Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss
    Kereta Terpakai

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    adminBy admin14/05/2025No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Jangan ingat bila anda beli kereta terpakai dari model baru tidak akan terbeli sebuah kenderaan yang pernah terlibat dalam kemalangan dan di ishtihar sebagai kereta total loss oleh pihak insurans ya. Contohnya macam kes saudara ini. Berminat hendak beli kereta terpakai Toyota Corolla Cross. Tapi nasib baik beliau cerdik sedikit. Beliau buat semakan claim insurans kereta tersebut. Dan hasilnya adalah, kereta tersebut adalah sebuah kenderaan total loss. Terus tidak jadi beli kereta Corolla Cross tersebut.

    Apabila berlaku kemalangan (accident), biasanya pihak insurans akan menanggung kos pembaikkan kereta tersebut berdasarkan nilai atau jumlah yang dipersetujui ketika anda mengambil polisi insurans kenderaan anda. Tetapi apabila kos pembaikkan mencapai atau melebihi 60% dari jumlah coverage yang dibenarkan, biasanya pihak insurans akan reject untuk menanggung kos tersebut dan kereta anda terpaksa di ishtihar sebagai kenderaan total loss. Kalau kereta yang anda beli itu adalah kereta baru oklah. Tapi kalau kereta terpakai? Jangan ambil risiko lah.

    Pandangan Hadapan Tepi Toyota Corolla Cross Merah
    Pandangan Hadapan Tepi Toyota Corolla Cross Merah

    SCRUT Kereta Terpakai Toyota Corolla Cross

    Ya, Toyota Corolla Cross adalah sebuah kereta dari model yang baru. Ianya dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2022. Dan anda pun pasti teruja untuk membeli dan memiliki kereta dari model yang baru tersebut walaupun kereta yang anda ingin beli itu adalah dari kedai used car. Asalkan ianya dari model baru dan nampak cantik di mata anda, maka anda pasti hendak cepat cepat sambar dan beli kereta tersebut. Cuma kalau anda bijak sedikit, buat semakan terlebih dahulu agar anda tidak terbeli sebuah kenderaan yang pernah accident walaupun ianya dari model yang baru.

    Maklumlah, kereta Toyota Corolla Cross baru dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022. Sekarang pada tahun 2025 sudah ada di kedai used car pula. Tidak mungkin la pemilik mahu jual kereta tersebut walau hanya pakai selama 3 tahun sahaja. Mungkin kereta kena tarik sebab tidak mampu bayar. Atau mungkin kerana tidak seronok untuk memandu kereta tersebut dalam jangka panjang. Atau mungkin kereta sudah terlibat kemalangan. Pemilik mahu terus jual sahaja supaya tidak pening kepala dikemudian hari. Jadi anda sebagai bakal pemilik yang mahu beli kereta terpakailah kena bijak.

    Kereta terpakai Toyota Corolla Cross Total Loss
    Kereta terpakai Toyota Corolla Cross Total Loss

    Individu ini membuat semakan terhadap kereta Toyota Corolla Cross terpakai di kedai used car. Kereta nampak cantik. Masuk dalam kabin pun pasti lah terasa sedap dan selesa. Maklumlah kereta dari model baru. Kedai yang menjual kereta terpakai pun pastilah sudah kemaskan kereta tersebut. Biasalah mereka mahu pastikan kereta yang mereka jual itu terjual. Selepas semakan dibuat, ternyata kereta Toyota Corolla Cross ini adalah kereta bekas kemalangan total loss.

    Kereta yang pernah ada rekod total loss ini biasanya pernah mengalami kemalangan yang teruk. Ya, kereta berkenaan telah diperbaiki semula. Kalau lihat pada mata kasar kereta nampak ok dan cantik. Tetapi tahukah anda tentang pengalaman pemanduan dan keselamatan ketika memandu? Anda boleh jamin. Adalah baik kalau anda tidak teruskan pembelian. Atau jika anda mahu beli juga, sila paparkan rekod total loss kepada kedai tersebut dan minta dikurangkan harga. Biasanya kedai akan terima sebab anda bawa bukti.

    Saya selalu ulang banyak kali kepada mereka termasuk anda diluar sana yang sedang mencari kereta terpakai. Sila buat semakan claim insurans kereta yang anda ingin beli tersebut. Cuma dapatkan nombor chasis atau nombor plat sahaja. Paling tidak anda akan ketahui sejarah kemalangan kenderaan tersebut jika anda. Semak di mana? Semak melalui link Scrut di bawah ini.

    Kalau beli kereta terpakai, jangan pakai suka suka beli sahaja. Kalau anda beli kereta mahal lagilah kena hati hati. Kena pastikan kereta yang anda ingin beli itu ada pelindungan jaminan kerosakkan. Jadi sila beli warranty tambahan di EZcare di link di bawah ini ya.

    Servis Yang Patut Anda Guna Sebelum Beli Kereta Terpakai

    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
    • [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
    • [ Staff Carsome ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff Carsome untuk membeli kereta terpakai di kedai Carsome
    • [ Staff MyTukar ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff MyTukar untuk membeli kereta terpakai di kedai Carro

    Kesimpulannya, jika anda mahu beli kereta terpakai, sila lakukan Scrut terlebih dahulu. Jika kereta clear dari sejarah claim insurans akibat apa apa kes accident atau hanya kemalangan kecil, sila ambil perlindungan warranty dari EzCare. Dan jika anda tidak mahu pening kepala untuk mencari kereta terpakai di kedai used car yang berkualiti, saya bantu anda dengan bantuan staff yang bekerja terus di Carsome atau MyTukar (Carro) untuk anda berhubung secara langsung melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya harap panduan Scrut kereta Toyota Corolla Cross di atas ini memberikan input berguna kepada anda. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli kereta Mazda 2 terus dari owner dan submit loan bank melalui kedai used car

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    Beli kereta recond kena bayar puspakom

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025
    Scrut sebelum beli kereta terpakai supaya tidak terbeli kereta TOTAL LOSS

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025
    Kisah beli kereta terpakai Mercedes Benz GLC 250 guna report SCRUT

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.