Kalau anda sudah menggunakan kereta agak lama, saya pasti alas kaki kereta di bahagian pemandulah yang akan paling cepat rosak. Bukan rosak dalam erti kata rosak yang sebenar. Tetapi rosak dalam erti kata sudah lusuh dan terkoyak. Jadi mahu tidak mahu terpaksa untuk tukar kepada alas kaki yang baharu. Kadang kala mungkin sudah berbau kalau tidak pernah dicuci. Mesti ada di antara anda yang akan bertanya, mahalkah kalau kita tukar alas kaki kereta yang baru?
Hendak jawab soalan anda ini pun susah sebenarnya. Ianya bergantung anda dapatkan alas kaki jenis apa. Yang original atau yang biasa. Kalau yang original biasanya ada campuran sedikit fabrik untuk memberikan kesan nampak cantik. Dan kena pula ianya dikeluarkan dari syarikat pembuat kereta tersebut, maka sudah tentulah harganya agak mahal. Namun biasanya orang hanya dapatkan alas kaki dari jenis biasa sahaja, berharga murah dan agak praktikal untuk mudah tukar selalu.
Ganti Alas Kaki Kereta (Karpet Kereta)
Di kedai aksesori kereta ada banyak pilihan untuk alas kaki kenderaan ini. Malah ianya bukan dari pengeluar kenderaan OEM pun. Dan biasanya kedai akan sebut ianya sebagai “karpet kereta”. Ianya agak sedikit tebal. Malah ada pilihan mahu yang biasa biasa dan sudah tentunya lebih murah. Atau mahu yang berkualiti sedikit dan ianya lebih mahal sedikit. Bagi saya, lebih baik pilih yang lebih berkualiti sedikit. Kalau anda perasan, biasanya alas kaki kereta memang kita akan pakai lama.
Kedai aksesori biasanya akan ada gulungan karpet yang besar untuk karpet kereta. Mereka akan potong ikut saiz alas kaki kereta kita yang lama untuk tujuan pengukuran. Selepas itu potong ikut saiz tersebut dan gantikan. Mudah sahaja prosesnya. Malah untuk menggantikan karpet yang lama depan dan belakang hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit pun.
Dari pengalaman saya sendiri, kos menukar alas kaki kereta pada bahagian hadapan adalah berharga RM90 untuk kedua dua pemandu dan juga penumpang. Dan kos untuk menukar alas kaki kereta pada bahagian penumpang belakang ke semuanya adalah RM50 sahaja. Saya tidak pasti kenapa belakang lebih murah dari hadapan.
Ini adalah kos yang saya kena lah. Mungkin anda pula berbeza. Ikut kedai dan jenis material karpet kereta yang anda pilih. Dan untuk pengetahuan anda, apa yang saya pilih ini adalah dari jenis lebih berkualiti untuk tukar ke semua karpet yang ada di dalam kereta Proton Saga saya. Kalau anda piliih yang biasa biasa, maka ianya akan lebih murah dari itu. Faham ya.
Saya tahu sesetengah dari anda mungkin kurang terbiasa pergi ke kedai aksesori kenderaan/kereta. Jadi anda boleh beli alas kaki kereta baru yang anda mahukan secara online. Saya sudah check. Memang ada banyak pilihan. Malah cantik cantik pula. Cuma ianya tidaklah dari jenis custom. Anda kena beli yang mungkin original yang terus direka khas untuk kenderaan anda. Mudah dan senang. Ada duit semua boleh. Kadang kala selain dari servis berkala kereta anda, kita juga sebenarnya disarankan untuk menjaga penampilan dalaman kereta kita. Barulah bersemangat untuk memandu. Setuju?
Karpet Kereta Jenis PVC Coil Mat Floor
- [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli carpet kenderaan di sini
Macam yang saya katakan tadi di atas, kalau anda ada bajet lebih, beli sahaja karpet kereta yang custom made yang original yang sudah tentu lebih cantik. Tetapi kalau anda kekurangan bajet, dapatkan alas kaki iaitu karpet lantai kereta jenis coil floor mat jenis pvc macam gambar di atas ini. Murah dan praktikal. Berminat? Sila klik link di atas untuk beli ya. BYE!!!.