Artikel sebelum ini saya ada berkongsikan panduan bagaimana cara beli kereta import terpakai di Malaysia. Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda lebih detail dan terperinci mengenai jenis jenis kenderaan mewah terpakai yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Maklumlah, ramai yang pernah dengar tentang beli kereta recond. Tetapi tidak ramai tahu apakah senarai jenis jenis kereta recon yang dibawa masuk dan dijual di Malaysia. Berminat hendak tahu? Jom teruskan baca.
Pertama sekali anda kena faham. Majoriti kenderaan import terpakai adalah dari jenis kenderaan yang berstatus mewah. Kalau tidak mewah pun, ianya adalah dari jenis yang tidak ada dijual atau “rare” iaitu jarang dilihat oleh orang kebanyakkan terutamanya orang Malaysia. Tetapi ada sahaja orang dari Malaysia yang ada kemampuan kewangan tetapi mereka tidak dapat memiliki kereta seperti ini. Tidak mungkin mereka boleh beli kereta baru yang tidak dijual di Malaysia. Mahu tidak mahu terpaksa memiliki kereta dengan status kereta import terpakai. Jelas? Faham?

List Senarai Kereta Import Terpakai (Recond Car)
Kedai yang menjual kereta recond ini adalah kedai yang memiliki dan memegang lesen AP iaitu AP Holder. Mereka ada hak untuk mengimport masuk kenderaan terpakai dari luar negara ke dalam Malaysia. Dan kereta yang dibenarkan untuk diimport masuk ke Malaysia adalah kenderaan terpakai mewah iaitu kereta recond. Harap anda jelas berkenaan hal ini. Ok sekarang kita akan fokus kepada tajuk utama kita iaitu apakah jenis kereta import terpakai yang dibawa masuk ke Malaysia.
Dan kali ini saya ingin berkongsian info tentang senarai kedai kereta import terpakai. Kedai yang saya maksudkan ini bukanlah senarai cawangan kedai yang menjual kereta recond seluruh Malaysia. Tetapi hanya kedai yang menjadi “wakil” kepada kami selaku ejen yang mempromosikan dan menjual kenderaan terpakai import mewah sebagai salah satu pilihan yang boleh anda pertimbangkan. Jelas? Setuju?
Senarai Kereta Mewah Import Terpakai
- TOYOTA – ALPHARD, VELLFIRE, VOXY, NOAH, ESTIMA, GR86 RZ, GT86, SUPRA, HARRIER, LANDCRUISER, ROOMY, GRANACE
- DAIHATSU – TAFT G TURBO, MOVE CANBUS STRIPES G TURBO
- HONDA – ODYSSEY, SPADA STEPWAGON, CIVIC TYPE-R, NBOX,
- SUZUKI – SUZUKI SWIFT SPORT, JIMNY
- LEXUS – RX300 F, RX350 F, NX300, NX350F SPORT
- MERCEDES BENZ – A180, A200, A220, A250, A35, A45, C180, C200, CLA180, CLA250, CLA45, GLA45, GLC250, EQC400
- BMW – BMW MINI
- RANGE ROVER – RANGE ROVER SPORT
- VOLKSWAGEN – GOLF GTI PERFORMANCE,

Kalau dilihat dari senarai jenis kereta import terpakai yang dibawa masuk ke Malaysia ini, apa yang anda boleh faham? Majoriti kereta memang tidak ada dijual di Malaysia. Majoriti kereta adalah dari kategori mahal. Dan majoriti kereta adalah dari kereta jenis prestasi tinggi. Dan yang paling penting anda boleh memiliki kereta ini dengan harga “sedikit” lebih murah dari harga pasaran yang dijual di Malaysia.
Sebelum saya terlupa, salah satu sebab lain kenapa orang mahu beli kereta recond import terpakai ini adalah kerana kualiti. Kita bercakap tentang kereta yang dibuat direct dari Jepun dan United Kingdom ya. Mereka ada undang undang bagaimana kereta perlu dihasilkan. Kereta buatan negara Jepun dan UK yang dibuat melalui kilang dari Malaysia adalah berbeza kualiti kerana kilang di Malaysia sudah tentu akan menggunakan part dan supplier tempatan. Jadi anda boleh nampak sebab kenapa orang beli kereta recond kan.

Saya bagi contoh mudah. Anda mahukan kelainan. Anda ada bajet sebanyak RM100K atau ada kemampuan untuk beli dan buat loan setinggi RM100K. Dan anda mahukan sebuah kereta yang nampak rare dan unik dari orang lain. Maka pilihan yang ada adalah anda beli kereta import terpakai Daihatsu Taft G Turbo yang dijual bawah RM100K seperti gambar di atas ini. Cantik? Ya saya sendiri suka dengan design reka bentuk kereta ini. Inilah dia contoh kereta recond.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta kereta import terpakai dari Jepun atau UK ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta termasuk harga. Berkenaan jumlah bayaran bulanan pula, saya akan minta sales advisor untuk bercerita lanjut dengan anda. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta recond tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu dengan kos penghantaran ditanggung 100% oleh anda. Selamat membeli kereta recond import terpakai yang berkualiti tinggi dari kami. BYE!!!.