Semalam saya mendapat pertanyaan dari seorang individu yang berhasrat untuk beli kereta recond. Cumanya beliau terus berterus terang mengatakan yang beliau ada masalah SA dengan pihak bank. Saya ingatkan SA yang beliau maksudkan adalah tentang sales advisor rupa rupanya SA yang di maksudkan adalah “Special Attention”. Dan jujur cakap, saya memang tidak tahu apa apa berkenaan isu special attention ini dan saya terus tanyakan kepada pihak yang berkaitan untuk faham isu dan sebabnya.
SA yang dimaksudkan oleh pihak bank adalah Special Attention Account (SAA). Di dalam bahasa Malaysia ianya bermaksud “Akaun Dibawah Pemerhatian Khas”. Dan perkataan SAA ini dinyatakan di dalam laporan CCRIS report. Sudah lah kalau rekod ccris tidak cantik tidak elok. Siap ada tertulis SAA lagi. Memang lagi teruklah sebenarnya. Saya tanyakan kepada individu ini tentang kenapa dan macam mana boleh dapat status SAA di dalam akan bank beliau?

Cara Settle Special Attention Account (SAA) Loan Bank
Kisahnya ketika di zaman PKP, beliau tidak ada kerja dan sudah tentu tidak boleh menjelaskan bayaran bulanan loan bank yang beliau ada ketika itu. Kalau rekod pembayaran tidak cantik, maka ianya sudah pasti menjejaskan skor ccris beliau. Dan bila tidak boleh bayar langsung, maka akaun bank beliau terus diletakkan di dalam status pemerhatian khas yang kita sebut sebagai special attention account (SAA). Barulah saya faham. Jadi boleh atau tidak untuk memohon dan dapatkan pinjaman loan dari bank?
Bayangkan anda pernah beli kereta berharga RM50K. Dan selepas itu tidak boleh buat bayaran kerana masalah kewangan. Kereta kena tarik dan dilelong dengan harga RM30K. Anda masih ada hutang dengan pihak bank sebanyak RM20K lagi. Sekarang anda sudah ada kerja dan kewangan sudah mulai pulih. Anda mahu beli kereta, tetapi gagal mendapatkan pinjaman hire purchased dari pihak bank akibat hutang lama. Berhajat dan perlu sangat sangat untuk ada kereta tetapi tidak ada duit RM20K untuk settle loan kereta lama. Macam mana?
Saya sudah bertanya langsung dengan pihak Carsome dan juga kedai used car yang biasa. Mereka memberikan jawapan bahawa kepada mana mana individu yang ada masalah kes special attention account (SAA) memang tidak boleh mendapatkan apa apa loan pinjaman dari pihak bank. Dengan kata lain, kalau anda mahu beli kereta dengan mendapatkan pembiayaan dari bank memang tidak boleh.
Dan oleh kerana individu ini mahu beli kereta recon, maka saya bertanya juga kepada kedai kereta import terpakai yang saya wakili ini berkenaan isu SAA ini. Ya, jawapan beliau juga adalah sama. Malah beliau mengatakan bahawa masalah SAA ini lebih berat berbanding masalah akaun CTOS dan juga CCRIS.

Logik juga. Biasanya masalah ctos atau ccris adalah kerana masalah pembayaran yang tidak baik. Sedangkan masalah SAA pula adalah berkenaan tiadanya pembayaran langsung lebih dari 3 bulan berturut turut. Anda boleh perbaiki rekod ctos ccris anda dengan memulakan tabiat pembayaran mengikut jadual. Sedangkan masalah special attention account (SAA) memang kena setelkan ke semua jumlah hutang tunggakkan loan yang anda ada dengan pihak bank. Jadi memang berat lah isu ini.
Jadi macam mana hendak beli kereta kalau ada masalah special attention account (SAA)? Jawapannya adalah anda memang kena settle 100% jumlah tunggakkan yang mengakibatkan akaun pinjaman terdahulu anda dapat status special attention account (SAA) ini. Kalau tertunggak 4 bulan, kena setle semua tunggakkan. Biasanya memang boleh. Cumanya kalau jumlah tunggakkan terlalu besar, memang susah hendak settle kecuali anda memang ada cash reserve tunai yang banyak. Mudah cerita, hubungi pihak bank dan minta bantuan jalan penyelesaian isu SAA anda.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ BeliKeretaBaru ] – link untuk pembelian kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota & lain lain
- [ BeliKeretaTerpakai ] – link untuk pembelian kereta terpakai di Carsome, MyTukar (Carro)
- [ BeliKeretaRecond ] – link untuk pembelian kereta import terpakai (recond)
Penulisan ini adalah hanyalah perkongsian pandangan sahaja dan bukan jalan penyelesaian. Tetapi saya pasti ianya memberikan sesuatu kepada anda bukan? Kalau anda hendak beli kereta baru, kereta terpakai atau kereta recond, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. Anda juga boleh mendapatkan bantuan submit loan kereta ke bank melalui saya. Berminat sila hubungi saya sekarang juga ya. BYE!!!.