MNP adalah singkatan kepada perkataan “Mobile Number Portability”. Ianya adalah proses untuk berpindah dari telco lama kepada telco yang baru tanpa menukar nombor telefon yang lama. Mudah cerita, MNP adalah proses untuk kekal nombor lama di dalam network rangkaian telekomunikasi yang baru. Saya kini adalah pengguna simkad postpaid Unifi. Dan berhasrat untuk menggunakan simkad prepaid OneCALL. Jadi saya perlu melakukan proses MNP simkad OneCALL. Bagaimana? Ikuti panduan yang saya sediakan ini untuk anda ikuti.
Pertama sekali anda kena faham, telco OneCALL adalah menggunakan network rangkaian dari TuneTalk. Dan anda kena faham yang TuneTalk menggunakan rangkaian Celcom. Dan anda juga kena faham yang Celcom sedang dalam proses menggabungkan syarikat telekomunikasi mereka dengan rangkaian Digi. Dengan kata lain, ketika anda menggunakan simkad OneCALL, rangkaian network anda sebagai pengguna adalah CelcomDigi selepas penggabungan selesai 100%. Jelas? Faham?

Cara Kekal Nombor Lama Kepada Simkad OneCALL
Saya tidak berminat bercerita panjang lebar berkenaan OneCENT. Kalau anda belum faham, sila klik link tentang OneCENT yang saya kongsikan di atas ini ya. Sila klik dan baca kaitan antara OneCENT dan juga OneCALL. Saya ringkaskan begini. OneCENT adalah program dan ianya adalah aplikasi untuk smartphone. Dan OneCALL pula adalah simkad. Jadi untuk anda mengunakan simkad OneCALL, anda WAJIB untuk install dan daftar melalui aplikasi OneCENT. Harap maklum. Saya teruskan kepada topik kita yang utama iaitu berkenaan cara untuk MNP simkad OneCALL.
Panduan Port Out MNP Simkad OneCALL
- [ Panduan Daftar OneCENT ] – Sila baca panduan step by step cara register OneCENT di sini
- [ Panduan Beli & Aktif Simkad OneCALL ] – Sila baca panduan step by step cara beli dan aktifkan simkad OneCALL di sini
- Anda kena buat dan selesaikan proses kedua dua di atas ini terlebih dahulu. Dengan kata lain, anda sedang menggunakan 2 simkad yang aktif. Simkad pertama adalah simkad lama dengan nombor telefon yang lama. Simkad kedua adalah simkad baru (OneCALL/TuneTalk) dengan nombor telefon yang baru.
- Cumanya step seterusnya adalah anda mahu, untuk guna dan kekal nombor telefon anda yang lama kepada simkad OneCALL anda. Dan proses ini namanya adalah proses untuk MNP. Jelas? Faham?
- STEP 1 : Muat turun dan install aplikasi TuneTalk terlebih dahulu;
- Sila buka (open) aplikasi TuneTalk
- Sila masukkan nombor telefon OneCALL atau scan sahaja barcode simkad OneCALL anda dan kemudian sila klik “Login with OTP”
- Sistem app TuneTalk akan detect dan kemudian sila pilih mode OTP samada melalui SMS atau email.
- Anda akan dapat nombor OTP dan akan secara automatik login ke dalam aplikasi TuneTalk

- Sila klik pada “More” dan klik pada “Extra Services”
- Sila klik pada “Switch to Tune Talk”

- Anda perlu pilih “Current Telco Provider” iaitu line yang anda gunakan sekarang dari nombor lama. Saya kes saya, saya mahu beralih dari Unifi kepada OneCALL. Jadi saya pilih Unifi Mobile

- Sila klik pada “Add Mobile Number” dan masukkan nombor telefon;
- Unifi : nombor telefon lama yang saya mahu kekalkan
- TuneTalk Number : nombor telefon simkad OneCALL
- Selepas siap, sila klik “Confirm” untuk sahkan
- Kemudian anda akan dipaparkan dengan detail berkenaan info nombor telefon lama saya dari Unifi akan dipindahkan kepada nombor telefon baru simkad OneCALL (TuneTalk).
- Jika info detail yang dipaparkan adalah betul, sila klik “Submit Now” dan klik “Confirm” untuk sahkan sekali lagi untuk berpindah kepada line rangkaian network TuneTalk

- STEP 2 : Dalam masa 24 JAM anda akan terima sms berkenaan permohonan anda untuk keluar dari telco lama. Dan proses ini dinamakan sebagai “Port Out”. Sila reply kembali sms berkenaan dengan mengikuti arahan yang tertera
- SILA BUAT DENGAN CEPAT!!!!!
- Dalam kes saya, saya dapat sms arahan untuk samada bersetuju untuk port out pada pukul 2.30 PM. Dan saya perlu reply arahan sms tersebut sebelum pukul 4.30 PM pada hari yang sama. Jadi kena alert dan cepat buat. Jika lambat, memang kena buat dan ulang step di apps TuneTalk sekali lagi. Memang ini adalah amalan yang biasa pihak Telco lakukan supaya kita susah untuk berpindah telco. Biasalah mereka mestilah hendak kekalkan pelanggan mereka kalau boleh.
- Jika tidak ada apa apa masalah terutamanya tiada bil telco tertunggak, permohonan untuk keluar (port-out) akan berjaya tanpa masalah dalam 24 jam juga.
- Simkad lama saya iaitu Unifi Mobile telah menjadi tidak aktif iaitu tiada signal
- Dan simkad OneCALL (TuneTalk) saya telah digantikan dengan nombor yang lama iaitu nombor yang saya mahu bawa dan kekal dari Unifi sebelum ini.
- Hanya selepas ini sahajalah baru anda boleh melanggan subscribe pakej plan telco yang OneCALL tawarkan.
- Jelas? Faham? Selamat mencuba!!!.
Akhir sekali, kenapa kena install dan gunakan aplikasi TuneTalk? Sebab simkad OneCALL memang menggunakan rangkaian dari TuneTalk. Jadi segala proses untuk kekal nombor lama memang kena melalui aplikasi TuneTalk. Tetapi di masa depan mungkin pihak OneCALL akan bawa fungsi tersebut boleh dilakukan melalui aplikasi OneCENT pula. Mana tahu. Kalau anda masih belum jelas, tonton sahaja video di atas ini iaitu panduan bagaimana cara untuk MNP simkad OneCALL. Selamat mencuba. BYE!!!.