Orang Malaysia sudah terbiasa dengan sebutan MEDICAL CARD yang berkaitan dengan insurans perubatan di hospital swasta. Jadi bila hendak ambil atau langgan pelan perlindungan perubatan, yang mereka cari adalah kad perubatan yang murah iaitu mampu milik di zaman di mana ke semua kos sara hidup meningkat naik dengan banyaknya. Jadi tidak hairan kalau ramai juga pemegang polisi insurans kesihatan terpaksa terminate kad perubatan mereka kerana bayaran caruman premium insurans naik berkali kali sampai tidak mampu dibuatnya.
Untuk pengetahuan anda. kebanyakkan penyedia insurans perubatan tidak lagi menawarkan kad fizikal. Yang ada adalah kad perubatan kesihatan dalam bentuk digital sahaja. Ini kerana kebanyakkan penyedia insurans sudah beralih kepada menggunakan aplikasi sahaja untuk proses submit guarentee letter (GL) ke hospital dan juga claim insurans. Dan pihak hospital pula hanya perlukan nombor kad pengenalan anda sebagai pesakit sahaja untuk buat semakan insurans anda samada masih aktif atau tidak. Yang anda perlu ada sekarang adalah adakah anda anda “Pelan Perlindungan Perubatan” atau tidak. Itu sahaja.
Pelan Perlindungan Perubatan Murah Bawah RM90 SEBULAN
Kenapa saya beriya iya mahu anda langgan pelan perlindungan perubatan yang saya recommend ini? Jawapannya adalah mudah. Sebab saya pengguna medikal kad dari AIA. Saya juga baca keluhan ramai pemegang polisi insurans kesihatan yang popular di Malaysia. Semua keluh sebab bayaran premium bulanan semakin mahal dan ramai juga yang terpaksa surrender polisi mereka kereta tidak lagi mampu bayar. Jadi apa pilihan yang anda? Hendak langgan medical card murah pula, nanti jumlah limit tahunan pula rendah dan tak berbaloi. Jadi macam mana?
Saya adalah ejen bagi “Program Komuniti We Kongsi“. Anda boleh klik link yang saya kongsikan dan baca untuk maklumat lanjut. We Kongsi adalah program perkongsian bil perubatan ahli dalam bentuk komuniti. Ianya bukan program insurans atau takaful ya. Apa maksud perkongsian bil perubatan ahli dalam bentuk komuniti? Ya, mana mana ahli dalam komuniti We Kongsi yang menerima rawatan di hospital swasta, segala bil perubatan akan dibayar secara kongsi sama banyak sesama ahli aktif di dalam program We Kongsi ini. masih tidak jelas? Saya ringkaskan seperti di bawah ini.
Cara We Kongsi Share Bayar Bil Perubatan Ahli
- Katakan ahli We Kongsi yang aktif ada seramai 1000 orang
- Katakan Ali di masukkan ke hospital swasta KPJ pada Januari 2025
- Jumlah bil hospital selama Ali mendapatkan rawatan di KPJ adalah sebanyak RM50K
- Maka jumlah bil perubatan Ali sebanyak RM50K akan dikongsi sama banyak dengan 1000 ahli WeKongsi
- Maka setiap ahli We Kongsi wajib menyumbang sebanyak RM50 untuk bulan Januari 2025
- Dengan kata lain, bayaran “perkongsian” sebagai ahli We Kongsi pada bulan Januari 2025 adalah sebanyak RM50 sahaja
- Done!!!
Apa yang dimaksudkan dengan pelan perlindungan perubatan bawah RM100 sebulan? Di dalam program komuniti We Kongsi, ada 2 jenis bayaran yang dikenakan pada setiap bulan. Dan kedua dua bayaran ini TIDAK LEBIH DARI RM90 SETIAP BULAN!!!. Jom saya kongsikan info mengenai jumlah bayaran dengan lebih detail di bawah ini.
Jenis Bayaran We Kongsi Setiap Bulan
- Bayaran Yuran Pengurusan (Management Fee)
- Bulanan : RM40 setiap bulan
- Setiap Kuarter Bulan : RM100 setiap 3 bulan
- Setiap Tahun : RM360 setahun sekali
- Bayaran management fee ini anda boleh pilih mahu bayar secara bulanan atau setiap 3 bulan atau hanya setahun sekali. Sudah tentulah bayaran tahunan adalah lebih murah. Dan bayaran ini adalah untuk kos pengurusan syarikat We Kongsi seperti bayar gaji pekerja, kos pengiklanan, maintanance aplikasi dan lain lain.
- Bayaran Perkongsian (Tabung)
- Bayaran tabung adalah seperti kisah Ali di atas yang telah saya kongsikan. Di We Kongsi, jumlah perkongsikan bulanan TIDAK AKAN LEBIH DARI RM50 setiap bulan. Bayaran perkongsian inilah bayaran yang dibuat untuk membayar bil perubatan ahli We Kongsi yang masuk wad dan mendapatkan rawatan di hospital
Kesimpulannya adalah, jika anda pilih untuk bayar yuran management fee secara bulanan, maka bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM40 setiap bulan. Dan jika bayaran tabung perkongsian dikenakan secara maksimum pada bulan itu, maka jumlah bayaran perkongsian adalah sebanyak RM50 pada bulan itu. Dengan kata lain, jumlah maksimum total yang anda kena bayar adalah sebanyak RM90 sahaja
TETAPI… jumlah bayaran perkongsian adalah tidak tetap sama pada setiap bulan. Kalau bil rawatan Ali di hospital KPJ cuma kena RM10K sahaja, maka jumlah bayaran perkongsian setiap ahli WeKongsi seramai 1000 orang ini cuma perlu share bayar RM10 sahaja. Kalau katakan jumlah bil hospital Ali adalah RM60K, maka seorang kena bayar RM60 betul? Tetapi di We Kongsi, jumlah maksimum bayaran perkongsian adalah RM50 sahaja sebulan dan baki RM10 akan di bawa ke bulan hadapan. Jelas? Faham?
Jadi kenapa perlu pilih dan langgan We Kongsi untuk ada pakej pelan perlindungan perubatan yang terbaik? Mudah sahaja. Jom saya kongsikan manfaat dan kelebihan We Kongsi untuk anda lebih jelas.
Manfaat & Kelebihan We Kongsi
- Limit tahunan kos perubatan setinggi RM1 juta setahun
- Ada khairat kematian sebanyak RM10K
- Rawatan kanser pesakit luar sebanyak RM100K setahun
- Ada elaun tunai harian sebanyak RM50/RM100 di hospital kerajaan
- Room & Board – RM150 / RM250 Sehari
- Perlindungan kemalangan sehingga RM10K
- Ada lebih 300 panel hospital seluruh Malaysia
- Ada kos perkhidmatan ambulan sebanyak RM250
- Perlindungaan perubatan SEUMUR HIDUP
Adakah program We Kongsi untuk anda selaku pengguna kenderaan seperti motosikal dan juga kereta? Jawapannya adalah ya. Kita sebagai pengguna kenderaan terdedah kepada risiko kemalangan. Jika itu berlaku, paling tidak kita ada jaminan dari segi perlindungan perubatan jika mahu mendapatkan rawatan yang selesa seperti di wad hospital swasta. Dan kita juga perlindungan kemalangan setinggi RM10K. Berbaloi? Memang berbaloi.
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Akhir sekali, program We Kongsi adalah program yang berkongsi kos perbelanjaan perubatan semasa ahli aktif dalam bentuk komuniti. Dengan kata lain, bayaran perkongsian bulanan akan jadi tidak tetap setiap bulan. Yang pasti, di We Kongsi bayaran perkongsian pasti tidak lebih dari RM90 sebulan maksimum. Menarik? Berminat? Jika ya, sila klik link di atas untuk daftar We Kongsi sekarang juga. BYE!!!.