Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Tukar Tayar Baru Untuk Perodua Myvi
    Info

    Tukar Tayar Baru Untuk Perodua Myvi

    adminBy admin28/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Kereta Perodua Myvi isteri sudah mula sampai masa untuk diservis. Ada beberapa perkara yang memang kena tukar ganti. Dan tadi saya berkesempatan bersama isteri pergi ke kedai bengkel kereta. Itupun setelah saya menegur yang tayar kereta hadapan beliau sudah botak dan perlu diganti. Maknanya, kereta Perodua Myvi beliau sudah sampai masa perlu tukar tayar baru untuk lebih selamat. Bunga tayar sudah nampak haus, tipis, botak dan risau jika ianya bocor atau meletop ketika dipandu ke tempat kerja. Faktor keselamatan jangan buat ambil ringan. Mencegah lebih baik dari merawat.

    Ketika dibawa ke bengkel kereta, memang tauke kedai pun mensarankan tukar kedua dua tayar di hadapan. Selepas diperiksa, rupanya tayar belakang pun beliau cadang kena tukar juga. Kalau ikutkan saya masih tidak perlu kerana masih banyak bunga. Tetapi apabila ditunjukkan putaran tayar, memang kelihatan ianya tidak stabil kerana ada permukaan tayar yang katanya sudah kembung. Bahaya untuk dipandu. Kalau meletup dan pecah tiba tiba lagi ketika memandu laju, memang bahaya. Jadi ikutkan sahaja. Kami tukar tayar baru kereta untuk keempat empat terus.

    Bunga tayar kereta Myvi yang sudah botak
    Bunga tayar kereta Myvi yang sudah botak

    Kos Tukar Tayar Baru Perodua Myvi

    Tayar lama kereta Myvi isteri pakai tayar jenama Falken. Bila ditanya, harganya dalam RM110 sahaja. Tetapi kedai bengkel kereta mencadangkan kami ambil tayar kereta baharu dari brand jenama Bridgestone yang berharga RM135 sebiji. Jadi kos keseluruhan menukar dan menggantikan tayar baru sebanyak 4 biji adalah RM540. Mereta tawarkan servis “balancing” dan juga “alignment” secara percuma. Jadi kos keseluruhan adalah RM540 sahaja. Kos tukar tayar untuk kereta Perodua sama sahaja dengan kos tukar tayar kereta Proton.

    Servis tukar tayar baru untuk Perodua Myvi
    Servis tukar tayar baru untuk Perodua Myvi

    Salah satu isu perkara yang penting ketika tukar tayar baru adalah anda perlu memastikan yang tahun dibuat tayar itu adalah yang terkini. Umur tayar baharu yang dalam “setahun” itu adalah dikira masih baru. Ketika kami membeli tayar Bridgestone tersebut, tauke kedai ada cakap yang tayar tersebut adalah tahun baru. Dan beliau membuktikan dengan menunjukkan tahun tayar ianya dibuat. Jadi kita tidaklah berasa ditipu. Beli tayar baru tetapi dapat tayar yang tahun lepas punya. Harap anda ambil penting isu ini.

    Bunga tayar kereta dari brand jenama Bridgestone yang baru
    Bunga tayar kereta dari brand jenama Bridgestone yang baru

    Proses menukar tayar baharu yang melibatkan tayar hadapan mesti kena ada 3 benda wajib ini iaitu Tayar Baru, Balancing dan Alignment. Balancing adalah proses untuk memastikan tayar berputar dan berpusing dengan baik dengan stabil. Dan Alignment pula adalah proses untuk memastikan kedua dua tayar dapat bergerak ke hadapan secara tegak dan tidak kekiri atau kekanan ketika anda tidak memegang stereng kereta anda. Jelas ya.

    Tayar yang bagus biasanya akan memberikan pengalaman memandu yang sedap dan tidak berbunyi bising. Tayar kereta sangat penting kepada kenderaan untuk bergerak. Selalu orang ada masalah untuk mengeluarkan kos baik pulih (maintenance) kereta mereka. Bagi saya ianya mudah kalau anda ada sifat menabung untuk jangka panjang. Kalau sebulan simpan minima RM100, bila sampai waktu mahu servis kereta atau tukar tayar baru, anda tidak akan gelabah fikirkan kos membaiki atau mengganti alat sparepart kenderaan. Kena ada perancangan baru teratur. 

    Harga tayar kereta untuk Perodua Myvi
    Harga tayar kereta untuk Perodua Myvi

    Tayar Kereta Perodua Myvi Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli tayar kereta baru untuk Perodua Myvi di sini

    Di atas ini adalah harga semasa tayar kereta yang sesuai untuk Perodua Myvi. Biasalah ada murah dan ada yang mahal. Ikut bajet anda. Kalau anda jenis pandu dekat dekat, beli tayar murah pun ok janji ada jenama. Kalau ada bajet lebih sedikit, belilah tayar kereta yang sedikit lebih mahal untuk lebih cengkaman di atas jalan raya ketika jalan kering, basah, kurang berbunyi bising dan ketika pemanduan yang laju. Bye!!!.

    Beli Tayar Kereta Perodua Myvi Harga Tayar Kereta Perodua Myvi Saiz Tayar Kereta Perodua Myvi Tayar Kereta Tayar Kereta Bridgestone Tayar Kereta Myvi Tayar Kereta Perodua Myvi Tayar Kereta Perodua Myvi Baru Tukar Tayar Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.