misi, yang menghantar pesanan makanan anda disebut sebagai rider atau runner. Tetapi app aplikasi Misi belum ada lagi servis perkhidmatan untuk hantar barang seperti parcel atau apa sahaja. Dan selepas pengenalan Misi Express ini, maka anda sudah boleh gunakan servis yang ditawarkan ini. Menarik? Memang pun.

    Kadar cas upah bagi rider runner untuk Misi Express
    Kadar cas upah bagi rider runner untuk Misi Express

    Hantar Barang Mudah Guna Misi Express

    Misi Express Untuk Pengguna – Jika anda kini adalah pengguna aplikasi Misi Rakyat untuk membeli dan memesan makanan secara online. Maka kini anda juga boleh gunakan aplikasi Misi untuk mendapatkan khidmat penghantaran apa apa barangan. Satu aplikasi yang sama tetapi menawarkan lebih kepelbagaian fungsi.

    Kelebihan Jadi Runner Misi Express

    Sebenarnya app MISI satu satunya aplikasi pesanan makanan di Malaysia yang menawarkan kelebihan membeli makanan dengan harga sama macam di kedai 100%. Aplikasi food delivery yang lain pasti akan mengenakan cas tambahan terhadap makanan yang dijual iaitu dengan cara markup harga. Di MISI, pengguna hanya perlu bayar cas tambahan 5% sebagai upah maintenance aplikasi dan juga cas upah untuk rider/runner penghantar makanan.

    Dan kaedah ini diteruskan pula kepada servis menghantar barangan iaitu MISI Express. Syarikat Misi tetap dengan visi yang sama. Tidak ambil upah atau markup harga. Aplikasi Misi tetap dengan kaedah yang sama iaitu syarikat hanya mengenakan fee sebanyak 5% iaitu kos maintenance untuk memastikan aplikasi berjalan dengan baik. Dan cas yang lain hanyalah upah 100% terhadap rider/runner yang menghantar barang. Kalau kadar upah adalah RM5 untuk setiap 5KM pertama, income pendapatan sebagai Misi Express adalah RM5 100% tanpa ada penolakkan. Menarik bukan?

    Tugasan anda sebagai runner Misi Express adalah untuk menerima tempahan hantar apa apa produk dan barangan dari satu lokasi ke alamat lokasi yang ditetapkan. Minima upah yang ditetapkan oleh Misi Express adalah RM5 untuk 5KM pertama. Kemudian kadar upah bertambah mengikut setiap jarak 1KM. Ini adalah harga untuk rider/runner yang menggunakan motosikal. Anda boleh gunakan kenderaan lain seperti kereta, van, lori dan sebagainya yang mana sudah tentu kadar upahnya adalah lebih tinggi.

    Sila klik Daftar Rider di sini untuk menjadi runner Misi Express
    Sila klik Daftar Rider di sini untuk menjadi runner Misi Express
    Register sebagai rider runner Misi Express hantar barang melalui aplikasi MISI
    Register sebagai rider runner Misi Express hantar barang melalui aplikasi MISI

    Cara Daftar Misi Express

    • [ Daftar App Misi ] – sila klik link ini untuk mendaftar aplikasi Misi
    • Sila klik pada menu “Daftar Rider” seperti gambar di atas ini
    • Sila tick “Saya telah baca…….” sebagai tanda persetujuan dan klik seterusnya
    • Pilih Negeri dan pilih daerah iaitu tempat yang anda mahu melakukan tugasan dan klik seterusnya
    • Sila upload ke semua dokumen yang diminta
    • Sila isikan ke semua info yang diminta dan klik “Selesai Daftar”

    Setelah selesai mendaftar sebagai runner/rider bagi Misi Express, anda akan dipaparkan dengan kadar upah berdasarkan kenderaan yang anda guna untuk hantar barang berdasarkan jarak KM.

    Tiba tiba saya teringin pula hendak jadi runner bagi Misi Express. Sebabnya hanya satu. Saya adalah blogger kereta. Jadi saya ingin dapatkan pengalaman bagaimana jadi seorang rider Misi Express, hantar barang sebagai runner Misi Express dan jana income pendapatan sebagai pekerja sendiri Misi Express. Dan dari pengalaman ini semua saya dapatkan sebagai Misi Express yang menggunakan kereta sebagai kenderaan utama.

    Daftar Misi Express Hantar Barang Misi Express Misi Express Misi Rider Express Misi Runner Express Register Misi Express
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Berjaya dapat level Tier 3 untuk YouTube Affiliate Program Shopee June 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee Selepas Sebulan

    08/07/2025
    YouTube Shopping affiliate Shopee Malaysia

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.