Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Kereta Toyota Voxy Recond Secara Online
    Kereta Recond

    Beli Kereta Toyota Voxy Recond Secara Online

    adminBy admin22/06/2024Updated:05/07/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Isteri saya ada memberi tahu saya tentang seorang rakan sekerja beliau yang suaminya baru sahaja membeli sebuah kereta Toyota Voxy. Jujur cakap saya memang tidak tahu pun tentang kewujudan kereta dengan nama model berkenaan. Sebabnya mudah. Sebab ianya sebuah model yang tidak dijual di pasaran Malaysia. Dan saya sendiri pun tidak tahu dan tidak faham pun tentang dunia kereta import terpakai yang dikenal dengan nama panggilan kereta recond.

    Sejak saya mula aktif mempromosikan kereta recond dari Jepun barulah saya terjumpa dengan kereta dengan nama panggilan Toyota Voxy. Dan saya terus tanyakan kepada isteri adakah kereta yang dibeli oleh suami rakan sekerja beliau itu sebuah kereta recond? Jawapannya adalah YA!!!. Dan rakan beliau sendiri menyatakan yang kereta tersebut adalah sebuah kereta terpakai yang dibeli secara import dari luar negara. Tetapi kereta tersebut di beli dari kedai tempatanlah.

    Pandangan hadapan kereta Toyota Voxy import terpakai
    Pandangan hadapan kereta Toyota Voxy import terpakai

    Toyota Voxy Recond

    Dan saya tanyakan lagi kepada isteri apa pengalaman beliau menaiki kereta Toyota Voxy? Isteri saya pun kurang faham tentang perbezaan kereta recond. Malah beliau pun tidak reti pun samada ianya sebuah kereta terpakai atau baharu. Yang beliau tahu adalah first impression beliau adalah kereta tersebut sangat sangat cantik reka bentuk design luaran. Memang nampak unik. Dan perasaan berada di dalam kabin Toyota Voxy memang terasa moden dan mewah. Mudah cerita beliau dan rakan sekerja yang lain berasa teruja ketika pertama kali menaiki Toyota Voxy.

    Soalannya sekarang, kenapa pihak UMW Toyota Motor Malaysia tidak mahu membawa model ini masuk ke pasaran Malaysia. Ya kita faham yang Toyota Alphard telah dijual di Malaysia. Dan Toyota Alphard recond pun ada dijual di Malaysia. Hendak kata model ini bersaing dengan Toyota Alphard pun tidak juga sebab segmen berbeza. Malah kalau dijual di Malaysia akan dapat berikan lebih pilihan kepada peminat kereta Toyota sendiri.

    Pandangan hadapan tepi kereta Toyota Voxy recond warna putih
    Pandangan hadapan tepi kereta Toyota Voxy recond warna putih
    Pandangan belakang tepi kereta Toyota Voxy recond
    Pandangan belakang tepi kereta Toyota Voxy recond
    Pandangan belakang kereta Toyota Voxy recond
    Pandangan belakang kereta Toyota Voxy recond

    Kadang orang beli kereta recond sebab inginkan kelainan. Sama juga halnya dengan Toyota Voxy recond. Mereka mahu rasakan yang kereta mereka lain dari orang lain. Tidak salah. Duit dan kehendak masing masing. Kalau tanya saya tidak salah pun untuk beli Toyota Voxy import terpakai sebab kereta Voxy ini memang sangat sangat cantik. Sebab itu tidak hairanlah jumlah Toyota Voxy yang dibawa masuk ke Malaysia agak banyak juga.

    Saya sudah terangkan sebab kenapa ada orang yang berminat hendak mendapatkan kereta recond Toyota Voxy. Sekarang kita pergi kepada persoalan yang kedua. Di mana anda boleh dapatkan gambar kereta, kedai yang menjual Toyota Voxy recond, berapa harga yang ditawarkan dan apakah kelebihan membeli kereta Toyota Voxy recond dari kami. Mari saya jelaskan kepada anda. Teruskan membaca.

    Pandangan pintu pemandu kereta Toyota Voxy recond
    Pandangan pintu pemandu kereta Toyota Voxy recond
    Pandangan panel meter kereta Toyota Voxy
    Pandangan panel meter kereta Toyota Voxy
    Pandangan IHU unit dan tombol gear kereta Toyota Voxy recond
    Pandangan IHU unit dan tombol gear kereta Toyota Voxy recond
    Pandangan dashboard dan stereng kereta Toyota Voxy recond
    Pandangan dashboard dan stereng kereta Toyota Voxy recond

    Kenapa Kena Beli Kereta Recond UK/Japan Dengan Kami?

    • Syarikat terpercaya (track rekod baik)
    • Ada banyak pilihan kereta
    • Ada jaminan warranty selama 8 tahun
    • Di sediakan laporan keadaan kereta dari Auction Report dari Scrut (grade kereta)
    • Boleh buat full loan
    • Boleh test submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja.

    Tidak faham? Begini, kebanyakkan kereta recond memang tidak berikan apa apa jaminan warranty. Kedai kami bekerjasama dengan syarikat EZ Care Warranty untuk memberikan jaminan selama 8 tahun. Ini akan berikan keyakinan kepada anda selaku pembeli kereta recond untuk mendapatkan kereta recond terpakai berkualiti dari kedai kami.

    Contoh sebenar auction report kereta recond Toyota Voxy dengan grade 5 berkualiti
    Contoh sebenar auction report kereta recond Toyota Voxy dengan grade 5 berkualiti

    Auction report? Ya, kereta recond yang dibeli di Jepun majoritinya adalah dari pusat lelongan Jepun. Di sana mereka melelong kereta dengan telah diberikan sekali dengan gred kondisi keadaan kereta dan kerosakkan yang ada pada kereta tersebut. Pihak kami hanya membida kereta dengan gred tinggi sahaja. Kereta recond yang anda beli dari kami akan diberikan sekali dengan laporan auction report dari Jepun untuk memberikan keyakinan kepada anda yang kedai kami memang hanya menjual kereta import terpakai yang berkualiti sahaja.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta kereta recond Jepun ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta termasuk harga. Berkenaan jumlah bayaran bulanan pula, saya akan minta sales advisor untuk bercerita lanjut dengan anda. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta recond tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu dengan kos penghantaran ditanggung 100% oleh anda. Selamat membeli kereta Toyota Voxy recond import terpakai yang berkualiti tinggi dari kami. BYE!!!.

    Kereta Recond Toyota Voxy Kereta Toyota Voxy Toyota Voxy Toyota Voxy Recond Toyota Voxy Terpakai
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli kereta recond kena bayar puspakom

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025
    Scam kereta recond Honda HR-V

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025
    Honda Jade RS

    Beli Kereta Honda Jade Direct Owner Success Story

    21/03/2025
    Scammer kereta recond port pelabuhan

    Scam Kereta Recond Ambil Di Port Pelabuhan

    12/12/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Runner scan cap jari thumb print untuk tukar hak milik kenderaan

    Runner Thumb Print Tukar Nama JPJ Di Rumah

    20/12/2025
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.