Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang
    Info

    Scam Kereta Import Mitsubishi Triton Penang

    adminBy admin14/04/2025Updated:14/04/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya telah mendapat pertanyaan melalui Whatsapp berkenaan beli kereta import di port. Beliau minta saya bantu. Dan kereta yang beliau mahu beli itu adalah dari brand jenama Mitsubishi Triton. Di sini saya sudah kesan adanya “red flag” iaitu tanda tanda yang beliau berkemungkinan besar telah kena scam. Dan tekaan saya adalah benar. Dan biasanya bakal pembeli kereta import terpakai ini akan menghubungi saya selepas mereka membuat bacaan di posting scam beli kereta import di port tulisan saya sebelum ini dan mereka jadi ragu ragu samada untuk teruskan pembelian atau tidak.

    Untuk pengetahuan anda TIDAK BOLEH BELI KERETA DI PORT!!!. Ramai bakal pembeli kereta import terpakai iaitu kereta recon merasakan mereka telah dapat jackpot apa bila berjaya deal untuk beli kereta import terpakai dengan harga murah. Mereka sanggup keluarkan deposit semata mata bagi memastikan kereta tersebut dibooking khas untuk mereka sahaja. Sebenarnya mereka ini iaitu anda telah berjaya ditipu.

    Ambil kereta terpakai import Mitsubishi Triton di port Butterworth Penang
    Ambil kereta terpakai import Mitsubishi Triton di port Butterworth Penang

    Scam Beli Kereta Recond Di Penang Port

    Mana tidaknya, harga kereta Mitsubishi Triton recond tahun 2019 yang ditawarkan adalah berharga RM59K. Sedangkan rata rata kedai used car jual kereta yang sama dari tahun keluaran yang sama dengan harga RM75K dan ke atas. Jadi kepada orang awam biasa memang akan mudah kena tipulah. Rasa macam menang dan berjaya beli dan dapatkan kereta dengan harga murah. Saya pun boleh kena tipu juga dengan iklan seperti ini. Waktu dulu dululah. Sekarang saya sudah pandai sedikit. Hahaha.

    Saya bertanya sendiri kepada staf yang bekerja di kedai yang menjual kenderaan import recond ini. Boleh ke beli dan booking kereta di port pelabuhan. Jawapan mereka adalah 100% tidak boleh. Yang betul adalah, anda beli kereta terus melalui dealer iaitu di showroom kedai tersebut. Dari jawapan ini bolehlah kita anggap bila ada promosi jual kereta import murah dengan cara booking di port pelabuhan, anda boleh terus anggap ianya scam 100% selepas ini.

    Jawapan kedai kereta recond berkenaan scam ambil kereta di port
    Jawapan kedai kereta recond berkenaan scam ambil kereta di port

    Saya juga adalah seorang ejen dan broker yang menjual kereta recond. Dan saya hampir tidak tahu kalau kalau kereta Mitsubishi Triton ada di bawa masuk secara import terpakai untuk dijual sebagai kenderaan recond di Malaysia. Jujur saya tidak tahu. Cuma dari pengalaman saya menjual kereta recond, majoriti kereta recond dijual dengan harga RM100K dan ke atas lah. Tiba tiba anda boleh beli kereta Mitsubishi Triton recond dengan harga RM59K pula. Macam too good to be true lah bak kata orang putih.

    Caj Upah Untuk Bawa & Ambil Kereta Di Port

    • Duit/ Wang Proses :  RM2500
    • Roadtax/Insurans : RM3523
    • Kastam : RM4800

    Beliau telah pun membayar sebanyak RM6K untuk bayaran pemproses, roadtax cukai jalan dan juga insurans untuk kereta Mitsubishi Triton tersebut. Hanya selepas di minta untuk membuat bayaran sebanyak RM4800 untuk pelepasan pihak kastam, barulah beliau membuat carian di internet dan menghubungi saya untuk meminta bantuan pendapat dan nasihat. Saya minta beliau STOP BUAT BAYARAN 100%!!!. Anggap sahaja bayaran RM6K sebelum ini dikira burn iaitu hangus atas sebab kesilapan beliau sendiri.

    Atas nasihat saya, beliau pun membatalkan niat untuk meneruskan pembelian kereta Mitsubishi Triton import tersebut. Tapi apa yang berlaku. Pihak scammer ini membuat taktik tekanan dengan meminta beliau membuat bayaran (cancel fee) sebagai proses pembatalan perjanjian jual beli kereta tersebut.

    Kena bayar jika cancel batalkan untuk booking dan beli kereta recond di port
    Kena bayar jika cancel batalkan untuk booking dan beli kereta recond di port

    Kos Pembatalan Pembelian Kereta Di Port

    • Cancel Fee : RM1850
    • Cagaran : RM2500 (refund)
    • Roadtax/Insurans : RM3523 (refund)

    Pihak scammer meminta beliau membuat pembayaran sebanyak RM1850 jika ingin membatalkan proses pembelian kereta tersebut. Dan pihak scammer akan memulangkan semula duit refund. Saya minta beliau STOP BUAT BAYARAN TAMBAHAN 100%!!! Sudah lah beliau telah kena tipu sebanyak RM6K sebelum ini. Mahu cancel kena bayar pula lagi sebanyak RM1850. Jangan kena tipu dua kali ya. Dan jangan percaya janji pihak scammer untuk buat pemulangan wang iaitu refund semula. Anda memang tidak akan dapat wang anda semula. Percayalah.

    Beliau iaitu bakal pembeli Mitsubishi Triton bimbang kalau kalau maklumat kad pengenalan yang beliau berikan sebelum ini di salah guna oleh scammer tersebut. Nasihat saya mudah sahaja. Sila buat laporan polis. Jadi kalau berlaku apa apa kesalahan jenayah selepas itu, paling tidak beliau sudah ada backup yang menyatakan beliau telah ditipu oleh scam jual beli kereta di port pelabuhan Pulau Pinang.

    Contoh dokumen kastam palsu oleh scammer import kereta recon di Penang port
    Contoh dokumen kastam palsu oleh scammer import kereta recon di Penang port

    Malah yang lebih membimbangkan adalah, scammer import kereta terpakai recond juga mempunyai lampiran dokumen dari kastam yang nampak menyakinkan. Semua ini adalah untuk mengelabui anda dan nampak macam betul dan sah. Harap anda jangan mudah tertipu.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Kes ini berlaku di Penang. Dan scammer menggunakan pelabuhan port Butterworth di Pulau Pinang sebagai tempat untuk menutup aktiviti mereka. Jadi gambar kereta dan gambar kedai yang mereka share kongsikan hanyalah untuk menutup aktiviti penipuan akan scam yang mereka jalankan. Kalau anda benar mahu beli kereta recond dengan cara yang sah, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.