Sebelum anda membeli sebuah kereta terpakai tidak kiralah samada beli dari kedai used car atau terus beli secara direct owner, sila pastikan yang anda semak status kereta terpakai tersebut terlebih dahulu. Tidak perlu tanya status semasa kenderaan tersebut kepada kedai yang menjual kereta second hand tersebut. Mereka hendak menjual kereta. Sudah pastilah mereka akan cakap kereta yang mereka jual adalah dalam keadaan tip top terbaik.
Dan jangan tanya kondisi keadaan kereta dari pemilik iaitu owner kereta tersebut. Beliau mahu kereta tersebut dapat dijual dengan segera. Sudah pastilah beliau akan cakap kereta tidak pernah rosak, accident dan sebagainya. Yang boleh anda lakukan adalah, anda buat semakan sendiri dengan check rekod kereta terpakai menggunakan servis yang menawarkan laporan berkenaan status sejarah claim insurans kereta tersebut. Ini penting. Kenapa?

Cara Check Status Kereta Terpakai
Tuan tuan dan puan puan. Bila anda membeli dan memiliki kenderaan. Adalah wajib bagi anda untuk melanggan insurans kenderaan setiap kali anda renew roadtax cukai jalan anda. Tujuannya adalah bagi memastikan kenderaan anda akan diberikan jaminan pembaikkan jika berlaku kerosakkan akibat dari kemalangan dan bencana alam. Dan pemilik kereta pasti akan buat tuntutan claim insurans bagi proses baiki kenderaan mereka. Mana ada orang yang sanggup keluar modal dan duit sendiri 100% untuk tanggung kos tersebut. Itulah gunanya insurans.
Apabila kereta pemilik kereta mengalami keadaan seperti accident, cermin pecah, banjir, pokok tumbang dan sebagainya. Sudah pastilah mereka akan claim insurans. Dan dari report tuntutan insurans inilah kita akan tahu apakah SEJARAH di sebalik kereta terpakai yang kita mahu beli itu. Adakah penjual berkata benar atau sedang menipu anda.
Di sinilah peranan pihak ketiga. Mereka menawarkan servis perkhidmatan seperti memberikan laporan report claim insurans kereta tersebut jika ada. Disebabkan mereka ini buat kerja dan sudah tentulah kerja mereka ini tidak percuma. Anda kena beli dan bayar untuk dapatkan laporan insurans report ini.

2 Servis Yang Patut Anda Guna Sebelum Beli Kereta Terpakai
- [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
- [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
SCRUT adalah penyedia perkhidmatan yang menyediakan report laporan berkenaan sejarah claim tuntutan insurans kereta terpakai di Malaysia. Jadi kalau anda mahu dapatkan report untuk kereta yang anda mahu beli, sila dapatkan melalui link scrut di atas ini ya.
EZcare pula menawarkan perlindungan jaminan warranty secara pihak ketiga untuk kereta terpakai. Jadi bila anda mahu beli kereta second hand, kalau penjual tidak menawarkan apa apa warranty yang jelas, lebih baik anda sendiri beli warranty dari luar contohnya dari EZcare ini. Harap maklum ya.
Sedikit nasihat. Anda bukan mahu beli kereta baru. Kereta yang anda mahu beli itu adalah kereta jenis terpakai iaitu kereta second hand. Jadi anda memang tidak tahu pun apakah keadaan kereta yang anda mahu beli itu. Baikkah. Ok kah. Walau apa pun condition keadaan kereta tersebut, paling tidak dengan report sejarah claim insurans kenderaan kalau anda dapat membantu anda membuat keputusan sebelum bersetuju untuk meneruskan pembelian kereta berkenaan. Jelas? Faham? BYE!!!.