Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss
    Kereta Terpakai

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    adminBy admin13/05/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Di Malaysia, kereta MPV mewah yang paling mendapat permintaan tinggi adalah Toyota Alphard dan juga Toyota Vellfire. Kereta yang baru pun orang suka. Kereta terpakai yang dijual di kedai used car pun ramai cari. Kereta Alphard dan Vellfire pun berlambak kedai recond yang menjual kenderaan import mewah terpakai. Sebab apa? Sebab ada demand yang tinggi antara kedua model variant ini. Tapi itulah, kalau dah nama pun kereta terpakai, jangan sampai tersilap beli kereta yang ada rekod “TOTAL LOSS”. Macam mana hendak tahu?

    Kisah ayah saya dulu dulu lah. Ayah pernah memandu sebuah kereta Proton Wira. Hendak balik ke rumah pada waktu malam dan kebetulan hari hujan lebat. Dan entah kenapa kereta melanggar pembahagi jalan, kereta terus perosok ke atas dan body frame kereta bengkok dan kemek teruk. Apa yang bengkel kereta katakan? Ada 2 pilihan samada mahu baiki dan buat balik semula dan insurans tanggung atau declare sebagai total loss. Adik saya selaku pemilik kereta berkenaan membuat pilihan untuk declare kereta tersebut sebagai total loss sebab kereta tersebut sudah berusia agak lama dan tidak lagi selamat dipandu pada masa kini.

    Pengalaman hampir beli kereta accident kemalangan total loss selepas buat semakan SCRUT
    Pengalaman hampir beli kereta accident kemalangan total loss selepas buat semakan SCRUT

    Kisah SCRUT Kereta Terpakai Toyota Vellfire Yang Total Loss

    Jadi apa yang kita boleh belajar dari kisah ini? Rupa rupa rupanya kereta yang mahu di iktiraf sebagai total loss pun boleh diperbaiki. Cuma selepas dibaiki, pengalaman memandu kereta tersebut pasti berubah lah. Kalau pun kereta total loss boleh dibaiki semula dan boleh dipandu dengan selamat, namun sejarah yang kereta tersebut pernah kemalangan accident teruk adalah rekod yang tidak boleh diubah. Kalau anda sebagai bakal pembeli kereta dan lihat gambar kereta tersebut ketika total loss, anda mahu teruskan pembelian kereta tersebut walaupun kini di depan mata anda yang kereta tersebut nampak cantik?

    Sama juga lah halnya dengan bakal pembeli kereta Toyota Vellfire ini. Beliau bertanya kepada kedai samada kereta pernah accident atau tidak. Jawapan standard kedai adalah kereta tidak pernah accident. Tetapi beliau sempat mengambil maklumat berkenaan nombor chasis dan juga nombor plate kereta Vellfire berkenaan. Selepas membuat semakan claim insurans kereta tersebut, ternyata kereta tersebut pernah dikategorikan sebagai TOTAL LOSS. Nasib baik scrut dulu.

    Scrut sebelum beli kereta terpakai supaya tidak terbeli kereta TOTAL LOSS
    Scrut sebelum beli kereta terpakai supaya tidak terbeli kereta TOTAL LOSS

    Gambar kedua di atas ini adalah report dari SCRUT yang menunjukkan kereta Toyota Vellfire memang confirm YES sebagai Total Loss. Kereta Alphard mahu pun Vellfire adalah sebuah kenderaan MPV yang besar ya. Sudah tentulah tujuannya untuk membawa penumpang yang ramai dalam suasana yang selesa. Kalau kereta sudah dianggap pernah total loss, boleh kah bawa penumpang yang ramai dengan selamat?

    Ada orang tanya, apa beza antara Toyota Alphard dan juga Toyota Vellfire? Jawapan mudah adalah kereta Alphard dan Vellfire adalah sama 100%. Cuma Aphard lebih mahal kerana enjin lebih berkuasa dan spesifikasi lebih mahal berbanding Vellfire. Harap maklum.

    Jangan beli kereta Toyota Vellfire terpakai yang ada rekod Total Loss yang teruk
    Jangan beli kereta Toyota Vellfire terpakai yang ada rekod Total Loss yang teruk

    Saya selalu ulang banyak kali kepada mereka termasuk anda diluar sana yang sedang mencari kereta terpakai. Sila buat semakan claim insurans kereta yang anda ingin beli tersebut. Cuma dapatkan nombor chasis atau nombor plat sahaja. Paling tidak anda akan ketahui sejarah kemalangan kenderaan tersebut jika anda. Semak di mana? Semak melalui link Scrut di bawah ini.

    Kalau beli kereta terpakai, jangan pakai suka suka beli sahaja. Kalau anda beli kereta mahal seperti Toyota Vellfire lagi lah kena hati hati. Kena pastikan kereta yang anda ingin beli itu ada pelindungan jaminan kerosakkan. Jadi sila beli warranty tambahan di EZcare di link di bawah ini ya.

    Servis Yang Patut Anda Guna Sebelum Beli Kereta Terpakai

    • [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
    • [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
    • [ Staff Carsome ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff Carsome untuk membeli kereta terpakai di kedai Carsome
    • [ Staff MyTukar ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff MyTukar untuk membeli kereta terpakai di kedai Carro

    Kesimpulannya, jika anda mahu beli kereta terpakai, sila lakukan Scrut terlebih dahulu. Jika kereta clear dari sejarah claim insurans akibat apa apa kes accident atau hanya kemalangan kecil, sila ambil perlindungan warranty dari EzCare. Dan jika anda tidak mahu pening kepala untuk mencari kereta terpakai di kedai used car yang berkualiti, saya bantu anda dengan bantuan staff yang bekerja terus di Carsome atau MyTukar (Carro) untuk anda berhubung secara langsung melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya harap panduan Scrut kereta terpakai Toyota Vellfire di atas ini memberikan input berguna kepada anda. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli kereta Mazda 2 terus dari owner dan submit loan bank melalui kedai used car

    Beli Kereta Mazda 2 Direct Owner Success Story

    20/05/2025
    Beli kereta recond kena bayar puspakom

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025
    Kereta terpakai Toyota Corolla Cross Total Loss

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025
    Kisah beli kereta terpakai Mercedes Benz GLC 250 guna report SCRUT

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.