Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Beli Honda CR-V Baru Secara Online
    CR-V

    Beli Honda CR-V Baru Secara Online

    adminBy admin01/07/2024Updated:16/04/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya mula kenal dengan model Honda CR-V adalah pada lebih 20 tahun lalu. Ketika itu Honda CR-V tersebut adalah model generasi pertama. Memang ketara sangat akan tarikkan kereta tersebut kerana tayar spare di letakkan pada pintu belakang. Dan dalam masa yang sama cermin sisi sebelah belakang dipasangkan dengan tinted warna hitam. Rasanya semua orang kenal dengan model Honda CR-V yang saya maksudkan ini. Dan adakah Honda CR-V yang baru dari generasi terkini masih berbaloi untuk dibeli?

    2 tahun lepas mertua saya ada membeli Honda CR-V baru dari generasi ke-5. Dan ketika hari raya tahun 2024 ini saya sempat membawa sendiri kereta tersebut buat pertama kali. Apa yang saya rasa? Masuk masuk sahaja pun sudah terasa yang kabin kereta CR-V ini selesa dan rasa mewah. Saya memang suka naik kereta yang tempat duduk iaitu seat terasa tinggi. Ini penting supaya pemanduan jarak jauh tidak terasa penat. Dan memang kereta Honda CR-V sesuai untuk perjalanan di highway dan balik kampung.

    Harga dan bayaran bulanan Honda CR-V baru
    Harga dan bayaran bulanan Honda CR-V baru

    Harga Honda CR-V Baru

    Dan pada 14 December 2023, Honda Malaysia secara rasmi melancarkan Honda CR-V baru 6th generation untuk pasaran Malaysia. Pertama kali yang orang mahu lihat dan tahu adalah, apakah reka bentuk design Honda CR-V generasi ke-6 ini menarik? Orang Malaysia memang beli kereta sebab rupa. Hebat macam mana kereta tersebut dan harga murah, kalau reka bentuk tidak menarik, memang bye bye lah. Dan Honda CR-V yang baru memang tetap berjaya menambat pecinta kereta Honda CR-V. Tahniah Honda.

    Ketika saya menulis artikel ini, saya perasan yang dashboard Honda CR-V generasi ke-6 ini adalah sama dengan Honda Civic Generasi ke-11. Ya, rupa rupanya memang sama 100%. Yang berbeza adalah pada rekaan dan kemasan di bahagian tombol gear sahaja. Dan saya sendiri baru tahu bahawa Honda CR-V memang direka bentuk dari platform Honda Civic iaitu menggunakan base yang sama tetapi rekaan body yang berbeza. Nampak kemas dan simple cuma saya lebih prefer kalau Honda berikan rekaan design yang berbeza untuk Honda CRV.

    Paparan dashboard, stereng dan IHU unit Honda CR-V
    Paparan dashboard, stereng dan IHU unit Honda CR-V

    Spesfikasi Kereta Honda CR-V

    • 1.5 litre DOHC VTEC Turbo engine (193HP/243Nm) & 2.0 NA engine (148HP/190Nm)
    • Gearbox : CVT
    • Segmen : SUV
    • Jarak Roda : 2700mm
    • Panjang : 4691mm
    • Lebar : 1866mm
    • Tinggi : 1681mm
    • Luas Bonet : 589L
    • Airbag : 8 Beg Udara
    • Safety Features : VSA, ABS, EBD, BA, HSA,
    • Berat : 1598KG
    • Tangki Minyak : 57L
    Pandangan Hadapan Kereta Honda CR-V
    Pandangan Hadapan Kereta Honda CR-V
    Pandangan Tepi Kereta Honda CR-V
    Pandangan Tepi Kereta Honda CR-V

    Honda CR-V di tawarkan dengan model enjin 1.5L turbo dan 2.0 NA. Kalau anda mahukan sebuah kereta dengan jumlah horsepower (HP) dan torque (Nm) yang tinggi, memang kena beli kereta 1.5L turbo lah. Mudah cerita kalau mahukan sebuah kereta dengan kuasa enjin yang kuat, anda memang kena pilih Honda CR-V 1.5L.

    Ke semua model kereta honda memang telah di datangkan dengan ADAS yang disebut sebagai “Honda Sensing”. Ini penting kerana zaman kini teknologi bantuan mengesan dan membantu mengelak potensi kemalangan adalah sangat diperlukan. Anda pernah bawa kereta yang ada fungsi ADAS? Kalau anda bawa kereta terkeluar dari line putus putus putih di jalan raya, sistem ADAS akan terus menggerakan stereng kereta anda supaya ianya berada di laluan lane yang betul. Dan Ya, Honda CR-V baru memang ada Honda Sensing. Terbaik Honda.

    Pandangan Tepi Kereta Honda CR-V Merah
    Pandangan Tepi Kereta Honda CR-V Merah
    Pandangan Belakang Kereta Honda CR-V
    Pandangan Belakang Kereta Honda CR-V

    Jom Submit Loan Untuk Kereta Honda Secara Online Sekarang!!!

    Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Toyota , Mitsubishi, Nissan, Proton dan juga Honda!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Honda ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Honda secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta Honda CR-V baru. BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Honda CR-V Gambar Honda CR-V Harga Honda CR-V Honda CR-V Honda CR-V Baru Kereta Honda CR-V New Honda CR-V Spesifikasi Honda CR-V
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Contoh iklan promosi diskaun rebate akhir tahun kereta baru Honda

    Promosi Hujung Tahun Kereta Baru Honda

    17/11/2024
    Gambar hadapan tepi kereta Honda Civic Type R FK8 warna putih

    Honda Civic FK7, FK8 Dan FL5 Recon

    27/09/2024
    Pandangan Hadapan Honda Civic RS Merah

    Beli Honda Civic Baru Secara Online

    25/06/2024
    Pandangan Hadapan Tepi Kereta Honda City

    Beli Honda City Baru Secara Online

    20/06/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.