Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kos Tukar Tayar Baru Untuk Proton Saga
    Info

    Kos Tukar Tayar Baru Untuk Proton Saga

    adminBy admin18/08/20242 Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Dua pasang tayar hadapan kereta Proton Saga saya ketika itu memang sudah botak. Malah ketika servis tukar minyak hitam sebelum ini pun mekanik bengkel sudah ingatkan. Saya tidak menukar kerana faktor bajet. Terasa hendak tukar pada hujung bulan nanti iaitu pada gaji akan datang. Tetapi malangnya semalam salah satu tayar yang sudah botak bocor pula di tempat kerja. Terpaksa bersusah payah jack-up kereta dan tukar kepada tayar spare. Dan pagi pagi pada hari ini saya terus ke bengkel tayar untuk menukar terus kedua dua tayar hadapan yang telah botak kepada tayar yang baharu terus. 

    Perkara pertama yang saya sampaikan adalah tentang niat untuk menukar tayar baharu. Dan selepas itu saya tanyakan harga bagi satu tayar kereta yang sesuai dengan Proton Saga saya ini. Mekanik mencadangkan saya menggunakan tayar dari brand jenama Bridgestone yang berharga RM150 sebiji. Jadi kos keseluruhan adalah sebanyak RM300 untuk 2 tayar sekaligus termasuk kos upah pemasangan. Bab tayar kereta tidak boleh dibuat main. Kalau bocor ketika memandu pada kelajuan tinggi memang merbahaya. Lebih baik ambil langkah berjaga jaga.

    Proton Saga tukar tayar kereta yang sudah botak dan tiada bunga
    Proton Saga tukar tayar kereta yang sudah botak dan tiada bunga

    Proses mencabut tayar lama dan memasang tayar kereta yang baharu tidak mengambil masa yang lama. Hanya 30 minit dah siap. Itupun kalau tiada orang dan mekanik fokus kepada kereta anda sahaja. Kepada anda yang pakai kereta pasti faham akan kos kos penjagaan maintenance memang agak tinggi. Duit memang hendak kena ada. Kalau tidak di baik pulih, kerosakkan lebih besar pasti akan menanti. Lebih lebih lagi dalam hal penjagaan minyak hitam enjin kereta. Kalau boleh jangan terlewat jadual penukarannya. Itu jantung bagi kereta anda.

    Cara melihat tahun tayar kereta itu dibuat dikeluarkan dari kilang tayar
    Cara melihat tahun tayar kereta itu dibuat dikeluarkan dari kilang tayar
    Tayar kereta jenama Bridgestone sesuai untuk Proton Saga
    Tayar kereta jenama Bridgestone sesuai untuk Proton Saga

    Dan gambar kedua di atas ini adalah gambar kereta saya telah siap di pasang dengan tayar kereta baru jenama Bridgestone. Nampak cantik bukan? Lepas ini bolehlah pergi kerja dengan yakinnya. Dan selepas pemasangan tayar baharu, kebiasaanya anda akan dicadangkan untuk melakukan proses seterusnya iaitu proses “Alignment Tyre” dan prosesnya tidak lama. Hanya dalam 15 minit sahaja dan saya dikenakan cas sebanyak RM13. Ok lah kan. Jadi kos keseluruhan yang saya kena bayar adalah RM313 sahaja.

    Harga tayar kereta jenama Bridgestone untuk Proton Saga
    Harga tayar kereta jenama Bridgestone untuk Proton Saga

    Tayar Kereta Proton Saga Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli tayar kereta baru untuk Proton Saga di sini

    Ada satu nasihat kepada anda yang ingin membeli tayar kereta yang baharu. Sila pastikan tayar baru yang anda dapat itu adalah yang TERKINI. Maksudnya tahun dikeluarkan adalah paling terbaru. Sekarang sudah tahun 2017 (ini adalah kisah cerita tahun sebelum sebelum ini). Adakah anda mahu dapat tayar baharu tetapi tahun 2015 @ 2016? Saya check dan tanyakan kepada mekanik tentang tahun dikeluarkan tayar kereta yang saya beli. Alhamdulillah. Beliau tunjukkan yang tayar kereta saya paling terbaru iaitu tahun 2017. Sila lihat gambar di atas. No “17” menunjukkan tahun tayar kereta itu dibuat. Apa pun, sila jadi pengguna kereta dengan bijak. Selamat memandu.

    Beli Tayar Kereta Proton Saga Harga Tayar Kereta Proton Saga Saiz Tayar Kereta Proton Saga Tayar Kereta Tayar Kereta Bridgestone Tayar Kereta Proton Saga Tayar Kereta Proton Saga Baru Tayar Kereta Saga Tukar Tayar Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    View 2 Comments

    2 Comments

    1. bella on 23/09/2024 1:01 am

      tq info

      Reply
      • admin on 23/09/2024 8:05 am

        sama sama. Puan Bella SA Perodua negeri mana

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.