Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Info

    Tentang Polish, Wax, Coating, PPF & Car Detailing

    adminBy admin05/11/2024Updated:12/11/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya kerap menghantar kereta untuk dicuci di kedai car wash. Dan selalu nampak banner iklan promosi berkenaan polish, wax, coating dan car detailing. Cuma saya kurang tertarik untuk ambil tahu berkenaan servis berkenaan. Mungkinlah saya akan ambil tahu kalau kereta saya kereta mahal atau sebuah kereta baru. Namun sejak banyaknya iklan dan promosi sana sini berkenaan servis perkhidmatan seperti ini, jadi saya mula hendak ambil tahu berkenaan apa itu dan perbezaaan antara polish, wax, coating, PPF dan juga detailing. Jom teruskan membaca.

    Kedai yang menjalankan dan menyediakan servis seperti polish, wax, coating, PPF dan car detailing ini sebenarnya adalah sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan KECANTIKAN KERETA. Tujuan utama adalah untuk menjaga cat dan sudah tentu untuk mencantikkan kereta anda. Dan dalam masa yang sama kesan tambahan yang lain adalah warna cat menjadi lebih cantik dan berkilat iaitu shining.

    Pusat Kecantikan Kereta 9Ners Detailing Studio Johor Bahru
    Pusat Kecantikan Kereta 9Ners Detailing Studio Johor Bahru

    Apa Itu Polish, Wax, Coating, PPF & Car Detailing

    Di artikel ini saya ingin kongsikan secara ringkas akan makna dan perbezaan dari setiap servis ini. Kalau saya dulu pun blur tentang servis seperti ini, saya pasti ramai diluar sana pun sama seperti saya. Saya selalu di offer oleh pekerja kedai cuci kenderaan untuk mengambil pakej cucian nano wax. Mereka sembur dengan cecair wax mungkin. Dan nampak permukaan cat kereta seperti ada satu lapisan lilin yang berikan kesan air mudah untuk lalu dan permukaan cat menjadi lebih licin. Jadi inilah sebab ada yang kata kalau sapu wax, kotoran debu tidak mudah melekat. Bolehlah. RM10 sahaja tambahan.

    Pakej harga untuk polish dan wax kereta dari 9NERS
    Pakej harga untuk polish dan wax kereta dari 9NERS

    Apa Itu POLISH

    • Kelebihan – Polish adalah proses untuk “menghilangkan kotoran”, “melicinkan” dan “mengilatkan” permukaan apabila disentuh oleh tangan. Kalau cat kereta anda sudah lama, nampak kusam dan ada kesan calar calar halus, maka proses untuk mengembalikan cat kenderaan nampak berkilat semula, maka anda kena lakukan proses “polish”. Proses polish juga bertujuan untuk membuang kotoran yang tidak dapat dibuang ketika anda membasuh kereta secara biasa. Jelas? Faham?
    • Kekurangan – Tidak memberikan apa apa perlindungan terhadap cat kereta anda

    Apa Itu WAX

    • Kelebihan – Wax adalah proses untuk memberikan satu lapisan perlindungan terhadap cat kereta anda. Adalah lebih baik anda melakukan proses wax selepas anda melakukan proses polish. Kos untuk buat wax adalah lebih murah berbandung melakukan proses coating.
    • Kekurangan – Biasanya lapisan Wax hanya bertahan selama 3 bulan sahaja bergantung kepada kualiti wax yang digunakan. Lapisan wax terhakis kerana faktor panas dan lembab.
    Hasil kereta Perodua Aruz buat ceramic coating di 9NERS Studio Johor Bahru
    Hasil kereta Perodua Aruz buat ceramic coating di 9NERS Studio Johor Bahru

    Apa Itu COATING

    • Kelebihan – Coating adalah proses untuk menambahkan satu lapisan untuk melindungi permukaan cat selepas proses polish dilakukan. Proses coating adalah lebih lama dan lebih rumit. Ia adalah kerana proses seperti membetulkan warna (colour correction) dan tambahan kilat (gloss enhancement) akan dilakukan terlebih dahulu sebelum proses coating dilakukan. Lapisan coating boleh bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul. Kereta tidak mudah kotor dan kereta akan sentiasa nampak berkilat.
    • Kekurangan – kos lebih mahal
    Buat car detailing untuk kereta Proton Iriz di 9NERS Studio Johor
    Buat car detailing untuk kereta Proton Iriz di 9NERS Studio Johor

    Apa Itu DETAILING

    • Kelebihan – Car detailing adalah proses pembersihan dan baik pulih kereta secara terperinci melibatkan bahagian luaran dan dalaman kenderaan. Tujuan utama untuk kereta nampak kemas, bersih dan terjaga rapi. Kereta akan di vacum dan steam untuk proses pembersihan dan pengudaraan yang baik dan dalam masa yang sama mampu mengurangkan pembiakan bakteria. Dalam kereta akan nampak macam baru.
    • Kekurangan – kos mahal
    Buat paint protection film PPF untuk kereta Honda PPF di 9NERS Studio Johor
    Buat paint protection film PPF untuk kereta Honda PPF di 9NERS Studio Johor

    Apa Itu PPF

    • Kelebihan – Maksud PPF adalah “paint protection film”. Tujuan sama seperti proses Wax dan juga Coating. PPF adalah proses untuk memasang lapisan pada cat kereta anda supaya dilindungi dari batu kerikil, kotoran jalan raya, penguningan cat, hujan asid, kotoran burung dan kotoran lain pada cat kenderaan anda. Dengan PPF, akan ada lapisan filem jenis transparent yang akan melindungi cat kereta anda.
    • Kekurangan – kos mahal

    Sila pastikan dan confirmkan dengan kedai yang menawarkan servis coating itu adakah harganya termasuk dengan proses polishing. Kita bimbang anda hanya teruja dengan kos bayaran untuk buat coating sedangkan bayaran akhir kena campur sekali dengan kos bayaran polish yang akan membuatkan anda terkejut dengan kos tersebut.

    Jangan tertipu dengan tawaran harga murah servis polish, wax dan coating ya. Semua orang boleh beli alat untuk mencantikkan kereta. Tetapi tidak semua orang ada skill dan kemahiran untuk melakukan proses tersebut. Kalau boleh, mana mana kedai pusat kecantikan kereta yang anda kunjungi mempunyai feedback maklum balas dari pengguna yang bagus dan memuaskan. Bayaran untuk mendapatkan servis seperti polish, wax, coating dan detailing adalah mahal. Jadi sila pastikan wang yang anda laburkan itu adalah berbaloi.

    Pakej harga untuk ceramic coating kereta dari 9NERS
    Pakej harga untuk ceramic coating kereta dari 9NERS

    Di atas ini adalah penerangan serba ringkas agar anda tahu perbezaan antara Polish, Wax, Coating, PPF dan Car Detailing ya. Kos yang dikenakan mungkin berbeza dari satu kedai dengan kedai kecantikan kereta yang lain. Harap maklum.

    Book Untuk Servis Polish, Wax, Coating, PPF

    • [ Whatsapp ] – sila klik link ini untuk booking slot untuk mendapatkan servis perkhidmatan polish, wax, coating, PFF atau car detailing di 9Ners Studio Johor Bahru. Dapatkan diskaun sebanyak RM10-RM20 dari harga sebenar.

    Jika anda ke kedai kecantikan kereta 9NERS Detailing Studio di JB. Harga yang dipaparkan adalah harga sebenar. Jika anda booking melalui link Whatsapp di atas ini, saya akan pass Nama & Nombor plate kereta anda kepada 9NERS Studio dan anda akan mendapat potongan diskaun sebanyak RM10/RM20 dari jumlah yang anda akan bayar nanti. Booking melalui saya sekarang dan datang ke kedai 9NERS Studio dan nyatakan anda datang dari website ini untuk sahkan kelayakkan anda mendapatkan diskaun promosi ini. Jelas ya. BYE!!!.

    9NERS 9NERS JB 9NERS Johor Bahru 9NERS Studio Car Detailing 9NERS Coating Kereta 9NERS Harga 9NERS Kedai 9NERS Kedai Kecantikan Kereta 9NERS Pakej 9NERS Perkhidmatan 9NERS Polish Kereta 9NERS PPF Kereta 9NERS Promosi 9NERS Servis 9NERS Wax Kereta 9NERS
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.